Kerajaan campuran PH, BN: Benarkah Zahid telah menghantar surat kepada Istana Negara?

Isyarat sejak 2008, tapi Umno angkuh, bodoh - Kadir

Malaysiakini

Tokoh wartawan negara, A Kadir Jasin berkata isyarat kepada Umno telah diberikan pengundi sejak pilihan raya umum pada 2008, namun menurutnya pemimpin Umno terlalu angkuh untuk menerima hakikat itu.

"Signal amaran kepada Umno sudah ada sejak PRU 2008 lagi. Cuma pemimpin Unmo terlalu angkuh atau bodoh untuk mengakui hakikat itu dan melakukan langkah pemulihan.

" Demikian juga hukuman pengundi ke atas pemimpin yang korup dan khianat atau yang jarang melawat kawasan,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Sayangnya, kata Kadir, dalam proses itu ada juga pemimpin baik menjadi korban.

Keputusan PRU semalam, katanya, juga memberi makna kepada ungkapan Inggeris "overstaying the welcome" seperti yang berlaku kepada dua veteran politik sezaman, Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah.

BN mula menerima tamparan sejak pilihan raya umum 2008 apabila beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang ketika itu yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Pada pilihan raya umum 2018, buat julung-julung kalinya dalam sejarah gabungan itu tumbang selepas 61 berkuasa.

Bagaimanapun BN berjaya menjadi kerajaan semula apabila kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkan melalui pengkhianatan politik atau lebih dikenali sebagai Langkah Sheraton pada 2020.

Pilihan raya umum ke-15 yang diadakan semalam menyaksikan BN sekali lagi mengalami kekalahan teruk.

Gabungan itu hanya menang 30 kerusi parlimen berbanding pencabarnya PH yang memperoleh 82 kerusi dan PN yang memperoleh 73 kerusi parlimen.

Kerajaan campuran PH, BN

Dalam satu hantaran lain, Kadir berkata dia dimakumkan bahawa Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, kini "menghulur ranting zaitun” kepada Pakatan Harapan.

"Malah dikatakan yang sebelum subuh tadi Ahmad Zahid telah menghantar surat kepada Istana Negara mengenai hal itu.

"Ia bersangkut-paut dengan penubuhan kerajaan campuran di kalangan PH, BN dan parti-parti dari Sarawak dan Sabah bagi mengatasi situasi parlimen tergantung. Kalau betul Alhamdulillah," katanya.

Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat mengesahkan perkara itu.

Menurut Kadir, kerajaan boleh ditubuhkan dengan menjemput parti-parti dari Sarawak dan Sabah yang ingin bekerjasama.

"Di peringkat DUN pula, kerjasama itu akan membolehkan PH membentuk kerajaan di Perak dan BN di Pahang.

“Apa pun halnya, kita wajib mengatasi masalah ini dengan secepat mungkin memandangkan pelbagai masalah genting yang dihadapi oleh negara dan rakyat jelata," katanya.

BN mula menerima tamparan sejak pilihan raya umum 2008 apabila beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang ketika itu yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Pada pilihan raya umum 2018, buat julung-julung kalinya dalam sejarah gabungan itu tumbang sebagai kerajaan.

Bagaimanapun BN berjaya menjadi kerajaan semula apabila kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkan melalui pengkhianatan politik atau lebih dikenali sebagai Langkah Sheraton pada 2020.

Pilihan raya umum ke-15 yang diadakan semalam menyaksikan BN sekali lagi mengalami kekalahan teruk.

Gabungan itu hanya menang 30 kerusi parlimen berbanding pencabarnya PH yang memperoleh 82 kerusi dan PN yang memperoleh 73 kerusi parlimen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan