P.017 Padang Serai: PH calonkan peguam Mohamad Sofee

Malaysiakini

Pakatan Harapan (PH) menamakan Dr Mohamad Sofee Razak sebagai calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Padang Serai yang akan diadakan pada 7 Disember ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presiden PH Salahuddin Ayub malam ini di Taman Selasih di Kulim, Kedah.

Pengerusi PH Kedah Mahfuz Omar turut hadir pada majlis pengumuman itu.

Mohamad, adalah peguam dan setiausaha PH dan PKR Kedah, dan merupakan suami Adun Kota Siputeh, Dr Salmee Said.

PRK Padang Serai diadakan selepas calon PH M Karuppiah, 69, meninggal dunia pada 16 November lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 7 Disember ini sebagai tarikh pengundian.

Hari penamaan calon bagi PRK Padang Seral akan diadakan esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan