Penyokong PN Dan PH bergaduh di Sungai Petani

FMT Reporters

Penyokong parti berseteru itu dilihat dalam klip video bergaduh antara satu sama lain di Sungai Petani, Kedah.

SUNGAI PETANI: Polis Sungai Petani menyuraikan pergaduhan antara penyokong Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH), di Dataran Zero, di sini, sehingga menghalang lalu lintas.

Klip video yang dilihat FMT, memaparkan kumpulan penyokong kedua-dua gabungan itu menyerang antara satu sama lain dengan bendera parti, menjurus kepada pergaduhan.

Ketua Polis Kuala Muda Zaidy Che Hassan dalam kenyataan, berkata tiga pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) dikerah untuk menyuraikan pergaduhan, pada 2.50 pagi tadi dengan situasi kembali terkawal.

Kertas siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 9 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan