PRU-15 dan gelagat calon

MOHAMED HANIPA MAIDIN

Kadangkala saya rasa nak tergelak bila melihat galaknya ramai insan yang begitu bersemangat ingin menjadi calon PRU-15 khususnya calon di peringkat Parlimen.

Saya boleh memahami bagaimana kekecewaan antaranya penyandang kerusi Parlimen Arau dan Maran yang dahulunya Umno-BN dan kini bertanding atas tiket PN.

Begitu juga penyandang kerusi Parlimen Padang Besar yang juga dari Umno dan kini bertanding atas tiket bebas.

Ya, tidak mudah untuk mereka diharap untuk “move on” seperti biasa setelah depa sudah lama menjadi calon dalam setiap PRU.

Dalam konteks Arau, bukan sahaja Shahidan konsisten diplih menjadi calon tetapi juga konsisten menang dalam setiap PRU.

Hatta insan hebat dan bertaraf ulama besar seperti almarhum Dato Harun Din masih tak mampu dan tidak berjaya “to unseat” Shahidan. By definition, his winnability is out of the question!

Jujurnya, saya juga merasakan perkara itu kerana sejak 1995 saya sentiasa menjadi calon dalam setiap PRU walaupun lebih banyak kalah (hingga pernah hilang deposit) dari menang.

Ya, di zaman lampau kami diminta bertanding di kerusi yang hampir mustahil untuk menang.

No such thing as kami nak demand kerusi yang selesa atau boleh menang. Kami kena berkerja keras untuk menang.

Itu mungkin dulu. Di era sekarang, agak biasa kita dengar (tanpa mengira parti apapun) setengah calon dikatakan demand agar depa kena diberikan kerusi yang selamat.

Dulu-dulu kami bukan sahaja tak akan minta begitu, terfikir begitu pun tak pernah. Alhamdulillah.

Seperti calon Arau yang dikatakan calon yang “winnable” apatah lagi seorang penyandang, sudah tentu dia agak kecewa dan marah bila Presiden Umno bertindak gugurkan nama dia sebagai calon Umno di Arau.

Kesannya, dia mengambil keputusan bertanding atas tiket PN sebagai simbolik protes dia ke atas keputusan Presiden Umno.

Penyandang kerusi Umno-BN di Tanjung Karang yang juga digugurkan nampaknya masih berjaya mengawal diri dari bertanding atas tiket bebas atau PN.

Mungkin dia” target” untuk memburu kerusi Dun di Selangor selepas ini bagi dicalonkan sebagai calon MB? والله اعلم.

Pelbagai lapisan golongan yang bukan terdiri daripada ahli politik juga nampaknya menawarkan diri untuk menjadi calon bebas dalam PRU-15 ini.

Jujurnya, kita tidak pasti apa motif depa? Adakah sekadar untuk mencipta sensasi atau sekadar memeriahkan politik atau bagaimana?

Apapun, itu hak depa. Melihat pengalaman lalu, mungkin peluang depa untuk hilang deposit lebih besar dan cerah dari kalah dengan tidak hilang deposit.

Menang? itu sama ada bonus atau miracle!

Jujurnya saya lihat, sesetengah calon belum bersedia jadi Ahli Parlimen

Jujurnya, saya melihat sesetengah calon hakikatnya belum bersedia untuk menjadi calon di peringkat Parlimen walaupun mungkin berjaya di peringkat Dun sekalipun. Itu sekadar pandangan saya.

Ada calon hatta mungkin sesuai hanya dicalonkan sekadar ketua kampung atau ahli majlis atau hanya di kerusi Dun sahaja.

Parlimen suatu forum yang amat berbeza dan memerlukan kecekapan dan penguasaan ilmu dan pengalaman yang agak unik dan amat berbeza. Itu yang mungkin ramai calon tidak sedar atau sengaja tidak mahu sedar.

Sesetengah mungkin melihat ianya dari sudut lain misalnya jalan singkat untuk glamour!

Saya biasa melihat adanya Ahli Parlimen yang hampir tidak pernah berbahas di Parlimen dan hatta Speaker pun mungkin tidak mengenali depa.

Berbahas di Parlimen tidak sama seperti anda berbahas di kedai kopi, di dalam muktamar atau di konvesyen atau di perhimpunan agung parti. Hatta ianya bebeza di Dun pun.

Ada juga para MP yang nak faham standing orders pun agak terkial-kial apa lagi nak bahas RUU yang menyentuh pelbagai genre.

Apapun, good luck guys. Rakyat akan perhatikan anda sama ada dalam masa dua minggu masa tempoh berkempen ini atau jika anda menang, depa akan terus perhati anda dari segala sudut. Di dalam Dewan, lagi ramai mata yang memandang termasuk kualiti perbahasan anda.

Jika anda kalah mungkin rakyat sudah tidak kisahkan anda lagi.

Hatta mungkin parti yang calonkan anda juga tidak lagi ambil peduli lagi tentang anda. I am talking about political reality!

Welcome to politics guys. Jangan masuk ke dalamnya jika anda belum benar-benar bersedia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan