Rafizi pertahan kerusi PH di Pandan, Salahuddin menang selesa di Pulai

SITI NUR ZAWANI MISCON

Pakatan Harapan berjaya mempertahan kerusi di Parlimen Pandan selepas calonnya, Rafizi Ramli berjaya meraih 74,002 undi dengan majoriti sebanyak 32,348.

Dengan keputusan rasmi yang dikeluarkan itu, Rafizi meninggalkan calon Perikaran Nasional, Muhammad Farique Zubir Albakri dengan 25,706 undi.

Ia diikuti calon Barisan Nasional, Datuk Leong Kok Wee sebanyak 11,664; Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Nadia Hanafiah (961) dan bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat yang bertanding atas tiket Parti Warisan Sabah (WARISAN) dengan jumlah undi sebanyak 3,323.

Rafizi merupakan penyandang Parlimen Pandan selepas meraih 48,183 undi pada PRU13 sekali gus menewaskan calon BN, Lim Chin Yee (21,454 undi) dan Allan Tan (Bebas) pula mendapat 2,415 undi.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Pandan dimenangi bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang meraih 64,733 undi sekali gus mengenepikan empat calon lain.

Sementara itu, keputusan rasmi yang dikeluarkan sekitar jam 11.50 malam tadi memperlihatkan Datuk Seri Salahuddin Ayub berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pulai dengan undi sebanyak 64,900.

Menyusul agak jauh adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Nur Jazlan dengan undian sebanyak 31,726.

Kemudian diikuti calon Perikatan Nasional (PN), Loh Kah Yong yang meraih undi 20,677.

Pada PRU14, Salahuddin telah menewaskan Nur Jazlan yang sudah tiga penggal menyandang Parlimen Pulai dengan majoriti 28,924 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan