Takiyuddin hadapi masalah besar di Kota Bharu, kena serang pemimpin sendiri

BORHAN AHMAD

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kini berhadapan dengan masalah besar di Parlimen Kota Bharu apabila dua pemimpin utama Perikatan Nasional (PN) membantah kenyataan beliau mahu bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Bahkan, tukang kempen utama PN di media sosial yang menjadi penunjuk arah untuk kempen PN juga membantah beliau secara terbuka.

Kenyataan Takiyuddin bahawa PN besar kemungkinan akan bekerjasama dengan BN selepas PRU-15 ini bagi membentuk kerajaan memberikan pelbagai implikasi negatif kepada PN, walaupun kenyataan itu dianggap benar.

Pengerusi BN, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin dalam reaksi segera berkata, beliau tidak pernah memberi mandat kepada Takiyuddin untuk berunding dengan BN.

Mahiaddin membuat kenyataan bertulis membantah kenyataan Takiyuddin itu.

Takiyuddin terpaksa berpusing kiri dan kanan apabila tersalah membuat kenyataan.

Ekoran itu, Takiyuddin membetulkan kenyataannya dengan berkata, Pas yang sedia bekerjasama dengan Umno sebagaimana yang dinyatakan Presiden Pas sebelum ini.

Keesokannya, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang pula membuat kenyataan, Pas rela menjadi pembangkang dari bekerjasama dengan BN.

“Kita sanggup jadi pembangkang … PAS jadi pembangkang berpuluh-puluh tahun tak jadi masalah.

“Kita tak mahu kerajaan tak bersih. Kita berprinsip, kita bukan parti yang hanyut,” katanya kepada pemberita selepas Program Santai Petang Bersama Presiden PAS di Cheng di Melaka petang semalam.

Bukan mereka berdua sahaja, juru kempen utama Pas, Hanisya Abdul Hamid menempelak Takiyuddin apabila berkata, “Kalau tak tahu nak jawab soalan baik DIAM!”.

Selain pemimpin PN, tukang kempen PN juga menyerang Takiyuddin.

Takiyuddin membuat masalah apabila berkata akan bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan kerana sebelum ini Pas cuba sedaya upaya untuk membina naratif bahawa Pakatan Harapan yang akan bekerjasama dengan BN selepas pilihan raya umum nanti.

Audio kononnya perbualan telefon antara Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadikan bukti adanya kerjasama itu.

Walaupun ia cuba dinafikan Anwar dan pemimpin lain dalam Pakatan Harapan, ia tidak diterima oleh sesetengah orang sehinggalah Takiyuddin membuat kenyataan PN akan bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan.

TAKIYUDDIN BERCAKAP BENAR

Bagi bekas Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar, Takiyuddin Hassan bercakap jujur dan lurus.

“PN tidak berjaya perolehi cukup kerusi. Ia perlu bergabung dengan BN untuk bentuk kerajaan. Sekali gus membayangkan BN juga tidak cukup kerusi.

“Maka, pilihan logika tinggal satu: PN mesti bergabung dengan BN seperti yang terjadi selama 31 bulan sejak Februari 2020. Hakikatnya dua gabungan ini sebuah kerajaan campuran dalam satu kabinet Putrajaya tetapi saling bertempur untuk tentukan siapa jadi perdana menteri,” tulis Fathi melalui facebook beliau.

Dalam PRU-14 lalu, Takiyuddin yang mendapat 28,291 undi menang dengan majoriti 5,869 undi mengalahkan calon Pakatan Harapan Husam Musa yang mendapat 22,422 undi manakala calon BN Fikhran Hamshi yang mendapat 16,256 undi.

Dalam PRU-14 lalu, Takiyuddin yang mendapat 28,291 undi menang dengan majoriti 5,869 undi mengalahkan calon Pakatan Harapan Husam Musa yang mendapat 22,422 undi manakala calon BN Fikhran Hamshi yang mendapat 16,256 undi.

Kali ini, Takiyuddin dicabar oleh lima calon termasuk Datuk Rosmadi Ismail (BN), Dr. Hafidzah Mustakim (PH), Prof. Datuk Dr. Che Musa Che Omar (GTA), Tan Boon Kian @ Andy Tan (PRM) dan Izat Bukhary (Bebas).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan