Dua ditemukan rentung dalam kontena

Izad Thaqif Hassan

am@hmetro.com.my

Kulim: Dua individu ditemukan rentung di dalam kontena yang terbakar di Taman Bayam Indah, Lunas dekat sini, malam tadi.

Difahamkan, mayat terbabit, masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita ditemukan di dalam kontena yang dijadikan sebagai pondok pengawal keselamatan di kawasan perumahan itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.56 malam memaklumkan mengenai kebakaran terbabit.

"Ketika memadam kebakaran, anggota bomba mendapati terdapat dua mangsa rentung di dalam kontena terbabit.

"Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari dalam kontena dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Difahamkan, setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan dan bedah siasat sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan