Kontroversi filem Pathaan, gambar Shah Rukh Khan dibakar

HANISAH SELAMAT


AKSI Shah Rukh Khan bersama pasangan heroinnya menggunakan menggunakan kostum warna saffron dianggap menghina kesucian agama Hindu.

KONTROVERSI filem Pathaan lakonan Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone yang didakwa menyentuh sensitivi penganut agama Hindu mencetuskan huru-hara kalangan peminat di India apabila bertindak membakar potret aktor berusia 57 tahun itu sebagai tanda protes.

Tindakan tersebut dilakukan sekumpulan aktivis sebuah organisasi di Indore, India, minggu lalu yang beranggapan Raja Bollywood dan produksi Yash Raj Films tidak sensitif.

Mereka mendesak filem yang bakal ditayangkan pada 23 Januari 2023 itu diharamkan selain meminta orang ramai memboikot Pathaan andai pihak pawagam atau penerbitnya tetap berdegil menerus tayangan.








Beberapa pengguna media sosial mengadu warna saffron atau jingga yang digayakan Deepika dalam sebuah video muzik promosi berjudul Besharam Rang sebagai disengajakan untuk menghina warna suci mengikut kepercayaan agama Hindu. Video muzik Besharam Rang yang dikeluarkan pada Isnin lalu berlatarkan suasana tepi laut di sebuah lokasi pelancongan di Sepanyol.

Presiden Sanskriti Bachao Manch, Chandrashekhar Tiwari, berkata Shah Rukh Khan serta pasukan Pathaan harus membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penganut Hindu atas penghinaan impak penggunaan warna tersebut

Dipetik dari India Today, protes tersebut berlangsung selama beberapa jam selepas Menteri Megeri Narottam Mishra menggesa filem Pathaan diharamkan kerana adegan sensiti serta penggunaan kostum saffron.

Sementara itu, menerusi promosi filem aksi berkaitan penyeludupan dadah, Shah Rukh sebagai pelakon utama menegaskan Pathaan adalah sebuah naskah yang bersifat patriotik.

Malah ketika berkongsi pentas dengan bekas pemain bola sepak, Wayne Rooney di Qatar, malam tadi, aktor itu sempat mempromosikan filem baharunya itu.

Akui bintang Kuch Kuch Hotai Hai itu, Rooney diibaratkan Pathaan kepadanya iaitu hero yang dipanggil pada saat akhir untuk menumpaskan lawan. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan