Rafizi: 'Saya tak pakai rider'

Suraya Ali

suraya.ali@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan beliau tidak menggunakan khidmat 'rider' atau polis pengiring dalam urusan seharian.

"Pengiring hanya seorang dan hanya untuk urusan rasmi sebagai menteri.

"Di luar tugasan rasmi sama macam dulu - saya pergi seorang," katanya di Twitter hari ini.

Saya tak pakai rider.

Pengiring hanya seorang dan hanya untuk urusan rasmi sebagai menteri.

Diluar tugasan rasmj sama macam dulu - saya pergi sorang.

Insya Allah takkan ada program kementerian yg diguna utk berkempen dpt undi.

Prestasi sbg menteri yg tentukan dpt undi ke tak https://t.co/RHrT6iypjd

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) December 11, 2022

Selain itu, Timbalan Presiden PKR itu juga berkata, tidak akan ada program kementeriannya yang digunakan untuk berkempen bagi meraih undi.

"Insya-Allah takkan ada program kementerian yang diguna untuk berkempen dapat undi.

"Prestasi sebagai menteri yang tentukan dapat undi ke tak," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai membalas ciapan seorang pengguna Twitter yang bertanya sama menteri Kerajaan Perpaduan kini menggunakan khidmat polis pengiring atau 'rider'.

Pengguna Twitter yang menggunakan nama AKML ABU mempersoalkan perkara berkenaan kerana menurutnya, ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15 ), Rafizi menegaskan kerajaan perlu menhhentikan perkhidmatan 'rider' untuk menteri kecuali Perdana Menteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan