Dua beradik ditemukan rentung

Muhaamad Hafis Nawawi

mhafis@hmetro.com.my
 KEBAKARAN di rumah berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
KEBAKARAN di rumah berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
Gombak: Dua beradik ditemui rentung selepas rumah mereka di Jalan Dewan Simpang Tiga, Kampung Tanggut, di sini, terbakar, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 3.54 pagi tadi.

"Seramai 17 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat sebuah rumah teres terbakar 70 peratus dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, pihaknya menemui dua mangsa iaitu masing-masing dua kanak-kanak berusia sembilan dan enam tahun rentung dalam kejadian itu.

"Kanak-kanak yang ditemukan rentung itu adalah Muhammad Al Qayyum Muhammad Fauzan, 9, dan adik perempuannya, Nur Syaza Alfisya Muhammad Fauzan, 6.

"Difahamkan ketika kejadian, pintu jeriji kediaman berkenaan berkunci dengan ibu bapa mangsa dikatakan keluar rumah," katanya.

rentung, terbakar, Jalan Dewan Simpang Tiga, Kampung Tanggut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan