WAN SITI AMINAH
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin meluahkan hasratnya untuk menyaman mereka yang telah memfitnahnya terutama dalam isu perolehan vaksin Covid-19.
Menurutnya, dia telah menyerahkan tugas kepada peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.
Mahiaddin mendakwa, buat masa ini, peguam yang mewakilinya itu sedang meneliti semua fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
“Saya sudah maklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bahawa saya tidak bersalah dan mereka nampak berpuas hati.
“Saya harap perkara ini tidak dibangkitkan lagi,” kata Mahiaddin dalam satu pertemuan bersama wartawan selepas di soal siasat oleh SPRM.
Pengerusi Perikatan Nasional itu turut menyifatkan, tuduhan mengenai penganugerahan kontrak lumayan kepada syarikat menantunya itu adalah satu pembohongan yang berniat jahat.
Namun begitu, rata-rata pengguna sosial media berpendapat bahawa sebelum menyaman pihak lain, ahli Parlimen Pagoh itu perlu membuktikan dahulu bahawa beliau tidak bersalah.
Kenyataan dari pihaknya sahaja tidak cukup untuk meyakinkan rakyat bahawa dirinya tidak terlibat dalam gejala rasuah sewaktu pemerintahannya.
“Biar SPRM selesaikan siasatan dahulu. Hasil siasatan akan menunjukkan siapa yang berkata benar,” kata Ravin Singh di laman aplikasi Twitter.
“Anda harus membuktikan kepada semua bahawa anda tidak mengambil rasuah.” Komen pengguna lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan