Wanita cederakan alat sulit 'skandal'

Agensi

Jakarta: Mengerikan apabila seorang wanita berusia 28 tahun dari daerah Tapanuli Selatan, Sumatera Utara, bertindak mencederakan alat sulit kenalan lelakinya dengan senjata tajam iaitu keris.

Portal Kompas melaporkan, wanita itu bagaimanapun sudah ditahan polis.

Hasil siasatan polis mendapati suspek dan mangsa adalah individu yang 'main kayu tiga' walau masing-masing sudah mempunyai pasangan.

Suspek dipercayai mencederakan mangsa kerana lelaki itu mengajaknya untuk melakukan hubungan seks.

Wanita itu menolak permintaan lelaki itu dan menyebabkan kenalannya itu mengancam untuk menyebarkan video mereka melakukan perbuatan tidak senonoh.

Ketua Polis Sibolga Taryono Raharja berkata, kejadian berlaku di sebuah hotel dekat Jalan Horas, Sibolga Sambas, Sibolga, pada Sabtu lalu.

Ia selepas polis menerima laporan pada jam 7.30 malam.

Sejurus menerima aduan, polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemukan mangsa terbaring di atas tilam dan dalam keadaan berlumuran darah.

"Kami dapati ada seorang lelaki yang cedera pada alat sulitnya," katanya

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Mitra Medika untuk mendapatkan rawatan.

"Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan, manakala suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

"Difahamkan, kedua-duanya ada pasangan masing-masing," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan