Kejam!!! Lelaki bunuh dan rogol jasad kanak-kanak!

Agensi
Mayat mangsa ditemukan di kawasan batu dekat pantai. FOTO Agensi
Mayat mangsa ditemukan di kawasan batu dekat pantai. FOTO Agensi
Sulawesi: Demi melempiaskan nafsu serakahnya, seorang lelaki di Indonesia tergamak membunuh sebelum merogol jasad tidak bernyawa kanak-kanak berusia tujuh tahun.

Lebih malang lagi, kanak-kanak itu bakal adik iparnya iaitu adik angkat kepada bakal isteri suspek.

Perbuatan terkutuk lelaki berusia 20 tahun itu terbongkar selepas mayat mangsa ditemukan penduduk di kawasan Pantai Malalayang, Manado, Sulawesi Utara.

Sebelum itu, keluarga mangsa melaporkan kehilangannya sejak malam Selasa lalu.

Suspek dilihat penduduk membonceng mangsa menggunakan motosikal sebelum dia dilaporkan hilang.

Bukti diperkukuhkan dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam mangsa dan suspek.

Suspek ditahan penduduk setempat, namun tidak mengaku sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polis Manado, Sugeng Wahyudi berkata, suspek akhirnya mengaku membunuh mangsa kira-kira 7.30 malam, Selasa lalu.

"Suspek menjemput mangsa sebelum membawanya ke Pantai Malalayang, Manado sebelum membuka baju mangsa secara paksa, namun mangsa melawan.

"Suspek tidak mengendahkan mangsa, sebaliknya membunuh mangsa dengan cara melemaskan selama lima minit.

"Selepas itu, dia tergamak merogol jasad mangsa yang tidak bernyawa," katanya dalam portal Tribunnews.

Suspek menyembunyikan jasad kanak-kanak itu di celah batu-batu besar sebelum melarikan diri.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Kamil Abram berkata, dia mahukan keadilan buat mangsa dan suspek dijatuhkan hukuman berat.

Suspek berdepan hukuman penjara 15 hingga 20 tahun jika disabitkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan