Taktik baharu pengemis ibu kota

NAZRIN ZULKAFLI
Peminta sedekah yang dipercayai warga asing mampu meraih kutipan sehingga RM300 sehari.
Peminta sedekah yang dipercayai warga asing mampu meraih kutipan sehingga RM300 sehari.
Peminta sedekah yang dipercayai warga asing mampu meraih kutipan sehingga RM300 sehari.

SHAH ALAM - Pengemis atau peminta sedekah warga asing menggunakan cara agresif dan mendesak orang ramai menghulurkan wang untuk memperoleh hasil yang lebih banyak.

Lebih membimbangkan, mereka menggunakan kekerasan sekiranya seseorang itu tidak mahu memberikan wang atau mahu melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Peniaga di Masjid Jamek, Fatimah Rahim, 29, mendakwa pengemis pernah mengasarinya di bahagian mulut disebabkan menegur perbuatan mereka.

Jelasnya, kejadian yang berlaku pada bulan Mac lalu itu tidak dikenakan sebarang tindakan disebabkan laporan yang dilakukan ditolak pihak berkuasa.

Muhammad Hussein (kiri) dan Fatimah.
Muhammad Hussein (kiri) dan Fatimah.

“Kekerasan ini bukan kali pertama saya nampak. Sebelum ini memang banyak peminta sedekah memaksa orang ramai untuk menderma kepada mereka.

“Pengemis yang kebanyakan daripada Rohingya dan Syria ini juga banyak kali mencarut, meninggikan suara kepada orang ramai,” katanya.

Tambah Fatimah, hasil daripada kaedah desakan yang dilakukan, peminta sedekah mampu memperoleh sehingga RM300 sehari.

“Dengan cara ini, mereka peroleh banyak duit. Kenapa saya tahu? Sebab mereka minta tukar duit. Mereka nak duit lebih besar sebab nak hantar duit kepada keluarga di negara asal,” ujarnya.

Orang awam, Muhammad Hussein Nizam, 29, berkata, dia pernah disergah dengan golongan tersebut supaya mendermakan wang.

Jelasnya, walaupun dia mengabaikan, namun peminta sedekah itu masih mengikutinya dan memaksa untuk memberikan duit.

“Sentuhan fizikal sepatutnya tidak boleh berlaku terhadap orang yang tidak dikenali.

“Saya risau ia akan berlarutan dan golongan ini boleh sasar kepada warga emas yang kurang keupayaan,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan