Shakira Buang
Parti Amanah Negara (Amanah) secara terbuka memohon maaf kepada Umno berhubung kenyataan pengarah komunikasinya, Khalid Samad agar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak permohonan pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak.
Bercakap kepada pemberita, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub membuat permohonan maaf itu sendiri kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.
“Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri ini, saya bagi pihak Amanah mohon maaf diatas kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Komunikasi Amanah baru-baru ini dan sekiranya kenyataan itu menyinggung atau pun melukakan Umno maka kami minta maaf,” katanya ketika hadir majlis Rumah Terbuka Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.
Dalam pada itu, Salahuddin berkata menjadi hak seseorang warga untuk meminta pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong.
Dia mengulas polemik antara pemimpin Umno dan Amanah berkaitan isu pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan