Terkini: SPRM geledah rumah, pejabat menteri - sumber

FMT Reporters

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah rumah dan pejabat V Sivakumar semalam, selepas mengambil keterangan menteri sumber manusia itu.

Utusan Malaysia melaporkan serbuan dan penggeledahan itu dilakukan sebaik saja Sivakumar memberi keterangannya kepada SPRM semalam.

Menurut laporan itu, menteri terbabit turut memberi keterangan lebih sembilan jam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki semalam mengesahkan agensi itu mengambil keterangan Sivakumar susulan penahanan beberapa pegawainya berhubung satu kes membabitkan pengambilan pekerja asing.

Sivakumar dilaporkan berkata, beliau sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung perkara itu dan menggesa orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai penahanan pembantunya.

Penahanan itu, katanya, sebahagian daripada proses siasatan susulan aduan diterima SPRM.

Baru-baru ini, agensi antirasuah itu menahan dua pegawai kanan Sivakumar berhubung isu membabitkan pengambilan pekerja asing.

Setiausaha sulit Sivakumar ditahan Jumaat lalu dalam siasatan ke atas kelulusan kuota pekerja asing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan