NURUL IRDINA SUMALI
Gambar yang dikongsikan Marina di akaun Twitter miliknya.
PETALING JAYA – Seorang wanita warga asing menjadikan gelongsor di taman permainan sebuah kawasan perumahan di sebuah daerah di Johor sebagai tempat tinggalnya.
Perkara itu dikongsikan Marina Ibrahim di Twitter miliknya yang memberitahu, warga asing terbabit menjadikan payung dan kanvas sebagai bumbung tempat berteduh.
Selain itu, wanita tersebut turut bercucuk tanam di sekeliling ‘rumahnya’ itu.
Berdasarkan pemakaiannya, wanita warga asing tersebut kelihatan terurus dan ‘normal’ seperti orang waras.
Wanita terbabit turut menyusun anak patung di atas meja di taman permainan, namun tidak diketahui sebabnya.
Dia juga berkemungkinan mempunyai masalah sehingga menyebabkan dia bertindak sedemikian.
Ekoran itu, warga asing tersebut ditahan pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut termasuk pemeriksaan mental.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial prihatin dengan nasib yang menimpa wanita tersebut dan berharap bantuan diberikan kepadanya.
“Dia tekanan, bahaya ‘depression’, bantu dia. Inilah golongan bersasar,” komen Khairulnizam.
Perkongsian itu menjadi tular di Twitter apabila mendapat 584,000 tontonan, 1,858 tanda suka dan 885 ulang ciap. -KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan