Kontroversi Azan: JMB mohon maaf, perbincangan tertutup ditular

Predeep Nambiar
Pengerusi surau, Nasir Majid bersalaman dengan Alex Low disaksikan Zakiyuddin Rahman (berbaju kuning).
GEORGE TOWN: Pihak pengurusan sebuah kompleks pangsapuri di Tanjung Tokong memohon maaf berhubung kontroversi laungan azan surau di premis itu.

Ia susulan aktivis Sophian Zain dalam video tular mendakwa pihak pengurusan memohon surau meletakkan pembesar suara di bahagian dalam surau, melaungkan azan di Whatsapp, dan mendesak supaya laungan diperlahankan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Tri Pinnacle, Alex Low, berkata ada pihak mencadangkan usul pemasangan pembesar suara surau dalam mesyuarat agung tahunan, tetapi ditarik balik kerana ia dianggap sebagai isu sensitif.

“Kami kesal kerana perbincangan dalaman yang bersifat tertutup telah tersebar sehingga menimbulkan kekeliruan. 

“Kami ingin memohon maaf kepada semua umat Islam atas isu ini. Saya secara peribadi memohon maaf sekiranya saya menimbulkan kemarahan terhadap semua pihak,” katanya pada sidang media di kompleks pangsapuri Tri Pinnacle.

Pengerusi surau, Nasir Majid mengakui terdapat aduan penduduk mengenai azan sejak surau dibuka, pada 2021.

Beliau berkata, satu lagi video yang menjadi viral di mana penduduk dilihat bertengkar dengan jawatankuasa pengurusan yang dirakam pada Mac lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Zakiyuddin Rahman, mendakwa video Sophian boleh mencetuskan kebencian dan mengelirukan orang ramai, selain menuduh aktivis tersebut menerbitkan video itu dengan niat jahat.

Zakiyuddin berkata, pegawai dari pejabat agama daerah turut serta pada 5 Mei dengan menjadi pengantara dan menyelesaikan isu itu, sebelum kejadian ditular kepada umum.
Aktivis Sophian Zain (kanan), pada sidang media itu menafikan videonya menimbulkan permusuhan.
“Video Sophian tidak mengambil kira apa yang berlaku di sebalik tabir,” kata Zakiyuddin, yang juga pengerusi majlis agama Islam negeri.

“Sophian sepatutnya berhati-hati membuat kenyataan mengenai kes ini, kerana ia sudah diteliti MAINPP,” katanya, sambil menuntut Sophian meminta maaf berhubung video itu.

Sophian, yang hadir pada sidang akhbar itu, mencelah dan mencemuh Zakiyuddin, sambil menyatakan timbalan ketua menteri tidak sepatutnya mempertahankan pengurusan bangunan, tetapi orang Islam.

Sophian juga enggan meminta maaf dan berkata, dia tidak apa yang patut dipersalahkan susulan video dimuatnaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan