48 jam usung mayat dalam hutan

Hazsyah Abdul Rahman
am@hmetro.com.my
BOMBA berusaha membawa keluar mayat mangsa. ihsan bomba
BOMBA berusaha membawa keluar mayat mangsa. ihsan bomba
Beluran: Anggota bomba berdepan cabaran berat selepas terpaksa berjalan dalam hutan kira-kira 48 jam untuk membawa mayat seorang lelaki yang meninggal dunia di hutan Borneo Timber Sungai Pinangah, Tongod, kelmarin.

Mayat mangsa lelaki berusia 24 tahun itu hanya berjaya dibawa keluar pada semalam.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.30 pagi kelmarin.

"Menurutnya hasil panggilan, terdapat seorang mangsa sakit di dalam hutan dan memerlukan bantuan untuk di hantar ke hospital.

"Sebelum itu, mangsa bersama dua rakannya melakukan aktiviti mendaki dan mengkaji hutan namun dilaporkan mengalami sakit badan sehingga tidak mampu meneruskan perjalanan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, susulan itu seramai tiga anggotanya dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 132 kilometer dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

"Pasukan bomba yang dalam perjalanan ke lokasi kemudiannya menerima panggilan susulan pada 2.25 petang dan dimaklumkan mangsa meninggal dunia.

"Pada 6.21 petang hari yang sama, pasukan bomba memulakan operasi bawa keluar mangsa menggunakan 'scoop stretcher'," katanya.

Namun, katanya, usaha membawa mayat itu kemudiannya ditangguhkan kerana cuaca buruk hingga menyebabkan laluan bukit yang curam menjadi licin selain keadaan yang gelap turut menyukarkan operasi.

"Operasi mengeluarkan mangsa disambung pada 5 pagi Sabtu dengan dibantu oleh pasukan BBP Sook.

"Mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan dari hutan dan diserahkan kepada pihak polis sebelum disahkan telah meninggal dunia," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan