'Inspektor Sheila' sekali lagi cemuh lans koperal

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
‘Inspektor Sheila’ sekali lagi mencetus kontroversi. FOTO video tular
‘Inspektor Sheila’ sekali lagi mencetus kontroversi. FOTO video tular
Kuala Lumpur: Wanita tular yang dikenali sebagai Inspektor Sheila sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas satu video memaparkan pegawai polis berusia 30-an itu mencemuh seorang lagi anggota berpangkat lans koperal.

Dalam video berdurasi 40 saat itu mula tular hari ini selepas dimuat naik di media sosial baru-baru ini dipercayai dirakam di Balai Polis Seri Petaling, di sini.

"Nama encik siapa, pangkat apa? Lans koperal, banyaknya lans koperal saya bertemu hari ini.

"In charge siapa, you incharge ke? Minta SM (sarjan mejar) datanglah saya inspektor…lans koperal kan? Pergi panggil SM.

"Jangan lans koperal bagi saya arahan…jangan ingat saya takut…pangkat lagi tinggi bagi arahan…jangan main-main dengan aku," katanya dalam video itu.

Sementara itu Polis Kuala Lumpur memaklumkan bahawa pegawai kanan terbabit sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung video tular di parkir sebuah pusat beli belah di Brickfields baru-baru ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan,

polis mengesahkan menerima laporan kejadian pegawai wanita yang mencetuskan kekecohan di parkir pusat beli-belah di Brickfields, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sebelum itu pegawai berkenaan menerima kecaman netizen selepas dua klip video berdurasi 24 dan 10 saat di muat naik di media sosial Khamis lalu memaparkan dirinya mencemuh seorang lagi anggota berpangkat lans koperal dalam kejadian sekitar Gombak, Selangor.

Susulan itu Polis Selangor memanggil pegawai wanita terbabit untuk dirakam keterangan berhubung kejadian berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan