MAISARAH AISYA
Siapa sahaja tidak panik apabila anak yang belum mencecah usia sebulan hilang ketika sedang lena tidur.
Menurut Tribun News, seorang bapa di Jambi, Indonesia melaporkan kes penculikan anaknya kepada pihak polis pada Ahad lalu.
Dia mendapati anaknya hilang dari dalam bilik tidurnya kira-kira jam 6 pagi.
Rupa-rupanya bayi tersebut dijual ibunya sendiri dalam platfrom Facebook kepada sepasang suami isteri tanpa pengetahuan si bapa.
Malah wanita tersebut memuat naik iklan untuk menjual anaknya sebelum bersalin lagi dan dijual pada harga RM2437.80 (8 juta Rupiah).
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jambi, Kompol Indar Wahyu Dwi memaklumkan ibu kandung bayi serta pasangan ibu bapa angkat bayi tersebut telah ditahan oleh pihak polis kerana telah melanggar Akta Perlindungan Kanak-Kanak.
Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan bahawa bagi proses pengambilan anak angkat, perlu melalui keputusan mahkamah dengan mengikut saluran yang betul.
Tambahnya motif pasangan tersebut membeli anak itu kerana masih belum dikurniakan cahaya mata.
Susulan itu, wanita tersebut telah ditahan dan anaknya kini dilaporkan selamat di bawah jagaan bapa kandungnya serta keluarga.
Disebabkan masih kecil, bayi itu perlu dibawa ke balai polis setiap hari disusukan ibunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan