Dua bintang bola sepak antara 36 calon PN di Kedah

Malaysiakini

PN malam ini mengumumkan seramai 36 calon yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) di Kedah.

Pengumuman itu dibuat di Kompleks PAS Kedah di Alor Setar.

Seperti dijangka, Menteri Besar sementara Kedah, Sanusi Muhammad Nor akan mempertahankan kerusi yang disandangnya di Jeneri.

Sementara itu, bekas kapten lagenda pasukan bola sepak Hijau Kuning, Radhi Mat Din dipertaruhkan PN di DUN Alor Mengkudu.

Manakala bekas ketua pasukan bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar yang juga Ketua Pasukan Sabah FC pula akan bertanding di DUN Gurun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan