Lelaki maut, badan hancur jatuh tingkat 41 hotel oleh

NOR FARHANA YAACOB
Pasukan polis mengusung mayat lelaki berusia 52 tahun dipercayai terjatuh dari tingkat 41.
Pasukan polis mengusung mayat lelaki berusia 52 tahun dipercayai terjatuh dari tingkat 41.
MELAKA - Seorang lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan apabila mayatnya hancur separuh badan selepas terjatuh dari tingkat 41 sebuah hotel di bandar Melaka di sini pada tengah malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian yang menimpa lelaki berusia 52 tahun itu pada jam 12.20 tengah malam.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian mendapati mangsa dalam keadaan tubuhnya dari paras pinggang ke kepala telah hancur dipercayai akibat jatuh dari bangunan tinggi.

"Aduan diterima dari seorang pemuda berusia 25 tahun dan sepasukan anggota dari Balai Polis Melaka Tengah dikejarkan ke lokasi untuk membuat pemeriksaan lanjut.

"Bangunan hotel itu mempunyai 42 tingkat dan dipercayai mangsa terjatuh dari tingkat 41," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, seorang saksi memaklumkan dia terdengar bunyi kuat seperti tayar meletup sebelum ternampak mangsa terjatuh dalam keadaan terlangkup.

"Dia nampak si mati dalam keadaan terlangkup dengan separuh daripada badan telah hancur dan terus menghubungi penyambut tetamu hotel serta talian 999.

"Dua orang saksi warga Bangladesh ternampak mangsa dalam keadaan mencurigakan sebelum terjatuh," katanya lagi.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-berita lewat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan