Pakai jubah lusuh tapi bayar zakat RM1 juta, amil terkejut, ingatkan fakir miskin

MAISARAH AISYA

Zakat pendapatan yang dikenakan ialah sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah gaji yang diterima pembayar.

Umum juga tahu zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam yang wajib dilaksanakan.

Kisah ini dikongsikan oleh Siakap Keli yang menemubual seorang amil di Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ – MAIWP).

Menerusi temuabual bersama Ustaz Mohd Dziyaulhak Hashim, beliau menceritakan kisah seorang lelaki yang pada awalnya disangka asnaf tapi sebenarnya adalah jutawan.

Di bawah adalah kisah berkenaan.

Ada seorang tu (anggaran umur 50-60 tahun) dia datang ke kaunter zakat.

Tapi dia pakai jubah pun tak seterika, biasa sahaja. Tak ada driver, datang pejabat zakat, lepas itu nak jumpa amil, dia nak bayar zakat.

Tapi amil kita ingat dia datang nak minta bantuan. Sebab tengok penampilan dia, kalau orang datang macam tu biasanya orang datang nak minta bantuan.

Jadi kalau nak minta bantuan, kita akan salurkan terus atau minta pergi ke Bahagian Agihan Zakat MAIWP, di Jalan Ipoh.

Sebab di PPZ-MAIWP, kita tak ada bantuan, kami hanya kutip zakat orang sahaja. (Kutipan diserahkan kepada Bahagian Agihan Zakat MAIWP untuk urusan pengagihan).

Jadi kami ingat lelaki yang pakai jubah lusuh ni nak ambil bantuan. Rupa-rupanya dia sebut dia nak bayar zakat pendapatan.

Jadi amil tanya berapa amaun. Dia cakap nak bayar zakat untuk dirinya, RM1 juta.

Penampilan nampak biasa, tapi mashaAllah jutawan-jutawan yang tawaduk ni ada sebenarnya. Permata-permata tu ada.

Menariknya pakcik tu, banyak zakat dia bayar. Biasa harta orang RM1 juta, zakat RM25 ribu. Tapi dia ini zakat RM1 juta.

Hendak dijadikan cerita, amil yang bertugas pada ketika itu telah tersilap memasukkan data pada resit dengan menaip terlebih angka kosong menjadi RM10 juta.

Namun reaksi lelaki tersebut hanya bersahaja, beliau telah meminta supaya didoakan agar suatu hari nanti dia dapat menambah jumlah zakatnya itu.

Ada sesetengah aplikasi bank yang membuat potongan terus daripada gaji anda, maka tiada alasan mengapa tidak boleh membayar zakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan