Mat Sabu mahu dedah 'pembohongan' Hadi

Malaysiakini

Presiden parti Amanah Mohamad Sabu akan mendedahkan apa yang didakwanya sebagai pembohongan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, di di Simpang Jeram, Muar, hari ini.

Berucap pada Ceramah Perpaduan Pulai di Nusa Bestari di Johor Bahru, malam semalam, dia menadikan dakwaan Hadi bahawa segelintir ahli dan bekas pemimpin parti itu keluar PAS dan menubuhkan Amanah adalah kerana takut kalah dalam pilihan raya.

"Semalam Presiden PAS 'tembak' mengatakan mereka tinggalkan Pakatan Rakyat kerana parti DAP tolak hudud. Saya tidak akan jawab malam ini, saya akan jawab malam esok (Isnin) di Simpang Jeram, Muar.

"Saya akan jawab malam nanti bagaimana Presiden PAS membuat pembohongan kepada rakyat. Saya akan jawab satu persatu malam esok pembohongan itu.

"Aku bukan orang kecil, aku bekas Timbalan Presiden PAS. Jangan tipu rakyat di atas kopiah kamu itu, 'no more," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online.

Hadi dalam ucapannya di Markas PAS Bakri, Muar pada Sabtu mendakwa, tindakan segelintir ahli dan bekas pemimpin parti itu, termasuk Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan pernah menjadi timbalan presiden PAS menyertai Amanah adalah kerana takut kalah dalam pilihan raya.

Hadi turut menyifatkan mereka sebagai lemah semangat sehingga sanggup meninggalkan dasar perjuangan PAS.

Selepas Pilihan PRU14 pada 2018 dan kejayaan PH menumbangkan BN, selain Mohamad, beberapa pemimpin kanan PAS seperti Salahuddin Ayub, Dr Mujahid Yusof Rawa, dan Khalid Samad dilantik sebagai menteri.

Sementara itu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja, berkata PAS dan sekutunya Perikatan Nasional (PN) sanggup menggunakan Islam demi kepentingan mereka.

"Sebagai contoh di Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, ketika kempen mereka menggunakan isu sekolah agama dan tahfiz diarahkan tutup. Isu itu membuatkan pengundi Melayu percayakan mereka.

"Padahal arahan Sultan Selangor pada waktu itu supaya semua sekolah agama yang tak ikut peraturan dan standard piawaian mesti ditutup sebab boleh mengundang masalah dan mereka perlu buat pembaharuan jika mahu beroperasi semula.

"Isu itu menyebabkan PAS dan PN dapat sokongan sementara. Saya yakin pembohongan mereka itu tak boleh bertahan hingga empat tahun akan datang.

"Rakyat akan melihat perubahan ini. Saya yakin rakyat tak bodoh dan kembali sokong Kerajaan Perpaduan," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan