Muhyiddin desak Anwar dan Zahid Hamidi letak Jawatan

Nora Mahpar

SHAH ALAM: Muhyiddin Yassin berkata Anwar Ibrahim perlu meletak jawatan sebagai perdana menteri susulan referendum rakyat hasil keputusan PRN di enam negeri yang majoritinya dikuasai Perikatan Nasional (PN).

Tuntutan sama turut dibuat kepada Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Pengerusi PN itu berkata kejayaannya menguasai 60% daripada 245 kerusi dipertandingkan dan mengekalkan pentadbiran di Kedah, Terengganu serta Kelantan membuktikannya sokongan Melayu kepadanya.

Menurutnya, PN yang menang 22 kerusi di Selangor berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di kubu kuat mereka sejak sekian lama.

“Saya percaya jika peratus (pengundi) lebih tinggi, PN boleh rampas Selangor.

“Ini referendum kepada PH-BN dan Anwar perlu letak jawatan (PM),” katanya pada sidang media malam ini.

PRN semalam menyaksikan PH dan BN mengekalkan penguasaan di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan Selangor.

Perikatan Nasional (PN) pula kembali menerima mandat di Kedah, Terengganu dan Kelantan, dengan kesemuanya dikuasai dengan majoriti dua pertiga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan