Tular video Sanusi anggap dirinya di landasan benar, jika mati dikira Syahid

HarapanDaily.com

SITI NUR ZAWANI

Tular kembali video Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengisytiharkan dirinya akan mati sebagai seorang Syahid kerana mendakwa beliau berada di atas landasan yang benar.

ADUN Jeneri itu berkata, beliau sedang berjuang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digelarnya sebagai penipu dan pembohong.

“Saya berjalan atas landasan yang benar. Kalau saya mati, saya Syahid.

“Kalau saya menang, saya kongsikan kemenangan ini kerana saya berjaya menumbangkan seorang penipu dan pembohong yang tiba-tiba menjadi perdana menteri,” ucapnya dalam video yang dikongsi pengguna X.

Difahamkan, video tersebut merupakan video lama pada Julai lalu, ketika Sanusi sedang berucap dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Bagaimanapun ia kembali tular sehingga mengundang kecaman pengguna media sosial yang menganggap Sanusi seolah-olah mengambil kerja tuhan.

Mereka turut mempersoal, bagaimana Sanusi boleh menganggap dirinya akan mati Syahid hanya kerana melawan Anwar yang jelas bukan seorang penentang Islam.

“Melampau sangat dah Sanusi ni. Mati Syahid kalau dari konteks Sanusi ni seolah dia berperang ni untuk pertahankan Islam.

“Dia sebut dalam video ni dia lawan Anwar Ibrahim. Adakah Anwar Ibrahim menentang Islam? Adakah Islam ditekan di bawah (kerajaan) Anwar Ibrahim?,” soal pengguna X.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan