FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang tukang kayu didenda RM1,300 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas mengaku bersalah atas dakwaan menceroboh rumah jiran.
Sinar Harian melaporkan Mohd Sukhri Mohd Adam, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan berada di bawah rumah jirannya dengan niat menghendap isteri jiran itu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira 10.30 malam 30 Ogos lalu di Kampung Gelugor Haji Tahir, Kuala Terengganu.
Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap dua beradik yang menyedari kehadirannya dalam keadaan mencurigakan di bawah rumah mereka sebelum menghubungi polis pada hari kejadian.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan