Bernama
Seramai 60 lagi mangsa cedera dalam nahas membabitkan beberapa kenderaan, termasuk sebuah bas di Kaherah-Iskandariah Mesir pada Sabtu.
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 32 maut, manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya membabitkan beberapa kenderaan, termasuk sebuah bas di Kaherah-Iskandariah Mesir pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman dpa memetik media tempatan.
Siasatan mendapati kemalangan itu berpunca daripada kebocoran tangki minyak sebuah kenderaan terbabit, lapor akhbar al-Ahram.
Enam kenderaan, termasuk sebuah bas penumpang musnah dalam kemalangan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan