HarapanDaily.com
China hari ini mengelak mengutuk Hamas secara terbuka atas konflik di Palestin sebaliknya memberitahu rakan sejawatnya di Israel bahawa ‘semua negara mempunyai hak mempertahankan diri’.
Mesej itu disampaikan Beijing dalam perbualan telefon pertama antara Menteri Luar China, Wang Yi dan Menteri Luar Israel, Eli Cohen sejak perang Israel-Palestin meletus, 7 Oktober lalu.
“Semua negara mempunyai hak mempertahankan diri,” kata Wang Yi menurut nota Menteri Luar republik itu.
Memetik AFP, Wang Yi turut menekankan Israel perlu mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan melindungi keselamatan orang awam.
Lebih 5,000 penduduk Palestin terbunuh di seluruh Semenanjung Gaza dibedil pengganas Israel.
Dalam masa sama, Wang berjanji, China akan ‘melakukan yang terbaik’ untuk menyokong usaha yang ‘kondusif untuk keamanan’.
“Tugas paling mendesak sekarang adalah menghalang konflik daripada terus meningkat, yang boleh membawa kepada bencana kemanusiaan lebih serius,” katanya Wang kepada Cohen.
Wang turut mengulangi pendirian Beijing bahawa penyelesaian dua negara adalah satu-satunya hasil yang berdaya maju kepada konflik tersebut.
Kuasa besar dari Timur itu juga amat berharap konflik di Palestin akan diselesaikan secara menyeluruh dan adil berdasarkan ‘penyelesaian dua negara’.
Pada masa sama, kebimbangan keselamatan yang sah semua pihak dapat ditangani dengan cara yang ikhlas lagi teliti bagi mendapatkan penyelesaiannya berkekalan.
Lebih 5,000 penduduk Palestin terbunuh di seluruh Semenanjung Gaza setakat ini dengan kebanyakannya orang awam, dalam serangan balas tanpa henti pengganas Israel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan