Empat perkara lucu apabila tauliah ustaz, ustazah Pas ditarik

HarapanDaily.com

HAZMAN BAHAROM
Empat perkara lucu apabila tauliah ustaz, ustazah Pas ditarik
Ada satu fenomena yang lucu dan menarik apabila segelintir orang agama (seperti Dusuki Rani dan Abdullah Khairi) bersuara ketika tauliah mereka ditarik atau disekat.

Kalau rajin lagi, perhatikan cara mereka merespon kepada isu ini di pelbagai medium sebagai salah satu bahan kajian anda.

Pertama, kita semua tahu bahawa semua negeri buat perkara sama. Ustaz-ustazah yang pro-Pas disekat di Selangor dan Pulau Pinang.

Dalam masa sama, ustaz-ustazah yang pro-PH atau pro-BN disekat di Kelantan dan Terengganu. Sama saja perangai negeri-negeri ini mengikut kompas politik masing-masing.

Kedua, apabila orang-orang begini dengan mantap dan tidak sedar dirinya menyamakan sekatan kuliah mereka dengan “sekatan ke atas dakwah Islam.” Relakslah bro, sis.

Hangpa ada ka takdak ka, dakwah Islam bergerak serupa tu juga di seluruh dunia. Besar sungguh keyakinan mereka bahawa “dakwah” mereka itu sungguh penting. Boleh bagi A+ untuk keyakinan.

Ada cara berfikir yang kita harus cerakinkan (“unpack”) melalui sikap sebegini.

Khaled Abou El Fadl pernah menyinggung hal ini dalam “Speaking in God’s Name”, apabila sebilangan orang menyangkakan bahawa “hanya dia yang bawa Islam,” justeru “kalau dia disekat, maksudnya Islam disekat.”

Di belakang sikap ini, adanya cara berfikir autoritarian yang mahu memonopoli “kebenaran agama,” lalu berpotensi mewujudkan sikap ekstrem dalam kalangan penganut agama.

Ketiga, ustaz-ustazah begini juga yang suka bercerita bahawa “Islam dengan politik tidak boleh terpisah” tanpa perincian yang teliti dan ilmiah.

Kesannya, orang yang pegang kuasa politik akan juga mengawal agama secara semberono mengikut apa yang dia faham, dan perkara itulah yang dilakukan di Selangor.

Kalau ustaz-ustazah ini konsisten dengan apa yang mereka dakwahkan, maka mereka patut terima ketetapan negeri-negeri ini menyekat mereka. Agama ‘kan tidak terpisah dari politik? Haha.

Keempat, kesian liberal dengan sekular kena fitnah. Setahu saya, dalam Majlis Agama Negeri mungkin tak ada yang sekular atau liberal (kalau ada pun, minoriti yang terlalu haluih). Kalau benci sangat pun tak payahlah fitnah orang, ustaz oi. Saman satgi baru tau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan