Mengapa Pas jemput peguam Loh Siew Hong ke muktamar?

HarapanDaily.com
story-image
DESA HM

Apa motif Pas jemput peguam Shamsher Singh Thind dalam kes Loh Siew Hong ke muktamar Pas?

Loh dengan bantuan seorang peguam ‘kafir’ (istilah Pas) tersebut baru-baru ini telah menang dlm permohonan habeas corpus utk mendapatkan hak jagaan 3 anaknya yang telah diIslamkan utk dijaga di dlm keluarga beragama Hindu.

Adakah Pas merelakan, tiga anak-anak Loh untuk hidup dan mengamalkan ajaran dan cara hidup sebagai orang Hindu?

Atau Pas tidak lagi sensitif dgn isu anak-anak kepada seorang bapa yang beragama Islam utk dimurtadkan oleh keluarga bukan Islam?

Untuk rekod, mahkamah tinggi telah menolak permohonan Majlis Agama Islam Perlis setelah hakim berbual dengan ketiga-tiga anak tersebut yang telah menyatakan bahawa mereka tidak mahu beragama Islam.

Apa motifnya Pas jemput peguam yg berusaha ‘memenangkan’ tuntutan Loh utk diraikan dlm majlis besar Pas?

Selain dari isu dua rakan Pas yg didakwa di mahkamah Shah Alam hari ini dlm kes songlap RM 5.56 juta dan kes Pas liat nak bayar hutang cetak Harakah RM 3 juta.

Dah 7 tahun, Pas boleh buat pekak.

Rupanya, ada berlambak lagi pembohongan Pas yg boleh dibongkar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan