Serangan Mujahiddin cipta sejarah baharu Gaza

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
ROKET yang dilancarkan pejuang Palestin di pintas oleh sistem pertahanan Iron Dome Israel. FOTO AFP
ROKET yang dilancarkan pejuang Palestin di pintas oleh sistem pertahanan Iron Dome Israel. FOTO AFP
Kuala Lumpur: Fenomena luar biasa yang tidak pernah berlaku apabila kumpulan Mujahiddin Briged Al Qassam yang melancarkan ribuan roket ke penempatan haram di Israel.

Serangan itu adalah misi bagi membebaskan Palestin dari penjajahan dan balas dendam atas tindakan pencerobohan tentera Israel ke Masjid Al Aqsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, kumpulan Mujahiddin sebelum ini lebih banyak bertahan dalam mempertahankan Gaza namun kali ini menjadi sejarah berlaku apabila Israel dikejutkan dengan ribuan roket pada jam 7.30 pagi waktu Gaza semalam.

Menurutnya, ketika kejadian itu, beliau yang berada di Malaysia menerima mesej bertalu-talu daripada rakan di sana yang memaklumkan bumi Gaza dikejutkan dengan ribuan roket dilancarkan ke penempatan haram Israel.

"Mereka berasa seperti mimpi apabila dimaklumkan beberapa kawasan di penempatan haram Israel berjaya dimasuki tentera Mujahiddin.

"Apa yang berlaku ini sangat luar biasa sampailah muncul tokoh yang digeruni musuh, Komander Utama Briger Al Qasam, Mohammed Deif memberi ucapan di mana beliau memaklumkan apa yang berlaku ada balas dendam selepas bertahun lamanya sejak Masjid Al-Aqsa diceroboh setiap hari dengan mereka yang bersolat dibantai tentera Israel," katanya.

Nadir berkata, dalam ucapan itu, komander terbabit memaklumkan pihaknya melancarkan 5,000 roket masuk ke penempatan haram Israel bagi memastikan tindakan balas tidak dapat dilakukan.

"Beliau juga menyebut kebangkitan ini perlu disambut negara Islam di luar sana dan turut menyebut nama Indonesia, Pakistan serta Malaysia yang perlu menyambut kemaraaan dilakukan mereka ini.

"Kami difahamkan pintu sempadan juga sudah mula dikuasai tentera Mujahiddin, tanah penempatan haram mula dibuka dan mereka berjaya ceroboh masuk dan mengosongkan penempatan penduduk Israel dan kem tentera," katanya.

Beliau berkata, pemuda Palestin juga buat pertama kali dapat masuk dan menjejak tanah asal mereka.

"Operasi ini sudah dirancang sekian lama dan 1,000 orang dilatih di mana ketika ini pemuda ini berjaya pulang semula ke Gaza dalam keadaan selamat.

"Difahamkan mereka berjaya mendapat 100 tahanan Israel yang akan digunakan untuk mengadakan rundingan dengan pihak Israel," katanya.

Katanya, setakat ini, beliau difahamkan seramai 239 rakyat Palestin terkorban 1,388 cedera.

"Alhamdulillah isteri dan anak-anak saya yang berada di sana dalam keadaan selamat," katanya.

Mereka yang ingin membantu rakyat Palestin boleh menyumbang dengan sumbangan dimasukkan ke: https://emergency4gaza.com/kecemasan atau ke akaun Maybank CGM 564810507826.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan