FMT Reporters
Keadaan kenderaan dipandu mangsa yang dihempap pokok setinggi kira-kira 12 meter di Jalan Ulu Yam-Gombak petang tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA: Seorang wanita maut selepas Perodua Alza dipandunya dihempap pokok setinggi kira-kira 12 meter dalam kejadian di Jalan Ulu Yam-Gombak, menghala ke Ulu Yam, petang tadi.
Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa berusia 40 tahun itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Selayang ke rumahnya di Bukit Sentosa.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.14 petang.
Katanya, lima anggota bersama jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi untuk membantu mangsa.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebatang pokok menghempap MPV jenis Perodua Alza
“Wanita terbabit dipercayai tersepit dalam kenderaan selama kira-kira 15 minit, sebelum kerja-kerja memotong pokok untuk mengeluarkan mangsa dilakukan,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.
Katanya, mangsa berjaya dibawa keluar pada 7.10 malam dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan