“Betul, dia hamilkan saya”, wanita mohon pelakon lelaki tiga anak bertanggungjawab

WAN SITI AMINAH

Sebelum ini tular satu pengakuan dan permohonan maaf dari seorang wanita yang mendakwa telah memfitnah pelakon kacak, Aniq Suhair menghamilkan dirinya.

Wanita berkenaan mengakui kenyataan berbaur fitnah itu sengaja dikeluarkannya untuk meraih perhatian pelakon lelaki yang diimpikan untuk menjadi miliknya itu.

Belum sebulan meminta maaf, wanita tersebut malah membuat ‘pusingan U’ apabila kembali menuduh Aniq memanipulasikan fakta hanya untuk membersihkan namanya.

Rupa-rupanya, Aniq dikatakan telah berjanji untuk menjalankan tanggungjawabnya dengan syarat wanita itu mengaku kehamilannya hanyalah satu fitnah semata-mata.

Pelakon itu bagaimanapun memungkiri janjinya dan didakwa telah memanipulasi wanita berkenaan demi memastikan laporan polis yang dibuat terhadapnya ditarik semula.

Mengundang perbincangan hangat, perkara itu dibongkarkan menerusi beberapa hantaran tular yang dimuat naik di platform media sosial TikTok milik @aifanbila1.

“Sebenarnya memang betul Aniq Suhair telah membuat saya hamil. Tetapi dia telah memanipulasi, menjanjikan macam-macam dan menipu supaya saya membersihkan namanya.

“Ini bukti kami di balai polis bersama peguam dia. Jadilah lelaki yang bertanggungjawab. Berhenti mengkhianati orang. Cukuplah berpura-pura untuk mencari validasi manusia,” katanya.

Individu yang enggan dikenali itu turut berkongsi tangkap layar mesej perbualan memaparkan keengganan Aniq menjalani ujian paterniti DNA terhadap bayi dalam kandungannya.

Lebih mengejutkan, pelakon berusia 22 tahun yang tidak pernah berkahwin itu turut membuat pengakuan dirinya telah memiliki tiga cahaya mata dengan wanita lain.

Dalam hantaran lain, wanita tersebut turut memohon mana-mana peguam yang sudi membantu untuk tampil membawa isu membelenggu dirinya ini ke muka pengadilan.

Akuinya, pendedahan ini tidak dibuat untuk menjatuhkan reputasi sebaliknya hanya mahu pelakon yang meningkat naik itu melunaskan tanggungjawab seperti dijanjikan.

Antara pendedahan yang dibuat wanita oleh berkenaan
Terdahulu, Aniq memberi amaran mahu mengambil tindakan terhadap pihak yang memburukkan namanya susulan tular dakwaan dirinya menghamilkan seorang wanita.

Dakwaan tersebut menyatakan, pelakon lelaki yang terlibat bukan sahaja enggan bertanggungjawab malah menggesa wanita hamil itu untuk menggugurkan kandungan.

Nama Aniq terus ‘dipetik’ netizen memandangkan wanita itu memberi bayangan pelaku adalah seorang pelakon lelaki yang sedang dalam proses memperbaiki diri ke arah lebih baik.

Pemilik nama sebenar Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh itu bagaimanapun menyangkal tuduhan yang dikatakan sengaja dilempar untuk menjatuhkan imejnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan