Hidir Reduan Abdul Rashid
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang P Ramasamy membayar RM1.42 juta sebagai ganti rugi terhadap pendakwah Islam, Dr Zakir Naik kerana memfitnah.
Ini selepas mahkamah membenarkan dua saman sivil oleh warga India itu terhadap Ramasamy.
Pada 2019, Zakir memfailkan dua saman berasingan terhadap Ramasamy berhubung kenyataan yang dibuat bekas pemimpin DAP itu.
Satu daripadanya berkaitan ceramah kontroversi pendakwah berkenaan di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Ogos 2019; dan satu lagi terhubung tangkapan besar-besaran pada 2019 yang dikaitkan dengan dakwaan cubaan untuk menghidupkan semula kumpulan militan Liberation Tamil Tigers of Eelam (LTTE).
Semasa prosiding di mahkamah hari ini, hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz memutuskan bahawa Zakir telah membuktikan bahawa ketiga-tiga unsur fitnah itu telah dibuktikan bagi lima kenyataan yang dibuat oleh Ramasamy.
Hakim itu berkata Ramasamy gagal menunjukkan bahawa dia berhak mendapat pembelaan justifikasi dan ulasan yang adil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan