Pesawat ringan terhempas ke perairan dipenuhi buaya

Agensi
PASUKAN penyelamat berusaha menyelamatkan juruterbang berkenaan.
PASUKAN penyelamat berusaha menyelamatkan juruterbang berkenaan.
Miami: Seorang juruterbang di Amerika Syarikat (AS) berdepan detik cemas apabila terpaksa berpaut pada hujung sayap pesawatnya selama sembilan jam, baru-baru ini.

Ia selepas pesawat itu terhempas ke perairan yang dipenuhi buaya di Taman Negara Everglades, dekat sini, pada Selasa minggu lalu.

Gulf News melaporkan, Taman Negara Everglades adalah satu-satunya tempat di dunia di mana aligator hidup bersama-sama dengan buaya.

Sebelum itu, pesawat enjin tunggal juruterbang Cessna Skyhawk 172M itu dikatakan terhempas di situ pada 4 pagi.

Juruterbang itu adalah satu-satunya individu di dalam pesawat yang didaftarkan di sebuah sekolah penerbangan itu, lapor CBS News Miami.

Menurut laman penjejak penerbangan, pesawat itu meninggalkan lokasi berhampiran Tasik Okeechobee, tasik air tawar terbesar di AS, dan terbang ke arah selatan sebelum menghadapi masalah berhampiran di daerah South Broward.

Disebabkan lokasi kejadian yang jauh dan rupa bumi yang sukar, helikopter Air Rescue North Miami-Dade Fire (MDFR) Rescue tiba di tempat kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.

Menurut laporan media tempatan, selepas diselamatkan, juruterbang lelaki itu dibawa ke hospital di Broward County.

CBS News Miami melaporkan juruterbang mengalami luka di kakinya, menurut ketua bomba daerah South Broward, Michael Kane.

Kane berkata, terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada sebuah sekolah penerbangan. .

Bagaimanapun, mereka memerlukan helikopter untuk menyelamatkan juruterbang dan ketika itulah, pihaknya menghubungi MDFR untuk bantuan.

Dalam satu video, seorang ahli penyelamat turun dengan tali dari helikopter yang berlegar di udar.

Juruterbang berkenaan diberi pakai abah-abah, sebelum perlahan-lahan ditarik ke atas.

Menurut laporan, juruterbang terbabit kemudian dibawa ke Hospital Serantau Memorial Hollywood untuk rawatan lanjut.

Menurut CBS News Miami, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan sedang menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan.
-hmetro 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan