Puluhan aktivis halang Boeing bekal bom kepada Israel

Sinar Harian
Aktivis menyekat akses di kemudahan Boeing di Missouri, AS. - Agensi
Aktivis menyekat akses di kemudahan Boeing di Missouri, AS. - Agensi
JEFFERSON CITY - Lebih 75 aktivis menghalang setiap pintu masuk ke Bangunan 598 di kemudahan Boeing di Missouri, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin kerana ia dijadikan kilang menghasilkan bom dan peluru untuk membedil Genting Gaza.

Kemudahan Boeing itu bertanggungjawab membekalkan hampir 1,000 bom termasuk Bom Diameter Kecil (SDM) dan kit Joint Direct Attack Munition (JDAM) kepada Angkatan Pertahanan Israel (IDF).

Jurucakap kumpulan antiperang Dissenters, Ellie Tang berkata, protes di kemudahan Boeing itu bagi mendesak kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin yang tidak berdaya di Gaza dihentikan segera.

"Pertama, kami menggesa Kongres dan Joe Biden (Presiden AS) mendengar seruan jutaan orang tinggal di negara ini untuk gencatan senjata.

"Kedua, kami mendesak penjualan senjata kepada Israel dihentikan," katanya.

Dalam laporan Bloomberg pada 10 Oktober lalu, Boeing mempercepatkan penghantaran 1,000 peluru berpandu tepat ke Israel ketika negara haram itu meningkatkan julat serangan ke atas Gaza. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan