Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Seorang pegawai dan enam anggota polis yang dipercayai bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor ditahan selepas didakwa mencuri barangan milik seorang lelaki pada kelmarin.
Lelaki berusia 40 tahun berkenaan yang disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di Selayang, Selangor yang tinggal di Ayer Hitam, Pulau Pinang sebelum itu ditahan polis pada 27 Oktober lalu.
Menurut sumber, pihak polis kemudian merampas barangan miliknya dan direman sehingga 3 November lalu.
"Sebaik dibebaskan mangsa yang pulang ke rumah mendapati barangan elektrik dan barangan lain hilang disyaki dicuri pasukan polis yang melakukan serbuan itu.
Suspek curi berhala ditahan polis
"Dia kemudiannya tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin mengesahkan kejadian itu dan pegawai dan anggota polis itu sudah ditahan pada kelmarin.
"Mereka direman sehari dan dibebaskan dengan jaminan polis semalam.
"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan