KOSMO!
Tangan lelaki itu dipatuk selepas cuba menyentuh ular tersebut. - Stomp
SINGAPURA – Seorang lelaki dibawa ke hospital selepas dipatuk seekor ular sawa sepanjang 2.5 meter yang ditangkap orang ramai di Kallang Bahru, lapor laman berita Stomp semalam.
Ular itu ditemui di dalam longkang berhampiran sebuah kedai kopi di Blok 66 pada Khamis lalu.
Sekumpulan orang ramai kemudian mengangkat penutup longkang dan menangkap ular itu kerana bimbang ia masuk ke dalam kedai kopi tersebut.
Selepas reptilia itu ditangkap, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 60-an menghulurkan tangannya untuk menyentuh ular tersebut, namun dia digigit.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng oleh Angkatan Pertahanan Awam Singapura.
Ular itu kemudian diserahkan kepada pasukan penyelamat hidupan liar dari Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keperihatian Haiwan (Acres). – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan