HARAPAN DAILY
AHMAD MURSI
Kita perlu menilai isu Tebuk Atap Haji Hadi ini dari sudut bahaya Khawarij yang ada dalam Hadith & tradisi Islam.
Tebuk Atap ini bukan versi biasa yang difahami dalam proses demokrasi yang biasanya jadikan isu polisi awam sebab menukar kerajaan.
Konvensyen Parlimen benarkan undi tidak percaya bagi menukar Perdana Menteri mengikut Perlembagaan.
PMX telah tawarkan berkali-kali tetapi PN-Pas pun tahu mustahil untuk tukar kerajaan yang punyai dua pertiga sokongan.
Pada zaman PN-Pas, Parlimen ditutup dan negara didaruratkan agar boleh lari dari proses ini. Akibatnya, negara rosak kerana tiada fungsi semak dan imbang di Parlimen.
Yang menjadikan Tebuk Atap Haji Hadi ini politik Khawarij ialah sikap Ghuluw (pelampau) dan Takfiri untuk hasut rakyat termasuk sebarkan dosa besar seperti Qazaf.
Setiap minggu akan ada satu isu akidah dan agama dimainkan dan itulah ciri2 penting Khawarij yang suka jadikan isu akidah sebagai isu politik sejak 1,400 tahun dulu.
Isu utama bukan lagi isu polisi awam atau integriti kerajaan tetapi dakwaan pemimpin telah ‘terkeluar dari Islam’, sesat dan kufur seperti dakwaan MP Jasin yang dianggap ulama oleh Pas.
Hal yang tiada, diada-adakan. Fitnah melibatkan akidah disebar semahunya, pemimpin Pas halalkan perbuatan Qazaf, ADUN Pas promosi seks songsang secara terbuka.
Pada zaman Khalifah, pelakuan Khawarij yang menentang pemimpin yang sah dengan permainkan hal akidah adalah hal yang serius dan diperangi habis-habisan.
Kerana taat kepada pemimpin yang sah adalah wajib selagimana tidak disuruh membuat maksiat.
“Taatlah Allah, dan taatlah Rasul, dan ulil amri dikalangan kamu”. An-Nisa:59.
Apa yang PN-Pas cuba lakukan ialah (a) sesatkan PMX, kemudian (b) dikafirkan, lepas itu (c) mengajak rakyat keluar dari ketaatan pemerintah, jika tak dibendung, (d) akhirnya akan berlaku perlakuan ganas seperti di Memali.
Jangan lupa Haji Hadi mempunyai sejarah panjang politik Khawarij di Malaysia yang mengakibatkan peristiwa 18 orang terbunuh di Memali kerana fatwanya dan perpecahan dahsyat umat Islam kerana mengkafirkan orang yang mendukung perlembagaan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan