Dengan bantuan 700 ketul sabun, sebuah hotel berjaya dipindahkan

Agensi
BANGUNAN hotel ini dipindahkan dengan bantuan  700 ketul sabun. FOTO Agensi
BANGUNAN hotel ini dipindahkan dengan bantuan 700 ketul sabun. FOTO Agensi
Ottawa: Sebuah bekas hotel di bandar Halifax di Nova Scotia dipindahkan ke lokasi baharu oleh sebuah firma pembinaan menerusi kaedah unik iaitu dengan bantuan 700 ketul sabun, lapor CNBCTV.

Bangunan Elmwood di Halifax, yang pada asalnya dibina pada 1826 sebagai sebuah rumah dan bertukar fungsi menjadi Hotel Elmwood Victoria pada 1896, dan mahu dirobohkan pada 2018.

Bagaimanapun, sebuah syarikat hartanah Galaxy Properties menghalang perkara itu daripada berlaku dan membeli hartanah berkenaan.

Syarikat itu menyatakan bahawa ia berhasrat untuk menempatkan semula bangunan itu lebih dekat dengan jalan dan meletakkannya di atas 'asas baharu' supaya ia boleh dihubungkan ke kompleks pangsapuri yang dibina pada masa akan datang.

Tugas yang mencabar untuk mengalihkan bangunan seberat 220 tan ke lokasi baharunya untuk diberikan kepada syarikat Pembinaan S Rushton.

Dalam video yang dikongsi di Facebook, syarikat itu menunjukkan cara krunya berjaya memindahkan bangunan berkenaan.

Menerusi hantaran dimuat naik oleh pemilik syarikat Sheldon Rushto, bangunan Elmwood itu ditarik kira-kira 9.1 meter (m) melintasi rangka keluli oleh dua ekskavator dan trak tunda.

Rushton berkongsi bahawa pasukan itu memilih untuk menggunakan 700 ketul sabun Ivory sebagai ganti penggelek tradisional.

Ia untuk membuat bangunan itu mudah meluncur untuk kerja pemindahan.

Memandangkan sabun itu lembut, pergerakan struktur akan menjadi mudah.

"Hotel Elmwood yang bersejarah di South End Halifax, membuat perjalanan pertamanya dalam hampir 200 tahun, tetapi bukan yang terakhir. Selepas berminggu-minggu persediaan, pergerakan lebih kurang 9.1 m berjalan lancar menggunakan bantuan kira-kira 700 ketul sabun.

"Sabun Ivory, digabungkan dengan dua ekskavator dan pembongkar tugas berat, secara senyap dan perlahan-lahan menarik bangunan seberat 220 tan itu ke lokasi yang diingini untuk memberi ruang untuk 'asas baharu'," katanya.

Menurut syarikat itu, bangunan Elmwood akan dipindahkan semula sejurus selepas 'asas baharunya' siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan