DUA warga asing ini dicari bagi membantu siasatan penemuan mayat wanita disimen

Ruwaida Md Zain
DUA warga asing dicari bagi membantu siasatan penemuan mayat wanita disimen dalam tandas. FOTO Ihsan Polis
DUA warga asing dicari bagi membantu siasatan penemuan mayat wanita disimen dalam tandas. FOTO Ihsan Polis
Shah Alam: Lelaki warga asing ditahan susulan penemuan mayat wanita yang ditanam dan disimen di sebuah rumah di Pandamaran, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berkenaan berusia 53 tahun.

Katanya, permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Klang, esok.

Pada masa sama katanya, polis sudah mengenalpasti dua suspek lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan