Hamas, Islamic Jihad tolak usaha damai Mesir

HarapanDaily.com

Hamas dan Islamic Jihad telah menolak usaha damai Mesir untuk mencapai gencatan senjata kekal yang mensyaratkan kedua-dua kumpulan tersebut menyerahkan kuasa di Gaza.

Perkara ini didedahkan oleh sumber keselamatan Mesir tetapi dinafikan oleh kedua-dua kumpulan tersebut, lapor Reuters.

“Tiada rundingan tanpa noktah ke atas serangan,” kata ahli biro politik Hamas Izzat al – Rishq.

“Kepimpinan Hamas menyasarkan noktah ke atas serangan dan kematian orang kita,” katanya.

Sumber Mesir mengesahkan kedua-dua kumpulan yang menghadiri rundingan berasingan menolak sebarang tawaran selain dari pembebasan tebusan.

Mesir telah menawarkan rancangan yang disokong Qatar melibatkan gencatan senjata kekal, pembebasan tebusan dan perubahan kuasa di Gaza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan