Reuters
PEMAIN Liverpool, Curtis Jones (kanan) menyumbat gol kelima pasukannya ketika membelasah West Ham United 5-1 pada suku akhir Piala Liga Inggeris di Anfield, Liverpool awal pagi tadi. FOTO AFP
Liverpool: Pasukan pilihan Liverpool menempah pertemuan bertemu Fulham dalam aksi separuh akhir Piala Liga Inggeris yang dijadual berlangsung bulan depan, manakala Chelsea pula akan menentang Middlesbrough dalam satu lagi aksi empat terbaik itu.
Majlis undian itu diadakan selepas skuad The Reds berjaya menewaskan West Ham United 5-1 awal pagi tadi untuk mara selaku empat pasukan terbaik di saingan itu.
Berdasarkan jadual perlawanan, aksi separuh akhir pertama akan berlangsung pada 8 Januari manakala aksi timbal balik pada 22 Januari. Pentas akhir pula akan dilangsungkan di Stadium Wembley pada 25 Februari.
Dalam aksi dengan West Ham United itu, anak buah Jurgen Klopp itu meraih lima gol menerusi dua jaringan Curtis Jones dengan satu masing-masing disumbangkan Dominik Szoboszlai, Cody Gakpo dan bintang utama Mohamed Salah sebelum gol saguhati lawan dihasilkan Jarrod Bowen.
Jelas Klopp, barisan pemainnya nyata menikmati aksi itu dengan masing-masing memperagakan prestasi terbaik.
"Persembahan, jaringan, keputusan dan permainan individu bergabung untuk menjadikan satu pasukan yang cemerlang di tengah padang," kata Klopp kepada Sky Sports.
"Pemain menikmatinya, mereka bekerja keras untuk menuai hasilnya dengan penuh detik menggembirakan dalam bola sepak. Seronok untuk melihatnya," katanya.
Liverpool mencipta rekod apabila melangkah ke separuh akhir buat kali ke-19 manakala sembilan kejuaraan Piala Liga milik mereka juga satu rekod.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan