Tentera Israel diarah tembak anggota sendiri yang ditawan Hamas?

HarapanDaily.com
Tentera Israel diarah tembak anggota sendiri yang ditawan Hamas?
PROF DR ZAINUR RASHID ZAINUDDIN

Telah berlaku beberapa insiden tentera penjajah IOF ‘tertembak’ anggota IOF sendiri yang ditawan oleh al Qassam.

Beberapa insiden di awal perang menggunakan pengeboman dari udara dan yang terkini dilakukan oleh pasukan IOF melalui serangan darat.

Adakah mereka tertembak rakan sendiri atau mereka diarahkan untuk menembak anggota IOF yang ditawan Hamas di Gaza?

Sebenarnya, setiap anggota IOF yang ditawan mempunyai nilai yang sangat besar buat Hamas dan Israel.

Pada 2005, Korporal Ghilad Shalit, anggota IOF ditawan dan dibawa ke Gaza. Negosiasi pertukaran berlaku selama 6 tahun sebelum beliau dibebaskan dengan pertukaran seramai 1,017 (atau 1,026) rakyat Palestin yang berada dalam penjara Israel.

Di antara yang turut dilepaskan ialah Yahya Sinwar, Singa Hamas yang telah dipenjara selama 22 tahun. Sebaik sahaja dikeluarkan, beliau telah dipilih untuk mengetuai Hamas di Gaza mulai 2017 dan dilantik semula mulai 2021, dan beliaulah sebenarnya mastermind kepada Taufan al Aqsa.

Ini hanya satu bukti betapa mahalnya harga tawanan IOF yang ditawan oleh Hamas.

Adalah lebih mudah untuk Israel membunuh tawanan perang (IOF yang ditawan Hamas) yang di’simpan’ di Gaza berbanding dengan ‘demand’ atau harga tukaran yang ditetapkan oleh Hamas kelak.

Apatah lagi jumlah tawanan di awal perang ialah 239 orang (sebahagian dibebaskan, wanita dan kanak-kanak yang bukan tentera IOF) dan sebahagiannya ialah pegawai-pegawai kanan yang merupakan komander briged dan sebagainya.

Terbukti bahawa Gaza adalah perkuburan dan neraka buat IOF sehingga Israel mengaku bahawa mereka sebenarnya tewas dan memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh Hamas bersama gabungan tentera rakyat Palestin.

Sampai bilakah si Dajjal moden yang ego ini akan berterusan untuk tidak mahu mengakui kekalahan ini dan hanya cuba menutupnya dengan pembunuhan puluhan ribu rakyat awam dan kanak-kanak Palestin yang tidak berdosa.

*PROF DR ZAINUR RASHID ZAINUDDIN merupakan Pengerusi Yayasan Ikhlas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan