Warga asing menetap lebih tempoh 'rompak' hak rakyat

Bhonline 

Belalang tertarik dengan pendedahan seorang wanita warga Indonesia yang mengakui masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial pada 2018, namun kemudian tinggal lebih masa, bertemu jodoh dengan kenalan senegara sehingga mempunyai anak lelaki berusia dua tahun.

Kisah paling menarik apabila dia mengakui selama lima tahun berada di negara ini, keberadaannya tidak pernah diperiksa pihak berkuasa. Pendedahan wanita ini mendedah kelompangan dan kelemahan aspek penguatkuasaan serta sistem rekod keluar masuk warga asing ke negara kita.

Pendedahan wanita ini sepatutnya menyedarkan kerajaan, khususnya pihak atasan kementerian dan jabatan berkaitan bagaimana seorang warga asing tanpa dokumen sah yang sepatutnya, boleh berada di negara ini dan bebas bergerak termasuk bekerja, berkahwin dan melahirkan anak.

Belalang yakin, masih banyak lagi warga asing yang 'bernasib baik' seperti wanita terbabit iaitu dapat bekerja, membantu menyara keluarga di negara asal dan hidup berumahtangga dengan aman tanpa dikesan pihak berkuasa.

Kerajaan tidak boleh membiarkan 'normalisasi' ini terus berlaku kerana ia bukan sahaja melanggar undang-undang, bahkan turut 'merompak' hak rakyat Malaysia seperti subsidi bahan api dan bekalan makanan serta kemudahan lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan