MSO: Analisa awal Pirane 6 Negeri

Mohd Sayuti Omar

Umno tidak membantu PH. Ahli Umno masih skeptikal dengan PH yang berkerjasama dengan Dap. 

Pimpinan Umno gagal untuk menjelas dan meyakinkan ahli Umno tentang Dap.

Dari satu sisi kerjasama PH dengan BN tidak memberi kesan positif kepada PH sebaliknya menjadi liabeliti.

Pengerusi PH Anwar Ibrahim harus melakukan sesuatu atau menilai semula kerjasama itu. Sebaik baiknya Zahid Hamidi yang jadi beban dan liabeliti kepada PH dan partinya juga perlu berundur tanpa alasan. Trims.

PN kecewa peratusan keluar undi rendah

Nora Mahpar

SHAH ALAM: Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu meluahkan kekecewaan atas peratusan keluar mengundi yang rendah, namun optimis Perikatan Nasional (PN) mampu mencipta kejutan pada PRN enam negeri.

“Kita mencatatkan beberapa keputusan baik di Terengganu, Kelantan dan Kedah,” katanya di lokasi perhimpunan kepimpinan PN pusat.

“Rakan kita (yang bertanding) di kerusi getir sebelum ini juga dah berjaya. Kita gembira untuk mereka,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Menurut kemas kini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat 4 petang tadi, Terengganu merekodkan peratusan keluar mengundi 70%, diikuti Kedah (68%); Pulau Pinang (67%); Selangor (65%); Negeri Sembilan (62%); dan Kelantan (56%).

Bagaimanapun, Ahmad Faizal berkata, masih terlalu awal untuk mengatakan gabungan mana yang mendahului di mana-mana negeri.

“Terlalu awal untuk dikatakan (menang atau tidak), tetapi kita masih optimis.

“Cumanya kita nak tengok keputusan di Selangor dan Negeri Sembilan,” kata pengerusi PN Negeri Sembilan itu.

[TIDAK RASMI] PH peroleh majoriti mudah di Selangor, Amirudin selesa mendahului

Wartawan HM
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor berjaya memperoleh majoriti mudah apabila berjaya memenangi 22 daripada 56 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) setakat jam 9.20 malam ini.

Calon Sungai Tua Datuk Seri Amirudin Shari berjaya mengekalkan kerusi dimenanginya pada 2018 selepas mendahului lawannya Muhammad Hanif Jamaluddin daripada Perikatan Nasional.

Beliau mendapat 19,320 undi manakala Muhammad Hanif (14,075 undi).

Seorang lagi calon, Suman Gopal yang bertanding atas tiket Bebas mendapat 429 undi.

Penyanyi rap, yang menjadi calon PH di Lembah Jaya, Syed Ahmad atau Altimet mendapat 20,320 undi mendahukui calon PN Sharifah Haslizah Syed Ariffin dengan 16,006 undi.

[TIDAK RASMI] PH menang majoriti mudah di Pulau Pinang

Wartawan HM
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pulau Pinang menjadi negeri pertama mendapat majoriti mudah selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya menguasai 17 daripada 40 kerusi di negeri itu setakat jam 8.55 malam ini.

Antara kerusi yang dimenangi parti itu adalah Padang Kota, Batu Lancang, Padang Lalang, Bagan Jermal dan Komtar.

Sementara calon BN daripada Umno juga mendahului selesa di dua daripada enam kerusi yang ditandingi iaitu Bertam dan Sungai Acheh.

Dengan keputusan itu, Pakatan Harapan (PH) kekal mentadbir negeri itu selepas Pilihan Raya Umum ke -14 pada 2018.

Laporan Langsung Harian Metro

LANGSUNG: Keputusan terkini PRN 2023
Wartawan Harian Metro
am@hmetro.com.my

Sehingga 4 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, peratus pemilih keluar mengundi pada PRN ini ialah Terengganu sebanyak 70 peratus, Kedah (68 peratus), Pulau Pinang (67 peratus), Selangor (65 peratus), Negeri Sembilan (62 peratus) dan Kelantan (56 peratus).

Ikuti laporan secara langsung keputusan undian PRN 2023

8.10 malam: Keputusan tidak rasmi
Dun Hulu Kelang Datuk Seri Azmin Ali (PN) - 3,032
Juwairiya Zulkifli (PH) - 2,805


8.09 malam: Keputusan tidak rasmi
Dun Lembah Jaya
Syed Ahmad @ Altimet (PH) - 19,109
Sharifah Haslizah Syed Ariffin (PN) - 13,834

8.05 malam: Keputusan tidak rasmi
Dun Kota Anggerik
Najwan Halimi (PH) - 12,458
Sukri Omar (PN) - 7,351
Azad Akbar (Muda) - 853

Dun Sementa
Najhan Salleh (PN) - 4,779
Afrishah Azizi (PH) - 4,272

8.03 malam: Keputusan tidak rasmi
Dun Selat Klang
Datuk Mohd Roslee Abd Hamid (BN) - 5,357
Datuk Abdul Rashid Bin Asari (PN) - 3,819
Datuk Ezam Mohd Nor (PRM) - 198

Dun Bandar Baru Klang
Dr Quah Perng Fei (PH) - 30,812
Tan Seng Huat (PN) - 3,985

8 malam: Keputusan tidak rasmi
Dun Pelabuhan Klang
Wan Hasrina Wan Hassan (PN) - 7,292
Azmizam Zaman Huri (PH) - 4,655
Syed Ahmad Putra Syed Isa (PRM) - 121

Dun Pandamaran
Tony Leung Tuck Chee (PH) - 27,553
B. Gunalan (PN) - 3,872
Tan Kang Yap (PRM) - 322

Dun Sentosa
Gunaraj R George (PH) - 12,205
Parameswaran Ganason (PN) - 2,431
Thanusha Ramanieswaran (Muda) - 533
Jeichandran Wadivelu (PRM) - 42

7.58 malam: Keputusan tidak rasmi
Dun Sungai Kandis
Zawawi Mughni (PH) - 8,919
Wan Dzahanurin Ahmad (PN) - 8,137
Afriena Shaqira Sharif (Muda) - 386

Dun Kota Kemuning
Preakas Sampunathan (PH) - 15,498
Jimmy Chew Jyh Gang (PN) - 5,676

Dun Sijangkang
Dr Ahmad Yunus (PN) - 1,246
Mohd Al-Hafizi Abu Bakar (BN) - 2,133

7.55 malam: Keputusan tidak rasmi
Dun Morib
Rosnizan Bin Ahmad (PN) - 5,947
Hasnul Baharuddin (PH) - 5,153

Dun Tanjong Sepat
Borhan Aman Shah (PH) - 8,888
Sabirin Marsono (PN) - 6,397

Dun Sungai Pelek
Lwi Kian Keong (PH) - 8,319
Dato Suhami Ghazali (PN) - 4,348
Nageswaran Ravi (Bebas) - 124

7.50 malam: Keputusan tidak rasmi
Dun Kinrara
Ng Sze Han (PH) - 17,428
Wong Yong Kang (PN) - 4,063

Dun Subang Jaya
Michelle Ng Mei Sze (PH) - 4,700
S. Gana (PN) - 1,147
Zayd Shaukat (Muda) - 364

Dun Taman Medan
Ahmad Akhir Pawan Chik (PH) - 3,395
Dr. Afif Bahardin (PN) - 3,219

7.48 malam: Keputusan tidak rasmi
Dun Bukit Gasing
Rajiv Rishyakaran (PH) - 6,235
Nallan Dhanabalan (PN) - 478
VKK Raja (Muda) - 284

Dun Kampung Tunku
Lim Yi Wei (PH) - 15,541
Ruby Chin (PN) - 1,530

Dun Bandar Utama
Aliff Taufid (PN) - 11,075
Jamaliah Jamaluddin (PH) - 11,075
Abe Lim (Muda) - 693

7.47 malam: Keputusan tidak rasmi
Dun Bukit Lanjan
Muniraa Abu Bakar (PN) - 1,541
Pua Pei Ling (PH) - 8,451

Dun Paya Jaras
Datuk Dr Halim Tamuri (PN) - 1,693
Khairuddin Othman (PH) - 3,498
Nurhaslinda Basri (Independent) - 27

Dun Kota Damansara
Izuan Kassim (PH) - 2,671
Radzlan Jalaludin (PN) - 1,477
Sivarajan Arumugam (PSM) - 79

7.45 malam: Keputusan tidak rasmi
PN menang dua kerusi di Kedah
PH menang 2 kerusi di Selangor
PH menang 6 kerusi di Pulau Pinang

Terkini PRN: Juwairiya tinggalkan Azmin di Hulu Kelang

FMT Reporters

PETALING JAYA: Semua pusat pengundian di enam negeri yang terlibat PRN ditutup pada 6 petang ketika proses pengiraan undi bermula.

Pada PRN kali ini, seramai 9,773,571 pengundi berdaftar layak memilih di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu.

Antaranya, 97,388 pengundi awal terdiri daripada pegawai dan anggota polis, tentera, dan pasangan.

PRK Kuala Terengganu turut diadakan serentak dengan pilihan raya di enam negeri terbabit.

Terus layari FMT yang membawakan laporan terkini keputusan PRN.

Mahdzir Khalid (BN) ketinggalan di Pedu. Calon PN mendahului lebih 2,000 undi.
PH mendahului di Sungai Kandis, Selangor, lebih 9,800 undi.
PH mendahului di Pandan Indah, Selangor lebih 1,000 undi.
PH mendahului Banting, Selangor, lebih 23,600 undi.
Juwairiya Zulkifli (PH) mendahului di Hulu Kelang, Selangor, lebih 3,000 undi.
PN mendahului di Chetok, Kelantan, lebih 3,200 undi.
PN mendahului di Ayer Hangat, Kedah lebih 3,000 undi.
PN mendahului di Air Lanas, Kelantan, lebih 1,200 undi.
PH mendahului di Lembah Jaya, Selangor, lebih 1,300 undi.
TAK RASMI: PH menang di Pengkalan Kota, Pulau Pinang.
Ahmad Samsuri Mokhtar (PAS) mendahului lebih 7,000 undi di Ru Rendang.
PN mendahului di Buluh Gading, Terengganu, lebih 6,500 undi.
TAK RASMI: PH menang di Komtar, Pulau Pinang.
TAK RASMI: PH menang di Bagan Jermal, Pulau Pinang.
PH mendahului di Kota Darul Aman, Kedah, lebih 3,900 undi.
PN mendahului di Batu Rakit, Terengganu, lebih 4,100 undi.
PH mendahului di Kota Damansara, Selangor lebih 1,000 undi.
PN mendahului di Sabak, Selangor lebih 4,000 undi.
BN mendahului di Sijangkang, Selangor lebih 1,000 undi.
PH mendahului di Bukit Kepayang, Negeri Sembilan lebih 11,300 undi.
PN mendahului di Bukit Kayu Hitam, Kedah lebih 5,000 undi.
PH mendahului Paya Jaras, Selangor, lebih 2,200 undi.
PN mendahului di Jertih, Terengganu, lebih 1,400 undi.
Sanusi Nor (PN) mendahului lebih sembilan undi di Jeneri. Kerusi itu dimenangi PN pada PRU14.
PH mendahului di Chuah, Negeri Sembilan lebih 3000 undi.
PN mendahului di Pinang Tunggal, Pulau Pinang lebih 2,000 undi.
Setakat 7:30 malam PAS mendahului di Kelantan. PH-BN mendahului di Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan.
PH mendahului di Lukut, Negeri Sembilan lebih 1,900 undi.
PH mendahului di Sekinchan, Selangor lebih 8,800 undi.
PH mendahului di Morib, Selangor, lebih 3,700 undi.
PH mendahului di Pulau Tikus, Pulau Pinang lebih 6,400 undi.
PH mendahului di Subang Jaya, Selangor, lebih 2,300 undi.
PH mendahului di Bandar Baru Klang, Selangor, lebih 15,400 undi.
PH mendahului di Bukit Lanjan, Selangor, lebih 1,200 undi.
PH mendahului di Kinrara, Selangor lebih 10,000 undi.
PH mendahului di Paya Terubong, Pulau Pinang lebih 10,200 undi.
PH mendahului di Bahau, Negeri Sembilan lebih 8,000 undi.
PH mendahului di Tanjong Sepat, Selangor, lebih 1,500 undi.
PN mendahului di Taman Medan, Selangor, lebih 1,800 undi.
BN mendahului di Dusun Tua, Selangor lebih 100 undi.
PH mendahului di Pengkalan Kota, Pulau Pinang lebih 7,800 undi.
PH mendahului di Bandar Utama, Selangor, lebih 1,600 undi.
PH mendahului di Rawang, Selangor, lebih 2,500 undi.
Loke Siew Fook (PH) mendahului di Chennah lebih 1,000 undi. PH menang kerusi itu pada PRU14.
PH mendahului di Bagan Dalam , Pulau Pinang, lebih 1,400 undi.
PH mendahului di Kajang, Selangor, 1,200 undi.
PH mendahului di Bandar Baru Klang, Selangor, 15,000 undi.
PH mendahului di Perai, Pulau Pinang lebih 1,200 undi.
PH mendahului di Sungai Pelek, Selangor lebih 1,000 undi.
PH mendahului di Sentosa, Selangor, 3,300 undi.
Chow Kon Yeow (PH) mendahului di Padang Kota, Pulau Pinang lebih 5,000 undi.
BN mendahului di Semenyih, Selangor, lebih 1,200 undi.
PH mendahului di Sungai Kandis, Selangor lebih 1,100 undi.
PH mendahului di Pandamaran, Selangor lebih 10,000 undi.
PN mendahului Bunut Payong, Kelantan, lebih 1,500 undi.
PH mendahului di Kota Anggerik, Selangor 2,500 undi.
PH mendahului di Perai, Pulau Pinang lebih 1,000 undi.
PH mendahului di Repah, Selangor, lebih 1,400 undi.
PH mendahului di Kampung Tungku, Selangor lebih 8,000 undi.
Amirudin Shari (PH) mendahului di Sungai Tua lebih 200 undi. PH menang kerusi itu pada PRU14.
PH mendahului di Sungai Kandis, Selangor lebih 1,100 undi.
PH mendahului di Jawi, Pulau Pinang lebih 3,000 undi.
PH mendahului di Sekinchan, Selangor lebih 3,120 undi.
Najib Isa (BN) ketinggalan di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Calon PN mendahului 4,607 undi.
PH mendahului Kuala Kubu Bharu, Selangor 1,300 undi.
PH mendahului di Dusun Tua, Selangor lebih 400 undi.
PN mendahului di Tendong, Kelantan lebih 1,200 undi.
PH mendahului di Nilai, Negeri Sembilan lebih 3,000 undi.
PH mendahului di Seri Kembangan Selangor lebih 8,100 undi.
Eddin Syazlee Shith (PN) mendahului di Juasseh, Negeri Sembilan 443 undi.
BN mendahului di Selat Klang, Selangor lebih 500 undi.
PH mendahului di Chennah, Negeri Sembilan lebih 1,300 undi.
PN mendahului di Gemas, Negeri Sembilan 2,745 undi.
Mohamad Hasan (BN) ketinggalan di Rantau. Rozmal Malakan (PN) mendahului 458 undi.
PH mendahului di Teratai Selangor, lebih 1,800 undi.
PH mendahului di Kota Selangor Kemuning, lebih 500 undi.
PH mendahului di Permatang, Selangor lebih 700 undi.
PH mendahului di Bukit Kepayang, Negeri Sembilan lebih 5,100 undi.
PH mendahului di Perai, Pulau Pinang lebih 200 undi.
PH mendahului di Datok Keramat, Pulau Pinang lebih 1,000 undi.
PH mendahului di Nilai, Negeri Sembilan lebih 1,000 undi.
BN mendahului di Pertang, Negeri Sembilan lebih 500 undi.
PH mendahului di Jawi, Pulau Pinang lebih 1,200 undi.
PAS mendahului di Chempaka, Kelantan lebih 500 undi.
PH mendahului di beberapa kerusi di Pulau Pinang dan Selangor.
PH mendahului di Bandar Baru Klang, Selangor lebih 6,000 undi.
PN mendahului di Derga, Kedah lebih 1,000 undi.
PH mendahului di Berapit, Pulau Pinang lebih 1,200 undi.
PH mendahui di Balakong, Selangor lebih 9,000 undi.
PH mendahului di Padang Lalang, Pulau Pinang lebih 1,300 undi.
PH mendahului di Bahau, Negeri Sembilan lebih 2,100 undi.
PH mendahului di Bukit Gasing, Selangor lebih 600 undi.
PH mendahului di Seri Delima, Pulau Pinang lebih 1,200 undi.
PH mendahului di Paya Terubong, Pulau Pinang lebih 2,000 undi.
PH mendahului di Padang Lalang, Pulau Pinang lebih 1,300 undi.
PH mendahului di Bahau, Negeri Sembilan lebih 1,000 undi.
Mahdzir Khalid (BN) ketinggalan di Pedu  lebih 100 undi. PN menang kerusi itu pada PRU14.
PH mendahului di Paya Terubong, Pulau Pinang lebih 1,600 undi.
PH mendahului di Seri Kembangan, Selangor lebih 1,000 undi.
PH mendahului di Bagan Jermal, Pulau Pinang lebih 1,000 undi.
PH mendahului di Pandamaran, Selangor lebih 1,800 undi.
Azmin Ali (PN) mendahului di Hulu Kelang, PH menang di kerusi itu pada PRU14.
PH mendahului di Seri Kembangan, Selangor lebih 1,200 undi.
PH mendahului di Rahang, Negeri Sembilan lebih 1,800 undi.
PH mendahului di Balakong, Selangor lebih 3,900 undi.
PN mendahului di Derga, Kedah lebih 300 undi.
PH mendahului di Bahau, Negeri Sembilan lebih 1,000 undi.
PH mendahului di Bukit Kepayang, Negeri Sembilan lebih 1,000 undi.
PH mendahului di Bandar Baru Klang, Selangor lebih 4,800 undi.
PH mendahului di Kampung Tunku, Selangor lebih 1,000 undi.
PN mendahului di Kuala Kubu Bharu, Selangor lebih 300 undi
PH mendahului di Pengkalan Kota, Pulau Pinang lebih 1,000 undi.
Rina Harun (PN) ketinggalan di Batu Tiga, Cheda Razak (Muda) mendahului dengan lebih 200 undi. PH menang di kerusi itu pada PRU14.
PH mendahului di Balakong, Selangor lebih 900 undi.
PN mendahului di Dusun Tua, Selangor lebih 1,500 undi.
PN mendahului di Kota Darul Aman, Kedah lebih 200 undi.
PN mendahului di Pelabuhan Klang, Selangor lebih 200 undi.
PN mendahului di Rahang, Negeri Sembilan lebih 1,200 undi.

Sanusi didakwa langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya tayang kertas undi

BHonline
Gambar viral menunjukkan Sanusi mempamerkan pilihannya pada kertas undi kepada petugas media hari ini.
Gambar viral menunjukkan Sanusi mempamerkan pilihannya pada kertas undi kepada petugas media hari ini.
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, apabila secara sengaja menayang kertas undi kepada petugas media.

Perbuatannya mengundang kritikan pengguna media sosial, yang berkongsi gambar sanusi mempamerkan pilihannya pada kertas undi berkenaan ketika gambarnya dirakam petugas media, sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak undi SPR.

Mengikut akta berkaitan, perbuatan itu adalah satu kesalahan mengikut Perkara (39), yang menyebut - tiada pemilih yang telah mengundi dalam mana-mana pilihan raya boleh, dalam mana-mana prosiding yang mempersoalkan pilihan raya itu, dikehendaki menyatakan siapa yang telah diundinya.

Akta tersebut selanjutnya menyebut, kesalahan itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.

Portal Malaysiakini melaporkan, kejadian seumpama itu pernah berlaku ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Besut pada 2013, apabila calon BN ketika itu, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman melakukan perbuatan yang serupa, dan ditegur oleh Pengerusi SPR ketika itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

PRN: Peratusan keluar undi paling rendah di K'tan setakat 4 petang

Malaysiakini

Sebanyak 70 peratus pemilih berdaftar di Terengganu telah melaksanakan tanggungjawab mengundi setakat 4 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Peratusan keluar mengundi di Kedah (68 peratus), Pulau Pinang (67 peratus), Selangor (65 peratus), Negeri Sembilan (62 peratus).

Kelantan mencatat peratusan keluar mengundi paling rendah dengan 56 peratus.

Sementara itu, PRK Kuala Terengganu merekodkan 67 peratus.

Sebanyak 3,190 pusat pengundian yang mengandungi 17,048 tempat atau saluran mengundi sempena PRN di enam negeri, dibuka bermula 8 pagi tadi.

Turut dibuka ialah 41 pusat mengundi membabitkan 217 tempat atau saluran mengundi bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu.

Dalam perkembangan berkaitan, SPR memaklumkan peratusan keseluruhan keluar mengundi selepas waktu mengundi tamat akan dikemaskini dalam kenyataan media pada lewat malam nanti.

Hilang selera mengundi?

BERNAMA

Georgetown: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selalunya menyasarkan 70 peratus akan keluar mengundi bagi menentukan pembentukan kerajaan namun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) 2018, trend yang ada menunjukkan penurunan.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Prof Dr P Sivamurugan berpendapat, Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kali ini menunjukan trend sama kerana pengundi menganggapnya tidak penting susulan kerajaan sudah dibentuk di peringkat Persekutuan.

Beliau berkata, di Pulau Pinang, trend peratusan keluar mengundi dijangkakan menurun susulan kempen parti politik selama hampir dua minggu, kelihatan suram dan tidak mendapat sambutan seperti PRU-15.

"Kempen (parti politik) lebih tertumpu dalam talian menggunakan media sosial, ceramah dilihat hambar dan perayu undi bergiat aktif pada saat terakhir untuk melakukan pecutan dalam kalangan pengundi," katanya.

Sivamurugan berkata, beliau percaya ada dalam kalangan pengundi luar yang merasakan tidak perlu balik dan ada pengundi melakukan bantahan undi, untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap arena politik tanah air.

Trend ditonjolkan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 67 peratus, PRN Melaka (65 peratus), PRN Sarawak (61 peratus) dan PRN Johor pada 55 peratus turut dikaitkan dengan penularan wabak Covid-19 yang bermula pada Mac 2020.

Penurunan peratusan keluar mengundi juga dilihat ketika PRU-15, iaitu 73 peratus berbanding PRU-14 pada 2018 dengan 83 peratus.

Bagaimanapun Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, beliau optimis, peratusan keluar mengundi PRN kali ini mencapai lebih 70 peratus kerana dalam setiap siri kempen dan ceramah gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), calon sentiasa mengingatkan dan menyeru agar turun mengundi Sabtu ini.

"Kami dalam setiap lawatan, ceramah dan kenyataan, memang tegaskan serta seru pengundi turun beramai-ramai untuk memilih kerajaan dan calon," katanya.

Chow berkata, setiap calon dalam gabungan itu mempunyai kaedah tersendiri ketika berkempen termasuk melibatkan pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan semasa, turun padang bertemu pengundi.

Pendapat sama dilontarkan Pengerusi Perikatan Nasional Pulau Pinang Datuk Dr Dominic Lau, apabila calon Perikatan Nasional (PN) menggunakan kaedah seperti bertemu pengundi bagi mengenali calon, turut menyeru untuk keluar mengundi dan mengetahui hak mereka sebagai rakyat.

"Oleh itu, saya nampak calon PN selain tinjauan mesra, turun padang, kami guna media sosial seperti TikTok dan Facebook untuk salurkan mesej kepada pengundi dan saya seru semua pemilih keluar mengundi," katanya.

Sokongan anak muda tak konsisten

Kuala Lumpur: Mandat terhormat ke arah pemilihan kerajaan di enam negeri 'panas' akan ditentukan hari ini melalui pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN).

Wujud pelbagai ramalan antaranya kelesuan terhadap pengundi, penurunan peratusan keluar mengundi selain peningkatan penyertaan jumlah pengundi muda (U18).

Ia berikutan golongan pengundi muda dilihat semakin matang selepas kali pertama mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tahun lalu.

Ramai pemerhati politik bagaimanapun berpandangan sokongan pengundi dalam kalangan anak muda tidak benar-benar konsisten dan mudah dipengaruhi media sosial.

Pandangan itu dilontarkan penganalisis keselamatan dan politik daripada Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Noor Nirwandy Mat Noordin yang menjangkakan peratusan keluar mengundi hari ini hanyalah sekitar 65 ke 70 peratus berbanding 74 peratus ketika PRU 15 lalu.

Menurutnya, kemerosotan ini berpunca hilang keterujaan pengundi akibat jarak masa PRU-15 dan PRN yang tidak begitu jauh.

"Malah, wujud pengundi yang pasif dengan politik akibat ada pemimpin atau calon berkempen menggunakan pendekatan agak keras, isu dibawa melebihi had, adanya elemen keganasan dan radikal dalam kempen PRN.

"Apatah lagi pada kempen PRN kali ini, ianya tidak banyak bincangkan isu sosio setempat. Mereka (pemimpin politik) lebih banyak bincang isu kepartian dan sentimen terhadap individu berkaitan.

"Isu hangat keluar dan dibahaskan secara panas di platform media sosial dan pentas ceramah lebih dilihat berbentuk serangan peribadi atau terhadap parti lawan," katanya

Menurutnya, semua keadaan ini tidak memberi elemen keterujaan seperti apa yang berlaku pada PRU- 15.

"Faktor kedua jangkaan kemerosotan pengundi adalah jurang perbezaan masa antara PRU-15 dan PRN kali ini. Ia memberi tempoh bertenang untuk masyarakat menilai dan melihat kestabilan serta keselamatan politik berada dalam keadaan baik ketika ini.

"Ia secara langsung memberi kelebihan kepada kerajaan perpaduan Pakatan Harapan (PH) dalam konteks berkaitan," katanya.

Menyentuh jumlah pengundi muda, Noor Nirwandy menyifatkan golongan itu akan menjadi dominan, lebih bijak dan matang dalam menilai apakah maksud politik itu sebenar.

"Mereka akan lihat kempen politik dilakukan sebelum ini perlu lebih berkualiti dalam membincangkan isu kepentingan masyarakat setempat dan rakyat.

"Golongan muda akan hilang sedikit keterujaan. Melalui pandangan mereka...politik perlu dilihat lebih baik, matang dan memberi pengalaman mencukupi, sekali gus membolehkan mereka membuat keputusan wajar.

"Bagaimanapun jika pengundi muda menjadi dominan dan keluar mengundi dalam pola besar hari ini, pola itu berubah daripada 'keterujaan' kepada kematangan politik dan transisi memahami demokrasi matang dalam negara," katanya.

Beliau meramalkan, faktor keutamaan pengundi dalam membuat pilihan mutlak adalah calon diketengahkan, selain parti gergasi yang mempunyai sokongan kuat akar umbi seperti Pas, Umno, Perikatan Nasional (PN), PKR dan DAP.

"Aspirasi rakyat pastinya terarah kepada kematangan, kestabilan politik dan perubahan sosio ekonomi negara. Ini akan menentukan calon serta parti mana bakal dipilih ketika mengundi.

"Melihat kepada semua 'ramuan' ini, gabungan parti memerintah negara khususnya parti dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai sedikit kelebihan dalam konteks ini," katanya.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah keseluruhan pengundi muda di enam negeri bertanding PRN adalah seramai 661,905 orang.

Selangor mencatat bilangan pengundi muda berumur 18 hingga 20 paling ramai iaitu 274,194 berbanding negeri lain.

Kedua tertinggi ialah di Kedah iaitu seramai 104,284 pengundi muda, Kelantan (96,513), Pulau Pinang (67,633), Terengganu (64,264), manakala Negeri Sembilan (55,017).

Keterujaan tak setara PRU

Kuala Lumpur: Siti (bukan nama sebenar), mengundi buat pertama kali tahun lepas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang turut merekod jumlah keluar mengundi paling ramai bagi kumpulan usianya.

Terikut-ikut dengan keterujaan masyarakat pada pilihan raya itu yang menyaksikan rakyat berusia 18 tahun serta mereka yang layak namun tidak mendaftar sebelum ini keluar mengundi buat pertama kali, dia menyertai keluarga angkatnya menunaikan tanggungjawab tersebut.

Siti, 25, yang merupakan rakyat Selangor tidak merasai keterujaan itu pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini serta tidak pasti sama ada akan pergi mengundi ataupun tidak.

"Tengoklah kalau ada masa," kongsinya dengan Bernama, menambah pekerjaannya di sebuah restoran biasanya membuatkan dia berasa amat penat pada keesokan pagi.

Di negara demokrasi lain, pengundi muda tidak dianggap pengundi yang boleh diharap namun jumlah rakyat Malaysia berusia 18 hingga 30 tahun yang keluar mengundi pada PRU-15 begitu mengejutkan pada 75.6 peratus, menurut analisis pemerhati politik Bridget Welsh. Angka itu hampir menyamai jumlah keluar mengundi kumpulan usia 41 hingga 50 tahun.

Pada PRU-15, undi orang muda menjadi tumpuan, baik pada program politik ataupun platform media sosial, khususnya TikTok sementara media dan penganalisis menggelar mereka 'dalang politik' yang dapat menentukan kemenangan mana-mana pihak.

Namun pada PRN untuk memilih kerajaan negeri Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan esok, suasana hambar. Ditambah pula PRN secara tradisi mencatatkan kadar keluar mengundi rendah - biasanya kurang 10 hingga 20 mata peratusan - membuatkan pakar berpendapat jumlah pemilih muda keluar mengundi lebih rendah berbanding jangkaan.

Pakar dihubungi Bernama setuju jumlah pengundi muda lebih rendah berbanding PRU-15 namun mereka tidak pasti serendah mana. Ada berpendapat angka lebih kurang sama dengan jumlah pengundi berusia bawah 30 tahun yang memilih pada PRN Johor, iaitu 52 peratus. Yang lain pula menjangka kadar jauh lebih rendah.

Data yang ada juga menyokong unjuran itu. Pengarah Tindak Malaysia Danesh Prakash Chacko berkata, statistik pilihan raya terdahulu menunjukkan kawasan mempunyai sejumlah besar pengundi muda sentiasa merekodkan angka keluar mengundi lebih rendah berbanding kawasan yang tidak ramai pengundi belia.

"Orang dewasa lebih teruja mengundi," katanya.

Ada petunjuk lain membayangkan jumlah keluar mengundi esok rendah. Pakar menuding ke arah kehambaran suasana PRN kali ini, baik di alam nyata ataupun dunia siber, berbanding PRU-15.

"Saya rasa yang mendorong belia keluar mengundi pada ketika itu ialah suasana mengujakan…keseluruhan pengalaman semasa PRU-15 begitu menyeronokkan, iaitu pengalaman baharu, dan suasana akan menarik jika keadaan berulang (jumlah mengundi ramai)," kata Jason Wee daripada kumpulan belia Architects of Diversity.

Faktor sama tidak lagi boleh diguna dan aspek lain seperti percanggahan jadual, tanggungjawab terhadap kerja, hari mengundi bukan hari cuti umum serta masalah pulang mengundi pula menjadi isu.

Sehubungan itu, Wee menjangka jumlah pengundi kemungkinan besar meningkat sedikit saja berbanding PRN Johor pada 2022.

Beliau memberitahu Bernama sukarelawan yang memantau media sosial berkaitan PRN mendapati aktiviti atau hantaran tentang pilihan raya kali ini tidak sebanyak PRU-15.

"Di TikTok, satu-satunya isu menyerlah ialah sokongan besar terhadap (Menteri Besar Kedah) Sanusi (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor). Konsep 'kesyahidan' dimainkan (berhubung penahanannya) menarik perhatian golongan muda di TikTok," katanya.

Penganalisis politik Wong Chin Huat meramalkan jumlah keluar mengundi rendah terutama dalam kalangan belia. Menurut beliau, angkanya mungkin lebih kurang sama dengan jumlah yang keluar mengundi pada PRN Johor tahun lepas.

Sepertimana Wee, Wong berkata, setakat ini beliau tidak melihat tahap keterujaan yang setara dengan sebelum ini.

"Ini dapat dilihat dari segi kehadiran di ceramah, selain ramai pengundi tidak membuat persediaan untuk keluar mengundi dan macam-macam lagi," katanya.

Pakar geostrategi Azmi Hassan meramalkan jumlah keluar mengundi rendah bagi setiap kumpulan usia. Walaupun bersetuju jumlah undi muda merosot, beliau berkata, jumlah keluar mengundi keseluruhan hanya turun sedikit.

Ada banyak faktor rumit menyukarkan pemerhati membuat ramalan. Selain itu, kumpulan Undi18 pula baru melalui satu PRU dan PRN masing-masing, sekali gus sukar menelah trend.

Pada PRN Johor tahun lepas, orang muda memilih Barisan Nasional (BN) namun pada PRU-15, pengundi muda terutama Melayu, memberi sokongan kepada kerjasama Perikatan Nasional (PN)-PAS. Tinjauan Merdeka Centre berkenaan kecenderungan pengundi menjelang PRU-15 menunjukkan 37 peratus orang muda memilih PN, diikuti Pakatan Harapan (PH) 35 peratus dan 23 peratus menyokong BN.

Namun pakar memberitahu Bernama, sama ada jumlah pengundi muda keluar mengundi tinggi ataupun tidak, ini tidak bermakna keputusan sudah termaktub. Sekalipun sesetengah pemerhati seperti Danesh, percaya kebanyakan undi belia memihak PN, Wee dan Azmi yakin undi golongan muda tidak dapat dipastikan.

"Kajian terkemudian menunjukkan pengundi muda amnya masih atas pagar dan boleh berubah," kata Wee.

Azmi yang juga felow kanan di Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara berkata, belia masih memikirkan apa yang penting untuk mereka dan parti atau calon mana yang terbaik bagi mewakili mereka.

"Ada kemungkinan (disebabkan oleh) PN sebuah pakatan baharu (berbanding BN dan PH). Saya rasa mereka mahu mencuba sesuatu yang baharu jadi mereka sokong PN-PAS," katanya.

Suasana sekarang adalah sesuatu yang belum pernah dilalu pengundi lain yang terpaksa berpuas hati dengan kerjasama bekas musuh ketat PH-BN menentang bekas sekutu PN-Pas.

Pensyarah kanan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Zaireeni Azmi berkata, bukan Melayu yang lazimnya pengundi PH, mungkin berasa kecewa dengan kerjasama PH dan BN. Beliau berkata, ada kemungkinan mereka memutuskan untuk 'menghukum' kerajaan perpaduan dengan tidak keluar mengundi atau membuat undi rosak.

Kuala Lumpur: Bekerja di luar negara bukan alasan atau halangan buat warganegara Malaysia untuk pulang menjalankan kewajipan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu serta Kelantan, hari ini.

L Deveeshwaran, 24, yang bertugas sebagai anggota polis bantuan di Singapura berkata, rasa cinta yang mendalam dan kesetiaan kepada negara mendorongnya untuk pulang mengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Jermal, Pulau Pinang.

"Kecintaan terhadap negara membuatkan saya pulang dari Singapura dan ia adalah tanggungjawab saya sebagai warganegara," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pekerja sebuah syarikat swasta di Qatar Mohd Saidun Mohd Fuzi, 29, berkata kepulangannya pada 7 Ogos lepas adalah sebagai bukti semangat dan rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang mahu memilih pemimpin di kawasan Dun Kupang, Kedah.

"Sememangnya tiket mahal iaitu antara RM4,000 hingga RM5,000 bagi perjalanan ulang-alik, tetapi apabila memikirkan tanggungjawab sebagai rakyat yang wajib mengundi saya tetap pulang. Semasa PRN ini saya dapat berjumpa ahli keluarga lain yang sama-sama pulang menunaikan kewajipan.

"Suasana sewaktu pilihan raya memang meriah dengan beratur panjang serta berpeluang berjumpa rakan-rakan di pusat mengundi berbanding mengundi secara pos," katanya yang memilih pulang ke Malaysia pada PRN kali ini.

Dalam pada itu, Mohd Saidun turut memahami sekiranya ada rakyat Malaysia yang tidak pulang kerana kos penerbangan yang mahal.

Sementara itu, seorang juruteknik Shik Hairul Nizam Shik Nor berkata, beliau tetap bersemangat untuk pulang mengundi walaupun baru enam bulan bekerja di sebuah syarikat air di Singapura.

"Syarikat saya bekerja memberi kelonggaran untuk pulang mengundi. Saya akan pulang mengundi di Dun Temiang Negeri Sembilan manakala isteri bekerja di Malaysia sebagai seorang penjawat awam," katanya.

Menjurus rasuah

Kuala Lumpur: Aktiviti kempen yang menjurus kepada rasuah seperti mengadakan jamuan makan dan pemberian sumbangan masih diamalkan dalam kalangan parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Ia dilihat terus menjadi trend popular sepanjang kempen PRN berlangsung yang akan berakhir tengah malam ini, walaupun tindakan sedemikian jelas menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, berdasarkan penelitian pemerhati MCW di seluruh negara, salah laku berkenaan dilakukan kedua-dua pihak iaitu calon pembangkang dan di pihak kerajaan.

"Ada calon (parti politik) yang baru tercalon dan kurang terdedah kepada perjalanan pilihan raya melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya dibuat. Contohnya dalam kempen poster mereka, dipaparkan ada majlis makan tengah hari atau makan malam bersama masyarakat setempat.

"Walaupun mereka cuba menutup salah laku itu dengan menyatakan ia tajaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti di situ atau penyokong mereka…namun ia tetap satu kesalahan mengikut Seksyen 8, akta berkenaan.

"Ia tetap satu kesalahan kerana mengadakan jamuan makan, kalau disiasat secara teliti oleh pihak berkuasa, akhirnya pasti akan dapat dikesan wang itu datang daripada parti atau mungkin juga sumbernya daripada kerajaan," katanya kepada Harian Metro.

Beliau mengulas mengenai corak kempen sepanjang PRN kali ini sama ada ia benar-benar bersih atau terdapat kesalahan yang masih dilakukan seperti salah laku rasuah, memainkan isu 3R (agama, kaum dan raja) dan menyebarkan fitnah.

Jais turut berkata, MCW turut mengesan satu kes yang dirakam oleh pemerhatinya melalui video, membabitkan jualan barangan oleh parti politik dengan harga yang terlalu murah.

"Kes ini kita jumpa secara berdepan. Ia membabitkan jualan barangan keperluan rumah oleh satu parti politik. Nak bagi percuma nanti dikatakan rasuah, jadi mereka jual tiga hingga empat barang, cuma RM10. Jika dilihat pada barang dan harganya, memang tak munasabah.

"Ini satu daripada cara untuk parti nak elak disabitkan dengan kesalahan akta berkenaan," katanya yang memberitahu, sekurang-kurangnya 10 aduan diterima oleh MCW setiap hari berkaitan salah laku kempen pilihan raya.

Bagaimanapun, katanya, selepas melakukan tapisan terutama mengenai kesahihannya, hanya lima daripada laporan berkenaan dipanjangkan kepada pihak berkuasa berkaitan iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRN: Dipuji hero, Sanusi yakin menang Jeneri dan kes mahkamah

Malaysiakini

Berdepan dengan pelbagai saman fitnah dan pertuduhan menghasut ketika berkempen untuk mempertahankan kerusi DUN Jeneri, menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor tetap yakin peluangnya untuk menang di dalam dan di luar mahkamah.

Bercakap kepada pemberita di SK Bandar Baru Beris Jaya, Sik, Sanusi berkata walaupun dia tidak menyangka ucapan kempennya akan menyebabkan dia diseret ke mahkamah, dia tetap tenang dan bersedia.

"Saya tak expect akan berlaku saman-menyaman macam tu. Dalam pilihan raya ni biasanya orang selesai di medan politik.

"Tapi dah berlaku saman kita get ready lah," katanya.

Sanusi juga ditanya mengenai kemungkinan pilihan raya kecil Jeneri jika dia menang kerusi itu hari ini tetapi kemudiannya hilang kelayakan atas sabitan mahkamah.

Bagaimanapun, Sanusi dengan yakin menjawab: "Saya akan menang kes mahkamah saya. Jadi takkan ada PRK."

Tindakan Sanusi menuduh wujud skandal rasuah melibatkan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan menteri besar sementara Selangor Amirudin Shari telah menyebabkannya beberapa saman fitnah difailkan terhadapnya.

Namun, penyokong Sanusi terus memujinya sebagai wira PN.

‘Saya tepis keluar’

Diminta mengulas hal ini, Sanusi sambil berseloroh berkata dia sentiasa menjadi "hero" malah sejak pilihan raya umum ke-15 di Kedah apabila dia menjadi nakhoda PN menawan lebih banyak kerusi parlimen.

"Bukan kali ni saja, PRU15 pun saya hero juga...PRU15 pun berlaku kebangkitan (sokongan kepada PN),” katanya sambil ketawa.

Sanusi juga berkongsi mengenai strateginya untuk kekal tenang di sebalik cabaran yang dihadapinya.

"Tenang, tenang. Tak absorb, saya tepis keluar ja. Adat dalam politik memang macam tu.

"Yang tak tahan dia berhenti. Saya rasa (apa yang dihadapi) ini sangat kecil. Saya ready untuk yang lebih besar,” kata pengarah pilihan raya PAS itu.

Sementara itu, Sanusi berkata peratusan keluar mengundi yang lebih tinggi iaitu lebih 80 peratus di Kedah hari ini akan menyaksikan kemenangan lebih besar buat PN.

Menurut SPR, peratusan keluar mengundi di Kedah setakat tengah hari ini telah mencecah 41 peratus.

Kelantan: PAS tukar MB, timbalan sebab mahu semangat baru - Hadi

Malaysiakini 

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata keputusan untuk menukar Menteri Besar Kelantan dan timbalannya jika PAS diberikan mandat mengekalkan pentadbirannya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), dibuat kerana inginkan semangat baru di negeri itu.

Beliau berkata pertukaran dua pemegang jawatan itu telah mendapat persetujuan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

“Menteri besar (Ahmad) mengundurkan diri kerana uzur. Bahkan dahulu dia merayu supaya tidak dilantik (sebagai menteri besar) tetapi kita minta lagi.

“Memang beliau keuzuran dan kena jalani rawatan, jadi kali ini kita pertimbangkanlah.

“Kita juga mahu supaya ada semangat baru di Kelantan, mahu ada perubahan.

“Sebab itu timbalan (timbalan menteri besar) juga diubah,” katanya kepada pemberita selepas selesai mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Ru Rendang di Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila di Marang hari ini.

Menafikan wujudnya desakan atau isu yang mendorong kepada pertukaran penyandang kedua-dua jawatan itu, Abdul Hadi berkata beliau yakin kedua-dua calon baru menteri besar dan timbalannya itu nanti akan mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan diterima rakyat.

Sementara itu, di KOTA BHARU, Mohd Amar berkata Presiden PAS akan menentukan siapa calon yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan, jika mandat keputusan PRN memihak kepada parti itu.

Ditemui pemberita selepas selesai mengundi di SK Panji, beliau berkata kebiasaannya Presiden PAS akan memberikan nama calon kepada Pesuruhjaya PAS Negeri untuk dipersembahkan kepada Sultan Kelantan bagi mendapat perkenan.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan berkata kerajaan Kelantan yang ditadbir PAS dijangka memiliki gabungan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar yang baru selepas PRN ini.

Takiyuddin berkata gabungan kepimpinan baru yang akan dikemukakan itu adalah seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat, tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.

- Bernama

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar nafi ‘gaduh’ dengan Takiyuddin

FMT Reporters

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan Ahmad Yakob “bersunguh” tidak mahu mengekalkan jawatan menteri besar.

Katanya, Ahmad sebenarnya tidak mahu bertanding sejak PRU14, namun Presiden PAS Abdul Hadi Awang merasakan beliau perlu ada untuk memimpin parti.

“Tiada isu digugurkan kerana Ahmad Yakob memang sejak PRU14 lagi meminta untuk tidak bertanding, namun presiden parti mahu beliau terus memimpin.

“Bagaimanapun, kali ini beliau minta secara bersungguh-sungguh dan presiden parti ambil maklum dengan mengambil kira faktor kesihatan dan usia,” katanya menurut Berita Harian selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Panji, Kota Bharu.

Dalam pada itu, memetik Sinar Harian, Amar menafikan beliau bergaduh dengan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berhubung keputusan parti mahu membuat perubahan jawatan menteri besar dan timbalannya.

Beliau mengulas video tular itu yang sengaja mahu merosakkan hubungan dan mencetus imej negatif dalam pimpinan PAS.

“Itu mengarut, memang betul-betul mengarut. Macam mana mereka reka. Dan mereka ambik ‘screen shot’ siapa? Takkan Datuk Takiyuddin pun ada? Itu memang rekaan,” katanya.

Beliau yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor, berkata, pimpinan PAS tidak pernah bergaduh kerana semua perkara berkaitan parti akan berdepan mesyuarat.

“Setuju tidak setuju, apabila pimpinan membuat keputusan, kita akan patuh kepada keputusan. Itu amalan kita,” katanya.

Semalam, PAS menawarkan kepimpinan baharu menggabungkan agamawan dan teknokrat bagi menerajui Kelantan, jika ia menang PRN Kelantan.

Takiyuddin Hassan berkata, kepimpinan parti juga bersetuju mengekalkan Sanusi Nor sebagai menteri besar Kedah dan Ahmad Samsuri Mokhtar menerajui Terengganu.

Kelantan: Mohd Amar sahkan Ahmad tak mahu kekal jadi MB

Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan Datuk Ahmad Yakob tidak mahu mengekalkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Timbalan Menteri Besar itu berkata, sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lagi, Menteri Besar tidak mahu bertanding, namun Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang merasakan beliau perlu ada untuk memimpin parti.

"Tiada isu digugurkan kerana Ahmad Yakob memang sejak PRU-14 lagi meminta untuk tidak bertanding, namun Presiden parti mahu beliau terus memimpin.

"Bagaimanapun, kali ini beliau minta secara bersungguh-sungguh dan presiden parti ambil maklum dengan mengambil kira faktor kesihatan dan usia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Panji, di sini, hari ini.

Terdahulu, NSTP melaporkan, isu calon Menteri Besar Kelantan hangat diperkatakan sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan kenyataan terbaharu, menteri besar dan timbalannya dijangka diganti, sekiranya Pas terus mentadbir Kelantan, esok.

Ramai beranggapan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob yang juga calon Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Pekan akan digugurkan.

Bagaimanapun, sumber pimpinan Pas negeri memaklumkan, Ahmad bukan digugurkan, sebaliknya beliau sendiri tidak mahu menjadi Menteri Besar Kelantan, selepas ini.

Dalam perkembangan lain ketika ditanya kemungkinan wujud dua jawatan Timbalan Menteri Besar sekiranya PAS terus mentadbir Kelantan, Mohd Amar yang juga calon Dun Panchor berkata, perkara itu akan diputuskan parti dan Menteri Besar baharu.

Azwan Ali: Saya tak undi Azmin

Malaysiakini

Hulu Kelang, Selangor - Selepas membuang undinya, Azwan Ali memberitahu pemberita yang dia tidak mengundi abangnya, Azmin.

"(Undi saya) bukan untuk darah daging ya. Undi adik-beradik? No," katanya.

Azwan berkata dia cuba untuk berdamai dengan Azmin tetapi usahanya tidak diendahkan, jadi hari ini dia ingin "ajar" abangnya itu.

Dia juga berkata undinya untuk calon yang mampu menjadi pemimpin yang baik.

PRN: PAS sendiri rimas dengan Mohd Amar, dakwa Khairuddin

PAS sendiri rimas dengan Mohd Amar, dakwa Khairuddin
Malaysiakini

Ada banyak perkara yang menarik apabila PAS mengeluarkan kenyataan mengenai rancangan parti itu di Kelantan, kata bekas menteri Khairuddin Aman Razali.

Katanya isu yang timbul di Kelantan bukanlah saja disebabkan pelbagai kenyataan dibuat Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah.

Sebaliknya menurut Khairuddin masalah yang berlaku di Kelantan adalah disebabkan kelemahan secara menyeluruh kerajaan negeri yang diterajui PAS termasuk exconya.

"Sekiranya exco-exco ini pula yang mengambil alih teraju sebagai menteri besar dan timbalan menteri besar (selepas PRN nanti), keadaannya tetap sama.

"Masalah pengurusan kerajaan Kelantan di bawah PAS yang melibatkan air dan tatakelola tetap berulang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengah hari tadi PAS menawarkan pembaharuan dalam kerajaan Kelantan dengan menjanjikan menteri besar dan timbalan menteri besar baru jika parti itu dan gabungannya, PN, mendapat mandat sekali lagi.

Sebelum ini jawatan menteri besar disandang Timbalan Mursyidul Am PAS Ahmad Yakob manakala Mohd Amar sebagai timbalannya.

Cabaran PAS Kelantan dalam PRN ini sedikit berbeza apabila wujud gerakan yang jelas mahu menolak Mohd Amar dan dipercayai digerakkan oleh ahli parti itu sendiri.

Pada masa sama beberapa kenyataan dibuat Mohd Amar dipercayai meletakkan PAS dalam keadaan sedikit sukar ketika parti itu perlu bergantung kepada undi daripada anak negeri yang bekerja di luar Kelantan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tawaran muka baru bagi jawatan menteri besar dan timbalan menteri besar itu sebenarnya sekadar menggantikan Ahmad dengan Mohd Amar sebagai menteri besar.

Adakah untungkan PAS Kedah?

Khairuddin juga mendakwa tawaran dibuat PAS kepada pengundi Kelantan menunjukkan parti terbabit sendiri tidak selesa dengan pelbagai tindakan Mohd Amar.

"Ia menunjukkan pemimpin PAS berasa rimas dan tertekan dengan pelbagai kenyataan sinis dan sinikal oleh TMB Kelantan (Mohd Amar) sekarang terutamanya dalam isu krisis air.

"Ia tidak menguntungkan politik PAS di Kelantan malah menimbulkan kemarahan rakyat jelata.

"Kerimasan ini sebenarnya sudah lama disuarakan dalam kalangan ahli dan pimpinan pertengahan PAS," dakwanya.

Khairuddin berkata kenyataan dibuat PAS siang tadi lebih menarik apabila parti terbabit memutuskan untuk hanya menggantikan menteri besar di Kelantan.

Sedangkan di Kedah dan Terengganu, tambah bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat itu, penyandangnya - Muhammad Sanusi Md Nor di Kedah dan Ahmad Samsuri Mokhtar di Terengganu - dicadang untuk dikekalkan.

"Ucapan-ucapan Menteri Besar Kedah yang kontroversi sebagai seorang pemimpin parti berjenama Islam - adakah dilihat menguntungkan politik PAS di Kedah?" katanya.

Khairuddin yang kini menjadi setiausaha eksekutif Majlis Ulama Umno berkata keputusan menukar dua pemimpin tertinggi kerajaan Kelantan hari ini dibuat oleh Dewan Harian PAS Pusat saja, bukannya Jawatankuasa PAS Pusat.

Salah seorang ahli dewan harian itu, katanya, ialah Mohd Amar sendiri atas kapasitinya sebagai naib presiden.

"Apakah respon TMB Kelantan (Mohd Amar) sendiri ketika mesyuarat tersebut membuat keputusan?" katanya.

Apakah benar: Keputusan PRN 6 negeri penentu nasib kerajaan perpaduan

'Ainin Wan Salleh

PETALING JAYA: Dua minggu kempen yang relatifnya kurang bermaya akhirnya melabuh tirai tengah malam tadi dengan pengundi di enam negeri akan memilih hari ini.

Keputusan PRN enam negeri dilihat akan terus meningkatkan suhu politik untuk beberapa minggu mendatang

PRN kali ini untuk memilih wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus menentukan parti mana akan berkuasa untuk tempoh lima tahun lagi di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu.

Bagaimanapun, pengundian itu juga dianggap sebagai referendum oleh proksi kerajaan persekutuan pimpinan Anwar Ibrahim, dibentuk bersama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), kedua-duanya seteru sebelum ini sambil turut dianggotai parti Malaysia Timur.

Keputusan PRN juga boleh dianggap sejauh mana rakyat menerima gabungan PH-BN memandangkan tiada satu gabungan pun pada PRU15 mampu membentuk majoriti Parlimen secara bersendirian, pada 2022.

Masa depan kerajaan perpaduan Anwar berkemungkinan masih di awang-awangan.

“Jika status quo kekal, Anwar boleh kata (hampir) 10 juta pengundi menerima kerajaan perpaduan di peringkat pusat,” kata penganalisis politik Azmi Hassan dari Akademi Nusantara kepada FMT.

Teori pembelotan

Namun, jika status quo tidak kekal, Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan kejayaan itu sebagai “peluru” mendakwa gabungan itulah sepatutnya berkuasa di Putrajaya.

Topik siapa patut berkuasa menjadi tema konsisten pada PRN dengan pemimpin PN seperti Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyatakan beberapa Ahli Parlimen dalam kerajaan perpaduan menunggu masa untuk gabungan itu menang PRN 12 Ogos, sebelum mengumumkan sokongan.

Hadi juga mendakwa kemenangan PN di semua enam negeri akan menjurus penukaran kerajaan persekutuan.

Ramkarpal Singh dari DAP bertindak membidas dakwaan tersebut sambil menyatakan undang-undang anti-lompat sudah berkuat kuasa tahun lalu yang menjadi penghalang Ahli Parlimen melompat.

Telatah Sanusi

Walaupun pengundian hanya memilih Adun, hanya sebahagian kecil isu tempatan mendapat perhatian, melainkan apa berlaku di Kedah dan Selangor.

Di Kedah, unsur nadir bumi menyaksikan Menteri Besar Sanusi Nor dikaitkan kontroversi dakwaan perlombongan haram.

Di Selangor, tuduhan dilemparkan kepada kerajaan negeri melibatkan projek pembesaran sungai RM700 juta dikenali projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) selain pembinaan PJ Dispersal Link (PJD).

Dalam pada itu, tingkah laku Sanusi mendapat perhatian apabila kontroversi bertukar kepada pertembungan personaliti dan serangan peribadi antara pengarah pilihan raya PN itu dengan seterunya dari PH.

Walaupun mendapat publisiti, Azmi berkata, populariti Sanusi terhad di Kedah dan telatahnya boleh memakan diri terutama melibatkan pengundi atas pagar yang melihat kegagalannya membangunkan negeri itu mengambil kira kedekatannya dengan Pulau Pinang.

Gelombang hijau

PRN juga menyajikan platform kepada PN membuktikan “gelombang hijau” pada PRU15, yang mana PAS menang kebanyakan kerusi sebagai satu parti bukan sekadar “berlaku sekali”.

Azmi berkata, apa yang ditunjukkan oleh PN akan menyokong dakwaan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu bahawa “perkahwinan” antara partinya dengan PAS adalah “kukuh”, satu dakwaan yang dipersoal Presiden Amanah Mohamad Sabu dan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Faiz Na’aman.

Faiz, mengumumkan keluar parti selepas mendakwa parti itu tidak diberikan penghormatan oleh “parti terkuat komponen PN” merujuk kepada PAS, yang bertanding sebahagian besar kerusi pada PRN.

Bagaimanapun, Azmi berkata jika prestasi PN merudum, PAS dilihat akan meletakkan kesalahan kepada “Bersatu dan sebaliknya yang kemudian menyalahkan Gerakan”.

Muda di atas jurang

Pemerhati berkata, Muda berkemungkinan tumpas di semua kerusi ditandingi menjurus persoalan masa depan parti berkenaan terutama jika calonnya hilang deposit. Parti itu juga perlu melihat semula strategi dan prospek mengadakan kerjasama dengan parti lain, selepas kritikal terhadap PH.

Jika Muda kalah seperti dijangka, ia menjadi “isyarat jelas mereka tidak mampu bersendirian. Mereka perlu kepada parti besar sama ada PH atau PN, jadi menjadi pengajaran berguna kepada Muda atau (presiden) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, katanya.

Penting bagi semua parti bertanding mereka mendapat dukungan rakyat. Kertas undi akan menunjukkan pihak mana mendapat kelebihan – namun pemenang mahupun pihak kalah yang sebenar bukannya diketahui dalam keputusan malam ini sebaliknya apa berlaku selepas itu menjadi penentu segalanya.

Tak boleh arak boleh arak, tak boleh judi boleh judi

Mohsin Abdullah

Berkata Azmin Ali si pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor waktu beliau jadi menteri Besar dulu kilang Carlsberg “tak tutup pun”. Kata-kata itu diluah kepada akhbar Oriental Daily beberapa hari lalu.

Kata beliau lagi kepada akhbar itu yang dipetik Malaysiakini, semasa beliau memegang jawatan menteri besar ada tiga exco PAS dalam pentadbirannya tetapi tiada kilang arak ditutup. Secara sedar atau tidak Azmin seakan berkata tiga orang PAS itu tidak membantah dan tidak ada masalah dengan kilang arak. Itu pada hemat saya. Seperkara lagi – semasa Azmin jadi MB Selangor beliau adalah pimpinan PKR.

Apa pun Oriental Daily ialah akhbar bahasa Cina. Tidak perlulah kita jadi saintis politik untuk tahu jelas mesej Azmin ditujukan kepada masyarakat Cina menjelang PRN esok. Ringkasnya beliau memberi jaminan kehidupan orang bukan Islam tidak akan terjejas jika PN menawan Selangor.

Maksudnya kilang arak boleh terus beroperasi. Penjualan arak boleh terus dijalankan. Begitu juga premis judi kekal dibuka. Demi menghormati cara hidup orang bukan Islam? Tetapi bukankah ketika PAS selaku tunggak PN mengharamkan arak dan judi di negeri yang mereka perintah, alasan yang diberi ialah agama bukan Islam juga tidak menggalakkan umatnya minum arak dan berjudi. Sekaligus mendakwa tindakan PAS ada justifikasinya. Tentu kita masih ingat kata-kata Sanusi Nor selaku menteri besar ketika menutup premis judi dan penjualan arak di Kedah tidak lama dulu.

Kali ini Azmin berkata sebaliknya. Lalu memberi contoh Kelantan yang diperintah PAS selama 33 tahun di mana orang bukan Muslim di negeri itu “boleh minum arak kerana agama mereka membenarkan”. Di Kelantan agama bukan Islam membenarkan tetapi di Kedah tidak membenarkannya? Betul ke?

Azmin kemudian mengingatkan masyarakat Cina di Kelantan ada patung Buddha terbesar di Asia Tenggara. Ini sememangnya contoh kegemaran PN untuk menunjukkan “toleransi” mereka. “Sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan orang Cina masih boleh hidup aman-damai tanpa sebarang masalah”, menurut beliau.

Barangkali dalam kesibukan berkempen Azmin lupa kisah wanita Cina didenda kerana memakai seluar pendek walaupun berada dalam kedainya. Sebenarnya wanita bukan Islam didenda kerana didakwa berpakaian “tidak sopan” sudah banyak kali terjadi, bukan yang disebut tadi sahaja. Dan baru-baru ini tindakan juga diambil ke atas seorang pendandan wanita Cina kerana memotong rambut pelanggannya, seorang lelaki Melayu. Mengapa lelaki Melayu Islam itu pergi ke kedai yang tukang gunting rambutnya seorang wanita tidak pula diketahui.

Bagi masyarakat bukan Islam banyak lagi yang mesti diselesaikan. Bukan sekadar wujud patung Buddha terbesar dan boleh minum arak. Itu pun bukan secara terbuka. Ini kita cerita di lain masa.

Baru-baru ini Muhammad Faiz Na’aman, anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan dikatakan antara pengasas parti, keluar Bersatu. Kenyataan panjang dikeluarkan menghurai mengapa beliau tinggalkan Bersatu. Saya tidak bercadang mengulanginya di sini.

Cuma memetik sebahagian. Begini: Kata Faiz Bersatu dibayangkan sebagai parti “nasionalis sederhana” atau moderate yang membezakannya daripada “puak Melayu ultra, liberal ultra dan pelampau atau ekstremis agama”. Tetapi katanya “saya kecewa Bersatu tidak menitikberat ideologi perjuangan”.

Bersatu dilihat “kow tow” kepada PAS yang dikatakan “big brother” dalam PN walaupun itu dinafikan. Kejayaan PRU15 disifatkan umum sebagai kemenangan PAS. Malah diberi jolokan “Gelombang Hijau” warna PAS. Dan Bersatu dilihat semakin akur dan mencontohi tingkah laku PAS. Mungkin itu yang dimaksudkan Faiz sehingga “memaksa” beliau bertindak keluar Bersatu.

Menjelang PRU15 tahun lalu tentu kita belum lupa, Muhyididn Yassin pengerusi PN mengaitkan Pakatan Harapan (PH) dengan kumpulan Yahudi dan Kristian. Beliau juga bercakap mengenai apa yang beliau panggil “Agenda Kristianisasi”. Tidak dinafikan sedikit-sebanyak tuduhan itu menyumbang kepada prestasi baik PN pada pilihan raya umum lalu.

Menghadapi PRN enam negeri yang akan diadakan esok(hari ini), PN berkempen berlandaskan retorik agama dan bangsa yang didakwanya terancam.

Muhyididn menuduh kerajaan perpaduan ditadbir orang bukan Melayu. Menggunakan isu kalimah Allah untuk menyokong tuduhannya. Di tengah kempen PRN naratif “kafir harbi” kembali di media sosial.

Itu dapatan inisiatif Pantauan Media Sosial #PRN2023 diketuai Pusat Kewartawanan Bebas. Menurut analisis awal mereka dalam beberapa keadaan, mesej di media sosial memberi amaran kepada pengundi “kafir harbi akan mengambil alih jika orang Islam tidak bersatu”.

Tidak diketahui siapa yang menerbit atau di belakang penerbitan mesej berkenaan. Setahu saya DAP pernah dituduh “kafir harbi” suatu ketika dahulu. Istilah “kafir harbi” dan “kafir zimmi” pernah diperkatakan beberapa pemimpin PAS tidak lama dahulu.

PAS terutama Abdul Hadi Awang presidennya, kerap bercakap mengenai orang bukan Melayu khususnya sejak kebelakangan ini. Dan sering mengguris perasaan mereka dengan pelbagai tuduhan yang dilempar. Rasanya ramai tahu apa yang saya maksudkan.

Bersatu dilihat akur malah seperti dikatakan tadi ikut rentak PAS. Sekali lagi saya katakan jelas agama menjadi umpan politik untuk mendapat kemenangan ikut jalan mudah dan singkat. Dan ramai juga orang Melayu termakan umpan.

Semasa kempen PRN sedang hangat kita disajikan video seorang wanita warga emas berkata Umno adalah kafir. Dasar sekular, nasionalis, kapitalis semuanya kafir kata wanita itu. Teringat saya ada pemimpin PAS bercakap mengenai kapitalis, sekular dan nasionalis.

Ada juga dakwaan azan tidak kedengaran dari sebuah masjid di Kajang dan DAP dipersalahkan. Tetapi menurut seorang pengguna X (dulu Twitter) masalah itu ialah kerana pembesar suara masjid rosak.

Di Kelantan calon BN bagi DUN Chempaka dituduh tidak menunaikan solat Jumaat. Kata ketua strategik jentera BN kawasan berkenaan: “Saya tegaskan calon BN kawasan Chempaka ialah Nik Normi Nik Ayub, seorang wanita dan tidak wajib mendirikan solat Jumaat”.

Yang nyata sentimen bangsa dan agama terus dibakar untuk meraih sokongan di peti undi meskipun ia merosakkan keharmonian rakyat negara – antara orang Melayu dengan bukan Melayu, juga orang Melayu dengan Melayu.

Imbas kembali titah Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara 5 ogos lalu. Baginda mengingatkan perjuangan untuk memartabatkan sesuatu bangsa tidak seharusnya menjerumuskan negara ke arah polarisasi sehingga menggugat semangat perpaduan yang didambakan.

Polis siasat ceramah Sanusi didakwa fitnah, gugat keharmonian awam

Muhaamad Hafis Nawawi
bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan membabitkan ceramah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa berunsur fitnah dan dengan niat menggugat keharmonian awam.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Skandaguru Anandan, berkata siasatan dijalankan selepas seorang individu membuat laporan polis semalam, selepas dia yang berada di rumahnya di Alor Setar melayari laman YouTube dan mendengar ucapan Muhammad Sanusi.

Beliau berkata, individu terbabit mendakwa dalam ucapan itu, Muhammad Sanusi mengeluarkan kata-kata kesat dan menuduh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail masuk ke dalam hutan simpan tanpa permit.

"Pengadu berasakan kenyataan itu satu fitnah melampau dan boleh menggugat keharmonian serta ketenteraman awam.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Kesalahan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Skandaguru berkata, polis menerima 1,651 laporan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam negeri sejak 27 Julai hingga semalam.

"Selangor merekodkan penerimaan laporan polis tertinggi iaitu 688 diikuti Terengganu (314), Kedah (258), Kelantan (236), Negeri Sembilan (116) dan Pulau Pinang (39).

"Sebanyak 4,300 permit ceramah dikeluarkan di semua enam negeri. Permohonan paling tinggi untuk permit ceramah adalah di Kedah dengan 938 permohonan, Selangor (891), Kelantan (842), Terengganu (728), Negeri Sembilan (466) dan Pulau Pinang (435) serta tujuh tanpa permit.

"Berdasarkan laporan diterima itu, polis membuka 115 kertas siasatan dengan tujuh tangkapan," katanya.

BN mampu tawan 6 atau 7 kerusi di Selangor

Nora Mahpar

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) dijangka menyumbang enam atau tujuh kerusi daripada 12 DUN ditandingi apabila Selangor hampir pasti kekal milik Pakatan Harapan (PH), selepas gabungan itu dilaporkan melepasi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PKR, Yaakob Sapari, berkata antara kerusi berpotensi ditawan BN adalah DUN Gombak Setia dan Dusun Tua yang masing-masing ditandingi Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin dan timbalannya Johan Aziz.

Gombak Setia sebelum ini dimenangi Hilman Idham daripada Bersatu manakala Dusun Tua milik DAP.

“Berdasarkan rekod di Gombak, pengundi di sana menolak ‘pengkhianat’. Tengok rekod Azmin (Ali pada PRU15) kalah besar di sana. Ini menunjukkan orang yang khianat, rakyat Selangor marah,” katanya kepada FMT.

Kerusi lain yang boleh menambah “jajahan BN” adalah DUN Batang Kali dan Sijangkang yang mana kawasan tersebut mempunyai sokongan “pada tahap tertinggi” daripada akar umbi blok PH-BN, kata bekas Adun Kota Anggerik itu.

“Batang Kali kerusi yang bagus (berpotensi besar untuk menang), penyokong kita (PKR) kuat di sana, pada masa sama Umno memang sudah ada rekod kuat di situ sebelum ini.”

Sementara itu, DUN Sijangkang yang diwakili calon muda Al-Hafizi Abu Bakar, dilihat mampu memberi sinar baharu kepada penduduk kawasan jajahan PAS tersebut apabila penyandangnya, Dr Yunus Hairi disifatkan gagal membawa sebarang perubahan baharu walaupun sudah menang empat edisi pilihan raya.

“Dulu ya dia bersama dalam kerajaan negeri tetapi sekarang menjadi wakil rakyat pembangkang, macam mana nak berkhidmat untuk rakyat?

“Saya percaya orang Sijangkang sudah sedar beliau tak boleh berkhidmat dengan baik untuk komuniti.”

Selain empat kerusi itu, BN turut bertanding di Kuang, Jeram, Selat Kelang, Dengkil, Sungai Panjang, Sungai Air Tawar, Sungai Burong, dan Semenyih.

Terdahulu, FMT melaporkan gabungan PH-BN mampu menang maksimum 40 daripada 56 kerusi DUN Selangor, sekali gus melepasi majoriti dua pertiga.

Ramai penyokong Umno akan undi PN - Ilham Centre

Malaysiakini

Badan Pemikir Ilham Centre menjangkakan antara 27 hingga 58 peratus penyokong Umno akan mengundi Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya di enam negeri, esok.

Menurutnya, peratusan penyokong Umno yang akan berpindah itu adalah berbeza di seluruh kawasan dan didorong oleh faktor berbeza.

“Umno kalah di semua kerusi parlimen majoriti Melayu di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Selangor namun cemerlang di Negeri Sembilan dalam PRU15. 

“Justeru keupayaan Umno untuk menarik sokongan orang Melayu dalam PRN ini masih disangsikan,” katanya.

Ilham Center seterusnya berkata penyokong Umno yang tidak berpuas hati secara umumnya boleh dibahagikan kepada tiga kelompok

Kelompok pertama adalah yang menentang Ahmad Zahid Hamidi dan menyalahkan presiden Umno itu atas apa yang berlaku ke atas parti semasa pilihan raya umum  2022.

“Kedua kelompok yang tiada masalah dengan Zahid tapi marah Umno bekerjasama dengan PH. 

“Kelompok ini masih tidak dapat menerima kerjasama tersebut khususnya dengan DAP yang dianggap ekstrim dan cauvinis Cina yang anti-Melayu,” katanya.

Kelompok penentang terakhir ialah mereka yang menerima Zahid dan kerjasama dengan Harapan tetapi tidak berpuas hati dengan pemilihan calon.

“Keadaan ini boleh terubat dengan pemimpin Umno turun bertemu mata dengan ahli akar umbi menjelaskan dengan tuntas keputusan bersama (seteru utama Umno) DAP dan (perdana menteri) Anwar Ibrahim,” kata Ilham Centre.

Badan pemikir itu membuat rumusan tersebut berdasarkan tinjauan selepas hari penamaan calon yang bermula pada 29 Julai sehingga 8 Ogos lalu membabitkan 2,416 responden di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang.

Responden dipilih melalui persampelan berstrata rawak.

Ia bagaimanapun, tidak menyatakan jumlah responden yang dikenal pasti sebagai penyokong Umno.

Sementara itu, Ilham Center menjangkakan peratusan keluar mengundi pada pilihan raya esok adalah "rendah" berbanding pilihan raya parlimen 2022, kecuali di Selangor dan Kedah.

“Bagi responden yang mengundi di Terengganu dan Kelantan kelihatan selesa dengan kemenangan besar PAS dalam PRU lalu melihat parti itu akan menang walaupun mereka tidak pulang mengundi. 

“Ini membentuk sikap selesa pada pengundi di dua negeri berkenaan.

“Selangor dan Kedah mencabar dan panas mengundang keterujaan tinggi untuk pengundi berpartisipasi dalam proses demokrasi kali ini,” kata Ilham Centre.

Peratusan keluar mengundi negara semasa pilihan raya umum ke-15 pada 2022 adalah 74.04 peratus. Pecahan peratusan keluar mengundi peringkat negeri adalah seperti berikut:

Selangor - 78 peratus

Terengganu - 78 peratus

Negeri Sembilan - 76 peratus

Pulau Pinang - 76 peratus

Kedah - 75 peratus

Kelantan - 69 peratus

4 rakan didakwa bunuh 2 lelaki

Bernama

MELAKA: Empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan membunuh dua lelaki yang mayat mangsa ditemukan dalam dua bungkusan kanvas berdekatan kawasan timbunan sampah di Kampung Ujong Padang, Cheng, bulan lalu.

Lok Kian Seng, 47, Daniel Ho Chin Cher, 33, Woon Chee Weng, 44, dan Lim Chien Voon, 41, yang masing-masing berdepan dua tuduhan mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh.

Semua lelaki itu bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas didakwa atas pertuduhan membunuh Stanley Chew Kok Kin, 24, dan Soo Yao Long, 26, di sebuah rumah di Taman Paya Rumput Perdana dalam daerah Melaka Tengah pada 7 hingga 10 Julai lepas.

Keempat-empat tertuduh yang tidak bekerja itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dihukum dengan tidak kurang 12 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Nahdan Rengganathan Abdullah.

Mahkamah menetapkan 12 Sept untuk sebutan kes bagi serahan laporan bedah siasat dan dokumen berkaitan.

Rafizi:PN masuk perangkap bila setuju berdebat

Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid
khairil.ashraf@hmetro.com.my

Seremban: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa Perikatan Nasional (PN) 'masuk perangkap' apabila Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman bersetuju berdebat dengannya mengenai hal ehwal ekonomi pada Rabu.

Menyifatkan perdebatan itu adalah kemuncak perangkap, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, ia sudah lama dirancang pihaknya dan PN tidak melihat mengenai perkara itu.

"Dah rancang daripada awal (bila) kita ambil kerajaan. Bermula bulan Jun, kita lancar satu demi satu (pengumuman mengenai hal ehwal ekonomi).

"Biarlah dia nak maki hamun (sebelum itu) kata kerajaan tak buat apa, tak guna, tak tunai janji dan sebagainya," katanya pada Jelajah Madani di Dataran Ampangan malam tadi.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, beliau juga mengetahui bahawa tidak akan ada mana-mana kepimpinan atasan PN yang berani berdepan dengan pimpinan Kerajaan Perpaduan bagi membahaskan mengenai kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, tujuan utama perdebatan yang disiarkan secara langsung di televisyen itu adalah agar pihaknya dapat 'bercakap' kepada pengundi-pengundi atas pagar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.

"Kerana pengundi atas pagar ini tak dengar ceramah. Dia sebenarnya sibuk dengan kerja sehariannya.

"Kadang-kadang dia pergi ke pejabat, dia dengar (debat ini) separuh, (kemudian separuh lagi) dia dengar sini (tempat lain). Keputusan (memangkah parti mana dalam pilihan raya) itu selalunya dibuat pada saat-saat akhir. Dua tiga hari sebelum mengundi.

"Sebab itu daripada awal lagi saya cungkil dan cabar supaya panglima-panglima PN ini berani tampil berdebat," katanya.

Menerusi ceramahnya juga, Rafizi juga menyentuh mengenai calon PN bagi Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang bertanding di Jeneri.

Dakwa Rafizi, mengikut bacaannya, kemenangan Mohamed Azmin adalah 50/50 di Hulu Kelang.

"Sekarang lawan di kampung dia sendiri dengan segala yang dia sudah labur selama ini. Saya beritahu setakat ini Azmin Ali nyawa-nyawa ikan, 50/50 di Hulu Kelang," katanya.

Rafizi turut mendakwa bahawa Muhammad Sanusi sudah 'digam' daripada berucap oleh kepimpinan PN dalam minggu terakhir kempen PRN ini.

"Mereka pun tahu setiap kali Sanusi buka mulut mesti hilang undi, buka mulut hilang undi.

"Sebab itu dalam minggu terakhir ini, Sanusi hanya dibenarkan main sepak takraw saja.

"Dia hanya muncul dalam program-program rakyat pasal bola. Eh, kita ini nak pilih Menteri Besar ke jaguh kampung main takraw?" soalnya.

PAS umum tukar MB, TMB Kelantan lepas PRN

N Faizal Ghazali

PAS mengumumkan tawaran cadangan perubahan kepimpinan di Kelantan bagi jawatan menteri besar dan timbalan menteri besar, manakala bagi Terengganu dan Kedah dikekalkan dengan penyandangnya  sekiranya terus mendapat mandat selepas pilihan raya negeri (PRN) esok.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin berkata keputusan mesyuarat harian PAS mencadangkan untuk menukar kepimpinan bagi jawatan menteri besar dan timbalan menteri besar di Kelantan.

“Perubahan gabungan menteri besar dan timbalan menteri besar sekarang bagi negeri Kelantan dengan mengemukakan iaitu seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan ampuni perkenan tuanku Sultan Kelantan.

“Bagi gabungan jawatan menteri besar dan timbalan menteri besar Kelantan yang akan ditawarkan selepas PRN nanti tidak dinamakan bagi menghormati mandat rakyat dan kuasa mutlak Sultan Kelantan dalam pelantikan jawatan menteri besar dan timbalan menteri besar,” katanya dalam sidang media khas, sebentar tadi.

Mat Hassan nafi bakal dipecat kerana tak 'ngam' dengan Anwar

B Nantha Kumar

Menteri Pertahanan, Mohamad Hasan menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa dia akan dipecat daripada jawatan itu setelah didakwa tidak lagi sehaluan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

"Hari ini (semalam) viral saya akan dipecat daripada jawatan menteri saya sebab dikatakan saya tidak bersama dengan perdana menteri.

"Mangkuk-mangkuk ini tak tahu, daripada semua kementerian, kementerian pertahanan yang paling banyak mendapat peruntukan khas daripada PM.

"Ini pula nak mengadu domba kata Mat Hasan akan dipecat sebab apa saya tak bersama dalam kempen," katanya di ceramah Malam Perpaduan DUN Paroi, di Senawang, malam tadi.

Dia berkata demikian susulan beberapa video tular di media sosial mendakwa Mohamad yang lebih mesra dipanggil Tok Mat bakal dipecat sebagai menteri pertahanan.

Timbalan presiden Umno itu juga didakwa tidak lagi bersama perdana menteri selain tidak menyertai kempen pilihan raya.

Bagaimanapun, Mohamad menjelaskan dia tidak dapat bersama dalam kempen kerana masalah kesihatan.

"Saya demam empat hari, 40 darjah. Jadi, janganlah mengadu domba macam-macam mengata saya," katanya di hadapan lebih 200 hadirin.

Sebelum ini dilaporkan, Mohamad yang juga calon BN DUN Rantau dijangkiti virus influenza dan diarahkan oleh doktornya untuk berehat dalam tempoh dua hingga tiga hari daripada menyertai kempen pilihan raya.

Ketika ditanya, Mohamad tidak memberitahu sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan tersebut.

Jadi tokan dadah, anggota polis ditahan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang anggota polis ditahan di Taman Sejati Indah, Sungai Petani Rabu lalu kerana disyaki menjadi tokan dadah.

Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan pada 12.05 tengah hari oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Kedah.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui lima bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki syabu dianggarkan bernilai RM168,000 yang boleh digunakan 26,450 penagih dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing suspek negatif dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Lima bungkusan dadah jenis syabu itu dianggarkan seberat 5,291g,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, suspek direman tujuh hari mulai semalam hingga 16 Ogos ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau memberi amaran polis, khasnya JSJN tidak berkompromi dengan pihak cuba menyalahgunakan kuasa dengan menjalankan pengedaran dadah.

Lelaki ditemui mati dalam teksi

Bernama

KUALA NERUS: Seorang lelaki warga tempatan ditemukan maut di dalam sebuah teksi dipercayai miliknya berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir di sini, malam tadi.

Mangsa berusia 51 tahun itu ditemukan di bahagian tempat duduk penumpang belakang teksi berkenaan dengan beberapa kesan kecederaan pada badan.

Ketua Polis Kuala Terengganu Abdul Rahim Md Din berkata polis menerima panggilan berhubung penemuan mangsa pada pukul 10.56 malam.

“Sebaik terima laporan, polis mengerah sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi berkenaan bagi menjalankan siasatan.

“Siasatan mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada mangsa dan dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Rahim berkata hasil siasatan turut menemukan sebilah pisau di atas pelapik kaki bahagian pemandu teksi berkenaan.

Susulan itu, katanya pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 29 tahun untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan siasatan lanjut sedang berjalan bagi mengenal pasti motif kejadian,” katanya.

Selangor cuti Isnin depan jika PH-BN menang esok

Malaysiakini

Kerajaan Selangor akan mengisytiharkan cuti peristiwa Isnin depan jika Pakatan Harapan (PH) dan BN memenangi pilihan raya negeri Selangor esok. 

Perkara itu diumumkan oleh menteri besar sementara Selangor Amirudin Shari dalam amanat khasnya sebentar tadi.

PRN seri 3-3 jika pengundi luar kawasan tak buat kejutan

Pasukan Malaysiakini

ANALISIS | Enam pilihan raya negeri (PRN) berkemungkinan akan menyaksikan keputusan seri untuk Pakatan Harapan-BN dan Perikatan Nasional, dengan setiap pakatan memenangi tiga negeri sama yang ditadbir sebelum ini.

Kedua-dua gabungan utama yang bertanding dalam PRN berharap untuk menawan sekurang-kurangnya satu negeri tambahan. Dengna PH-BN menyasarkan Kedah, dan PN menyasarkan Selangor.

Walau bagaimanapun, kempen kedua-duanya nampaknya tidak menunjukkan isyarat yang ketara.

Namun, faktor yang mungkin mengubah keputusan yang memihak kepada PH-BN ialah pengundi luar kawasan - yang sentimennya masih tidak dapat diramalkan.

Bagi PH-BN, kerjasama dan usaha mereka sebagai kerajaan persekutuan nampaknya memberi kesan kecil kepada pengundi yang tinggal di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Tinjauan Ilham Center pada Julai lalu menunjukkan majoriti pengundi di Kedah, Kelantan, dan Terengganu tidak cenderung kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Tinjauan yang sama menunjukkan bahawa hanya satu daripada empat orang Melayu berpuas hati dengan prestasi perdana menteri itu.

Perbualan Malaysiakini dengan lebih 70 pengundi di seluruh Kedah nampaknya menunjukkan bahawa kebanyakan pengundi telah membuat keputusan, dan akan berpegang kepada pilihan yang mereka buat pada pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Pada masa yang sama, terdapat tanda-tanda bahawa sebilangan besar mereka yang mengundi BN tahun lepas, mungkin sama ada tidak mengundi atau beralih kepada PN.

Rasa tidak puas hati terhadap BN ini nampaknya merupakan gabungan rasa tidak senang dengan kepimpinan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi serta rasa tidak puas hati terhadap kerajaan secara amnya.

PN masih dominan di Kedah, K’tan, T’ganu

Di Kedah, menteri besar sementara Muhammad Sanusi Md Nor juga menjadi cabaran utama kepada PH dan BN.

Sanusi meraih sokongan yang begitu kuat di Kedah sehinggakan ada pengundi di negeri itu yang akan mengundi PN kerana mahu Sanusi kembali memegang jawatan menteri besar.

Pada masa ini, PH-BN dilihat berisiko kehilangan kerusi dan memenangi lebih sedikit kerusi berbanding potensi menawan negeri itu.

Laporan berkaitan: Faktor Sanusi pacu PN, PH-BN berisiko hilang 7 kerusi di Kedah

Di Kelantan, PH-BN dijangka memberi cabaran sengit di beberapa kerusi, seperti Kota Lama, Wakaf Bharu, Pulai Chondong, Temangan, Kemuning, Galas, Nenggiri, dan Paloh.

Bagaimanapun, harapan terbaik gabungan itu ialah menghalang PN daripada menang semua kerusi di Kelantan seperti yang berlaku pada PRU15.

Keadaan itu nampaknya sama di Terengganu, dengan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli - pakar strategi utama PH - dilaporkan mengakui bahawa PN masih mendahului.

“Di Terengganu pada pandangan saya, PN masih mendahului kita, dan saya mengakui ini secara terbuka,” katanya pada ceramah di Telok Ayer Tawar, Pulau Pinang pada Ahad.

Sebarang peluang untuk gabungan Madani memintas PN di Kelantan kemungkinan terletak pada pengundi luar kawasan - terutamanya pengundi atas pagar yang tinggal di negeri PH-BN.

Jika 20 peratus daripada pengundi atas pagar ini - yang sebelum ini mengundi PN - beralih kepada PH-BN, terdapat peluang untuk gabungan itu menang di Kedah, pada masa sama meraih kerusi di Kelantan dan Terengganu.

Taktik gesa pengundi keluar mengundi

Untuk menggalakkan kehadiran penyokong luar dan pengundi atas pagar, PH menggunakan taktik menakutkan pengundi.

Sama seperti PN yang memainkan sentimen Melayu-Islam dikatakan berada di bawah ancaman, PH juga menggunakan taktik yang hampir sama.

DAP Pulau Pinang misalnya, telah mendakwa bahawa 20 peratus pengundi Cina di negeri itu mungkin beralih kepada PN, tidak mengundi, atau merosakkan undi mereka.

Sementara itu, pengundi juga ditakutkan dengan kemungkinan orang bukan Islam akan kehilangan kebebasan peribadi seperti boleh memakai seluar pendek jika PN berkuasa.

Malah Anwar pernah terlibat dalam retorik sedemikian.

Dalam program bersama pelajar matrikulasi, Anwar menimbulkan kontroversinya susulan jawapannya terhadap soalan yang diajukan pelajar bukan Melayu yang mahukan kuota pendidikan digantikan dengan sistem meritokrasi.

Anwar berkata, penghapusan kuota pendidikan akan menyebabkan PH dan BN kalah dalam semua pilihan raya.

“Kalau saya nak puas kan hati awak, hari ini Anwar kata tamatkan sistem kuota, kami akan kalah semua pilihan raya di negara ini dan anda akan lebih menderita di negara ini. Itu kena faham.

"(Negara akan) diperintah PAS dan Bersatu, kena faham. Tapi, janganlah umpanya nak suruh batal sistem kuota ini. Akan berlaku pergolakan dalam negara…ini persefahaman dibuat sejak sekian lama,” katanya seperti dilapor media pada 5 Ogos.

Sementara itu, Anwar juga memberi amaran bahawa jika pengundi di Selangor "salah mengundi" maka negeri itu mungkin akan jadi seperti Kedah atau Kelantan.

Sama ada taktik menakutkan itu akan berkesan untuk PH dan BN masih belum dapat dilihat.

Walau bagaimanapun, ia menghadapi risiko meminggirkan pengundi di negeri yang dikuasai PN.

“Rasa marah sebab mana boleh bandingkan dengan negeri negeri tu sebab kat Kedah ni banyak dah tempat yang dah maju sekarang," kata Muhamad Abid Najimi Ahmad, seorang pengundi Kedah berusia 19 tahun.

Di sebalik taktik menakut-nakutkan, kerajaan Madani juga nampaknya mengambil langkah untuk memenangi pengundi Melayu konservatif.

Antara lain, ini termasuk peningkatan subsidi untuk pesawah, serta langkah Kementerian Dalam Negeri mengharamkan jam tangan Swatch yang mengandungi unsur LGBT.

Gelombang PN melimpah ke Selangor

Sementara itu, kempen PN di Selangor kelihatan lebih baik daripada PH-BN di Kedah.

Di timur laut negeri ini, PN nampaknya membuat kehadiran yang ketara di kawasan pantai dari Sabak Bernam ke Tanjong Karang dan telah menjadikannya tumpuan kempen.

Lima kerusi PH-BN di kawasan ini berisiko ditawan PN iaitu Sungai Air Tawar, Sabak, Sungai Panjang, Sungai Burung, dan Permatang.

PN juga dilihat aktif di Kuala Selangor, dengan kemungkinan memenangi semula kerusi Jeram.

Sumber dalam PH pula menyatakan kebimbangan mengenai peluang untuk mengekalkan kerusi Bukit Melawati dan Ijok.

Kerusi lain PN dijangka memberi saingan sengit di Selangor termasuk Kuang di bawah parlimen Selayang, Sungai Ramal di Bangi, Selat Klang di Kapar, serta Sijangkang dan Morib di Kuala Langat.

Kerusi majoriti Melayu yang lain juga akan menyaksikan saingan sengit.

Walau bagaimanapun, di beberapa kawasan, ia tidak berjalan lancar.

Ini terutamanya di Gombak, kerusi yang ditandingi bekas menteri besar Selangor Azmin Ali dan pembantunya Hilman Idham masing-masing di Hulu Kelang dan Gombak Setia.

Jentera PAS tempatan di sana dilaporkan kecewa kerana dua kerusi itu diberikan kepada Bersatu untuk bertanding, dan mereka dilhat tidak berusaha keras untuk menggerakkan penyokong untuk kempen Azmin dan Hilman.

Laporan berkaitan: Pertarungan getir Azmin melawan Juwairiya di Hulu Kelang

Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin berkata bahawa gabungan itu tidak mendedahkan siapa calon menteri besar Selangor mereka kerana dibimbangi kalah.

Sementara itu, PN juga sedang berhadapan dengan konflik dalaman di Batang Kali, dengan bahagian Bersatu Hulu Selangor menolak pilihan calon parti itu.

Terdapat juga rasa kurang senang di kalangan akar umbi PN tempatan di Bukit Malawati kerana calon gabungan itu adalah bekas ketua Pemuda Umno yang baru menyertai PN.

Berdasarkan situasi semasa, PN mungkin akan memenangi sekitar 10 hingga 15 kerusi di Selangor.

Ini adalah peningkatan daripada lima kerusi yang dimiliki PN di Selangor, dengan empat daripadanya dimenangi ketika Bersatu menjadi sebahagian daripada PH pada 2018.

Walaupun PN dijangka mengurangkan jumlah keseluruhan kerusi yang dikuasai PH dan BN di negeri itu, kemungkinan besar ia tidak akan mencukupi untuk menafikan penguasaan gabungan Madani di Selangor.

PN kalah semua kerusi di Negeri Sembilan?

Di Negeri Sembilan, jika corak pengundian PRU ke-15 berterusan, PH dan BN boleh menyapu bersih negeri itu.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa kerusi untuk PN tampil sebagai pemenang, meski dengan peluang yang tipis.

Salah satu daripada kerusi ini ialah Jeram Padang - kerusi campuran dengan lebih 30 peratus pengundi adalah India.

Secara tradisinya, BN diwakili oleh MIC di kawasan itu, tetapi dengan MIC tidak menyertai PRN, seorang calon Umno telah diletakkan untuk mempertahankan kerusi itu.

PN pula meletakkan bekas ahli MIC, Surash Sreenivasan, yang sebelum ini menduduki tempat kedua ketika bertanding sebagai calon bebas pada 2018 di kerusi berkenaan.

MIC telah menyaksikan ahli dan pemimpinnya berpaling tadah kepada PN, yang mungkin memberi manfaat kepada Surash dan membantu meningkatkan bahagian undi pembangkang di kawasan itu daripada 21 peratus yang diterimanya pada PRU15.

Saingan di kerusi Melayu di Pulau Pinang

Di utara Pulau Pinang, pertelingkahan antara Gerakan dan PAS merencatkan kempen PN sedikit sebanyak. Namun gabungan itu masih dijangka akan menembusi negeri itu.

Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata bahawa tiga kerusi majoriti Melayu di Balik Pulau akan menyaksikan pertarungan sengit dengan pemenang hanya meraih majoriti tipis.

Menurut Chow ini termasuk Bayan Lepas, kerusi yang ditandingi Presiden Gerakan Dominic Lau.

Kempen Lau tidak berjalan lancar, dengan PAS tempatan meminggirkannya.

Walaupun kepimpinan PAS pusat telah mengeluarkan arahan untuk membantu Gerakan, sama ada ia akan mendorong penyokong PAS Bayan Lepas untuk keluar mengundi atau tidak masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, PN juga dijangka meraih kemenangan di kerusi majoriti Melayu di kawasan Parlimen Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Permatang Pauh.

Satu lagi faktor yang mungkin menguntungkan PN ialah perbalahan di kalangan DAP Pulau Pinang, terutamanya selepas P Ramasamy dan pengikutnya digugurkan sebagai calon.

Dua daripada rakan rapat Ramasamy bertanding sebagai calon bebas di kerusi DAP.

Faktor Muda-PSM

Bagi Muda dan PSM, kedua-dua parti itu berkemungkinan akan menjadi mangsa sistem first-past-the-post (pemenang undi terbanyak).

Dengan pengundi terpaksa membuat pilihan strategik, Muda dan PSM - yang kebanyakannya bertanding di kerusi PH - tidak mungkin meraih sebarang kemenangan jika pengundi bertekad untuk menghalang PN.

Sebaliknya cabaran utama bagi kedua-dua parti itu ialah sama ada mereka boleh mengekalkan deposit pertandingan atau tidak.

Kedua-dua parti nampaknya tidak mendapat respons yang kuat terhadap usaha kempen dan ceramahnya.

Bagaimanapun, Muda sekurang-kurangnya, dilihat meletakkan sumber yang besar dalam kempen media di media sosial, dan juga slot iklan di stesen radio bandar BFM.

Pengundian untuk enam negeri akan diadakan Sabtu ini.

Isu minum arak: Masyarakat Buddha Siam tuntut Syahir mohon maaf

Malaysiakini

Persatuan Dewan Perniagaan Bumiputera Siam Malaysia (DPBSM) menuntut permohonan maaf daripada Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berhubung dakwaan sami Buddha membenarkan minum arak dalam agama itu.

Presidennya, Bon Soom Inong berkata kenyataan itu tidak benar sama sekali kerana larangan minum arak adalah antara ajaran dasar moral agama Buddha.

Katanya, kenyataan yang dibuat Syahir mengguris hati masyarakat Siam di negara ini.

"Kenyataan itu tidak benar sama sekali kerana larangan minum arak adalah antara ajaran dasar moral agama Buddha yang dikenali sebagai Pancasila (Lima Sila) dan terkandung di dalam Kitab Tripitaka, kitab suci agama Buddha.

"Sila kelima di dalam Pancasila menyatakan: 'Suramerayamajja pamadatthana veramani sikkhapadam samadiyami' yang bermaksud menahan diri daripada meminum minuman memabukkan.

"Oleh itu, kami seluruh masyarakat Siam yang beragama Buddha kesal dan mengecam kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PAS itu serta menganggapnya keterlaluan, tidak sensitif dan tidak menghormati institusi dan agama Buddha," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, dalam sesi Debat Model Ekonomi Baru Syahir telah membuat kenyataan bahawa "sami Buddha menyebutkan minum arak dibolehkan dalam agama Buddha".

Debat antara Syahir dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli itu telah disiarkan secara langsung oleh RTM dan Astro Awani.

Sementara itu, Bon berkata kenyataan itu telah melukakan hati dan menimbulkan kemarahan seluruh masyarakat Siam dan penganut agama Buddha di negara ini.

"Sehubungan itu, kami mendesak YB Syahir memohon maaf secara terbuka kepada seluruh Masyarakat Siam dan menarik balik kenyataan beliau itu. Jika beliau enggan berbuat demikian, tindakan membuat laporan polis akan di buat.

"Kami berpendapat kenyataan pemimpin PAS itu sebenarnya adalah percubaan untuk mengheret institusi sami dalam kancah politik, sedangkan sami sebenarnya adalah institusi yang suci pada sisi agama Buddha.

"Ia adalah institusi yang neutral, tidak mempunyai sebarang kepentingan politik dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik," katanya lagi.

Sehubungan itu, Bon menyeru kepada semua parti politik di negara ini supaya memahami kedudukan dan sensitiviti berkenaan.

Anthony Loke: Kalah di Selangor dan ‘mereka’ akan ambil alih Putrajaya

Lynelle Tham

AMPANG: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook memberi amaran bahawa Putrajaya juga akan jatuh ke tangan “kumpulan lain” jika Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kehilangan Selangor pada PRN Sabtu ini.

“PRN ini bukan sahaja untuk mengekalkan kerajaan negeri Selangor, tetapi juga untuk memastikan Anwar Ibrahim kekal sebagai perdana menteri,” katanya pada ceramah PH-BN malam ini.

“Ada orang di Gombak kata, jika PN menang (PRN Selangor), esok Putrajaya akan tumbang. Jadi kita minta tuan-tuan, puan-puan, kekalkan Selangor, kekalkan Putrajaya,” katanya, disambut sorakan lebih 5,000 hadirin.