Ribuan Demonstran Kepung Pangkalan Militer AS di Turki

Andika Hendra Mustaqim 

GAZA - Sebuah “konvoi kemerdekaan untuk Palestina ” sedang dalam perjalanan dari Istanbul ke pangkalan militer Amerika Serikat di Turki selatan sebagai bentuk solidaritas terhadap rakyat Gaza ketika Israel melancarkan perang di daerah kantong yang terkepung tersebut. 

Mobil dan van yang mengibarkan bendera Palestina dan beberapa bendera Turki berangkat dari Stadion Olimpiade Ataturk Istanbul pada Jumat pagi dan menuju ke kota Adana, tempat Pangkalan Udara Incirlik berada. 

Yayasan Bantuan Kemanusiaan (IHH), organisasi nirlaba Turki yang menyelenggarakan acara tersebut, mengatakan ratusan kendaraan melaju menuju ibu kota Turki, Ankara, pada Jumat sore dan diperkirakan akan ada lebih banyak lagi pengunjuk rasa yang bergabung saat konvoi berhenti di kota-kota sepanjang perjalanan mencakup hampir 1.000 km.

Konvoi yang berangkat dari tiga kota Turki lainnya – Kahramanmaras, Kayseri dan Van – juga diperkirakan akan mencapai Adana pada hari Minggu, tempat para demonstran berencana mengepung Pangkalan Udara Incirlik untuk memprotes dukungan AS terhadap Israel dan menyerukan gencatan senjata di Gaza. 

Angkatan udara AS dan Turki adalah pengguna utama pangkalan udara tersebut, yang telah digunakan untuk melakukan misi tempur di Irak selama Perang Teluk pertama dan melancarkan serangan udara ke Afghanistan. Pangkalan tersebut juga telah digunakan oleh koalisi pimpinan AS yang memerangi ISIS (ISIS). 

Sebuah bus putih dengan spanduk bertuliskan “Konvoi Kebebasan untuk Palestina” terlihat menonjol di antara puluhan kendaraan yang berangkat dari Istanbul, diikuti oleh kelompok lokal pro-Palestina dan beberapa aktivis internasional. 

Para pengunjuk rasa, termasuk keluarga dengan anak-anak, berkumpul di tempat parkir yang luas di mana mereka membentangkan plakat dengan slogan-slogan seperti “Kita semua orang Palestina” dan “Anda tidak bisa diam.” 

“Orang-orang sangat antusias untuk pergi ke pangkalan udara Amerika,” ungkap Mary Annette Wright, pensiunan kolonel tentara AS berusia 77 tahun dan mantan diplomat AS yang ikut serta dalam demonstrasi tersebut, mengatakan kepada Al Jazeera.

 SINDOnews.com

Jurulatih taekwando disyaki cabul 4 kanak-kanak ditahan

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Shah Alam: Polis mengesahkan menahan seorang jurulatih seni mempertahankan diri yang didakwa mencabul empat pelatih kanak-kanak di pusat latihan di Shah Alam.

Perbuatan jijik lelaki berusia 20 tahun yang juga penuntut kolej swasta itu terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibu bapa masing-masing.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian dikatakan berlaku sekitar September sehingga Oktober lalu.

"Laporan pertama berkaitan kejadian diterima pada 1.53 tengah hari Khamis lalu daripada ibu kepada kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

"Mangsa mendakwa dicabul suspek semasa berada di dalam tandas di pusat latihan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Iqbal, setakat ini empat laporan diterima membabitkan empat mangsa berbeza berusia antara tujuh hingga sembilan tahun.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek menjadi tenaga pengajar di pusat latihan itu sejak setahun lalu.

Katanya, suspek ditahan reman empat hari bermula semalam sehingga Isnin ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau meminta individu mempunyai maklumat kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Naqiuddin Nawawi di talian 012-3848103.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, kanak-kanak perempuan trauma selepas didakwa dicabul jurulatih taekwando.

Ibu kanak-kanak berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Aida, 36, dilaporkan berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan anaknya pada 1 November lalu.

Warga Inggris Disebut akan Berperang Bela Israel di Gaza

Syarifudin Sabtu

LONDON - Pusat Keadilan Internasional untuk Palestina (ICJP) telah menulis surat kepada Kantor Luar Negeri, Persemakmuran dan Pembangunan (FCDO) untuk meminta klarifikasi mendesak mengenai posisi pemerintah Inggris terhadap warga Inggris yang akan berperang di Israel dan Gaza.

Organisasi tersebut mengumumkan hal itu dalam siaran persnya pada Jumat (3/11/2023). 

Menurut laporan media, sejak 7 Oktober 2023, ratusan, dan mungkin ribuan warga Inggris telah meninggalkan Inggris untuk berperang bersama Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam perang Israel di Gaza.

“Banyak dari warga Inggris ini mungkin sudah terlibat dalam potensi kejahatan perang dan kejahatan terhadap kemanusiaan, dan dapat menghadapi tuntutan di masa depan jika masalah ini dibawa ke pengadilan,” ungkap surat itu, dilansir Memo.

Awal bulan ini, Israel memanggil 360.000 tentara cadangan dari seluruh dunia untuk bergabung dalam perang di Gaza. 

“Di Inggris, media dibanjiri dengan cerita tentang warga Israel keturunan Inggris yang keluar untuk bergabung dengan IDF. Beberapa mungkin berada di sana melalui Mahal Programme, program sukarelawan yang memungkinkan warga negara non-Israel untuk bertugas di IDF dalam peran tempur dan dukungan penuh untuk pasukan Israel sampai dengan 18 bulan,” papar ICJP. 

Organisasi pengacara independen tersebut mengatakan mereka telah meminta “pemerintah memperjelas posisinya mengenai legalitas warga negara Inggris yang akan berperang di Israel atau Gaza, dengan memperhatikan perbedaannya dengan kebijakannya terhadap Ukraina. Pemerintah telah menegaskan warga negara Inggris tidak boleh melakukan perjalanan untuk berperang di Ukraina, dan mereka yang melakukan hal tersebut dapat dianggap melakukan tindak pidana.”

“Tidak jelas bagi kami apakah warga Inggris yang berperang di Israel atau Gaza akan mendapat sanksi serupa,” ungkap organisasi itu.

-Sindonews

Pekerja kilang warga Myanmar maut ditikam rakan

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
DUA pisau yang disyaki digunakan untuk menikam lelaki warga Myanmar sehingga maut. FOTO Ihsan Polis
DUA pisau yang disyaki digunakan untuk menikam lelaki warga Myanmar sehingga maut. FOTO Ihsan Polis
Kajang: Angkara selisih faham dengan rakan sekerja, seorang lelaki warga Myanmar maut ditikam dalam pergaduhan di sebuah kilang perabot di Sungai Lalang, Semenyih di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, polis menerima laporan kejadian daripada majikan mangsa pada 1.42 pagi.

"Sepasukan pegawai dan anggota bersama pegawai perubatan Hospital Kajang bergegas ke lokasi, namun mangsa berusia 23 tahun disahkan meninggal dunia.

"Pemeriksaan mendapati terdapat luka tikaman di bahagian kiri perut mangsa. Mayat dibawa ke Hospital Kajang untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan soal siasat, saksi mendakwa ketika kejadian mangsa mabuk dan berlaku perselisihan faham sehingga dicederakan oleh dua rakan sekerja yang bertindak melarikan diri selepas kejadian.

Bertindak atas maklumat, katanya, polis berjaya menahan dua lelaki warga Myanmar berusia 24 dan 28 tahun di kawasan Sungai Buloh, pada 12.35 tengah malam.

Mohd Zaid berkata, penahanan suspek itu kemudian membawa kepada penemuan dua pisau di kawasan kilang berkenaan yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

Katanya, keputusan bedah siasat juga mengesahkan mangsa mengalami kecederaan pada abdomen akibat ditikam objek tajam sehingga kehilangan banyak darah.

Menurutnya, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 10 November dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan S Vekram di talian 019-4737108.

Zahid Hamidi beri bayangan bakal tamatkan karier politik

Muhamad Lokman Khairi
bhnews@bh.com.my

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa beliau berhasrat menamatkan karier politiknya selepas berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk sejak 1995.

Beliau berkata, kini dirinya berada di penghujung perkhidmatan sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

"Saya menjadi Ahli Parlimen dari 1995, pada hemat saya satu perkhidmatan yang cukup panjang.

"Saya sedang berada di penghujung perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen, tetapi sebelum saya tamatkan perkhidmatan itu saya mahu lihat Bagan Datuk membangun dan maju. Bagan Datuk nombor satu dalam pendidikan di Perak sekurang-kurangnya.

"Saya mahu daerah ini mempunyai infrastruktur yang baik, kita mahu juga kemiskinan dalam kalangan orang India, Cina dan Melayu dikurangkan dan inilah hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk menoktahkan kemiskinan tegar di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Deepavali di Kompleks UMNO Bagan Datuk, di sini, hari ini.

Ditanya sekiranya penggal ini bakal menjadi penggal terakhir beliau sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu hanya menjawab secara ringkas beliau di penghujung perkhidmatan.

"Ya (saya) di penghujung perkhidmatan, kita akan ada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), ke-17 dan ke-18. Jadi kita tunggulah ketikanya yang sesuai," katanya.

Nama Ahli Parlimen 'ponteng' sidang Parlimen mungkin dipaparkan

BERNAMA

Georgetown: Nama-nama Ahli Parlimen yang didapati dengan sengaja tidak hadir atau 'ponteng' sidang Parlimen mungkin akan dipaparkan di laman web Dewan Rakyat supaya pengundi kawasan parlimen mereka maklum perkara tersebut.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, ia antara beberapa penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat kerana mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi serta kawasan parlimen yang diwakili.

Katanya, cadangan itu akan dibincangkan oleh beliau dengan jawatankuasa Parlimen yang turut dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen daripada pihak pembangkang dan juga kerajaan.

"Saya akan bincang perkara ini kerana saya tidak boleh terus berikan arahan. Selepas perbincangan akan putuskan bila akan mula.

"Seelokknya kita mulakan (paparkan nama di laman web) secepat mungkin, mungkin pada persidangan yang akan datang, ini antara penambahbaikkan yang kita akan buat kerana ia akan berikan peluang kepada masyarakat yang memilih mereka bertanya di manakah Ahli Parlimen berkenaan menghilangkan diri," katanya di sini, hari ini.

Johari, yang merupakan Ahli Majlis Pengakap Negara, ditemui selepas merasmikan Persidangan Pertubuhan Kerjasama Serantau Pengakap ASEAN (ASARC) ke-18 di sini yang turut dihadiri pemimpin pengakap dari negara-negara ASEAN.

Katanya, beliau faham tugas Ahli Parlimen yang banyak dan ada antara mereka tidak dapat menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana terpaksa menghadiri mesyuarat di lokasi lain dan ada juga yang perlu melaksanakan tugas di luar negara.

"Mana-mana Ahli Parlimen yang tidak hadir bersebab mereka boleh terus maklumkan kepada Speaker bertugas, sekurang-kurangnya kita tidak akan menganggap mereka ponteng sidang Dewan Rakyat," katanya.

Beliau menyifatkan gejala ponteng sidang Dewan Rakyat dalam kalangan Ahli Parlimen adalah tidak serius kerana mereka masih menghadiri persidangan kecuali mempunyai tugas di luar ketika sidang berlangsung.

Terengganu: Polis cari Mohd Arifin bantu siasatan

Rosli Ilham
am@hmetro.com.my
Mohd Arifin Syafie dikehendaki polis. Foto Ihsan PDRM
Mohd Arifin Syafie dikehendaki polis. Foto Ihsan PDRM
Chukai: Polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat bagi mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rogol di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, individu itu, Mohd Arifin Syafie, 56, diminta tampil untuk siasatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Menurutnya, pihak polis sebelum ini meminta Mohd Arifin menyerahkan diri untuk membantu siasatan, tetapi individu terbabit tidak berbuat demikian.

"Pihak polis berusaha mengesan lelaki itu termasuk di rumahnya di Kemaman, namun gagal dan individu ini diminta tampil menyerah diri bagi membantu siasatan," katanya.

Katanya, orang ramai yang mengenali dan mengetahui di mana individu terbabit berada diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Azmi Abdul Aziz di talian 014-5451969 atau balai polis berhampiran.

Jurucakap tentera Isarahell hampir ‘hilang kata’ diasak soalan wartawan CNN

Utusanonline

LONDON: Pegawai Pasukan Pertahanan Israel (IDF) diasak oleh wartawan veteran CNN, Wolf Blitzer ketika wawancara mengenai serangan udara ke atas kem pelarian di Gaza yang mengorbankan lebih 200 nyawa minggu ini.

Pegawai IDF menegaskan serangan kem pelarian terbesar Gaza di Jabalia adalah wajar kerana objektifnya untuk menghapuskan Komander Batalion Hamas, Ibrahim Biari.

Blitzer kemudian mendesak jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Richard Hecht untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keputusan meneruskan serangan itu, walaupun mengetahui nyawa ramai orang awam di kawasan berkenaan berada dalam bahaya.

“Tetapi walaupun komander Hamas itu berada di sana di tengah-tengah semua pelarian Palestin itu, Israel tetap meneruskan dan menjatuhkan bom di sana?

“Cuba membunuh komander Hamas, walaupun mengetahui bahawa ramai orang awam yang tidak bersalah, lelaki, wanita dan kanak-kanak mungkin akan dibunuh? Adakah itu yang saya dengar?” tanya Blitzer semasa wawancara yang disiarkan Rabu lalu.

Hecht kemudian mengulangi bahawa serangan itu menyasarkan seorang komander Hamas dan usaha sudah dibuat untuk meminimumkan korban orang awam.

“Kami, sekali lagi memberi tumpuan kepada komander ini dan anda akan mendapat lebih banyak data tentang siapa lelaki ini. Dia membunuh ramai orang Israel.

“Dan kami melakukan semua yang kami mampu. Ia adalah ruang pertempuran yang sangat rumit. Mungkin ada infrastruktur di sana, mungkin ada terowong di sana,” kata Hecht.

Tetap cuba mempertahankan serangan itu, Hecht mendakwa kehilangan nyawa pelarian adalah tragedi perang malah berkata, penduduk di utara Gaza sudah diberi amaran untuk berpindah ke selatan wilayah berkenaan.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan udara di kem pelarian itu menyebabkan sekurang-kurangnya 195 maut dan mencederakan lebih 777 lagi, sementara 120 orang dilaporkan masih hilang.

Hecht mendakwa serangan itu berjaya menyasarakan ramai pejuang Hamas termasuk Biari yang dianggap bertanggungjawab menghantar anggota elit unit pasukan khas Nukbha ke Israel untuk melakukan serangan pada 7 Oktober lalu.

CNN melaporkan bahawa Hamas menafikan Biari berada di lokasi serangan.

GILA!! Orang mati pun dibom!

Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Suhaila Khairie
anbia@hmetro.com.my
KAWASAN tanah perkuburan di Beit Lahiya di Gaza yang menjadi sasaran bom rejim Zionis.
KAWASAN tanah perkuburan di Beit Lahiya di Gaza yang menjadi sasaran bom rejim Zionis.
Kuala Lumpur: Bukan hanya orang yang masih hidup menjadi sasaran letupan bom tentera Israel, malah orang yang sudah mati dan disemadikan di kubur turut dibom bertalu-talu," ujar Ketua Pengarah Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan di Gaza, Abu Ayesh.

Beliau berkata, serangan menggila jet pejuang F-35 stealth dan F-16L yang menjatuhkan beribu tan bom MK 82 tidak hanya meranapkan pangsapuri penduduk dan kes pelarian malah menyebabkan beberapa kawasan tanah perkuburan di Beit Lahiya dan tanah perkuburan syuhada di Khan Younis, selatan Gaza berkecai.

Menurutnya, serangan turut ditujukan ke tanah perkuburan Al-Tunisi, Ali bin Marwan, Sheikh Shaban, Al-Sifa, Jabalia Al-Balad, dan Al-Far di Semenanjung Gaza.

"Letupan besar bukan hanya mewujudkan kawah besar di kawasan kubur malah binaan dan batu nesan yang diletakkan di kubur berkenaan hancur dan rosak teruk.

"Tidak pasti apa motif mereka (Israel) turut mengebom kawasan tanah perkuburan? Adakah orang yang sudah mati juga satu ancaman kepada mereka?

"Mereka seolah-olah mahu melepaskan geram dan menjatuhkan sebanyak mungkin bom ke Gaza. Tentera Israel mahu meluaskan serangan udara dan darat ke atas wilayah Palestin itu," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Muslim Care Malaysia (MCM) - Palestin berkata, pengeboman di kawasan perkuburan menyebabkan keluarga mangsa yang terkorban terpaksa mengebumikan jenazah di kawasan berselerakan. Ini diburukkan lagi dengan keadaan bilik mayat hospital di Gaza yang dipenuhi mayat mangsa kanak-kanak dan golongan dewasa.

"Keadaan ini memberikan tekanan baharu kepada penduduk Gaza susulan beratus mangsa terbunuh setiap hari dan angkanya terus meningkat.

"Akibatnya mayat mangsa dikebumikan secara rawak dan berselerakan di celah laluan kediaman atau tanah kosong berhampiran khemah pelarian.

"Terbaru pengeboman bertalu-talu Israel terhadap kem pelarian Jabalya dan Burqij sejak Rabu lalu, menyebabkan beribu mangsa terbunuh," katanya.

Malah, menurutnya, tentera Israel melepaskan peluru berpandu ke arah sebuah sekolah di kem pelarian itu sebelum membunuh 27 mangsa dan mencederakan ramai yang lain.

Sementara itu, Abu Ayesh berkata, melalui sidang media dilakukan Ketua Pejabat Media Kerajaan, Salama Marouf semalam, pihaknya menyambut baik pembukaan sempadan Rafah, Mesir bagi membolehkan penduduk Gaza yang cedera dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan.

"Langkah itu juga mampu memastikan bekalan dan bantuan kemanusiaan yang disumbangkan kepada penduduk Gaza dapat disalurkan.

"Sehingga semalam, angka kematian penduduk Palestin akibat serangan berterusan tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 9,061. Mangsa termasuk 3,760 kanak-kanak, 2,326 wanita manakala 32,000 yang lain cedera.

"Pasukan perubatan merekodkan lebih 10,000 mangsa dan individu hilang di bawah runtuhan. Sepanjang 26 hari konflik genosid ini, hospital Strip di Gaza menerima 8,796 mangsa, antaranya 3,648 kanak-kanak dan 2,290 wanita," katanya.

Menurutnya, kematian membabitkan 2,510 pelajar dari pelbagai peringkat usia selain kemusnahan 212 sekolah dengan 45 daripadanya tidak dapat beroperasi sepenuhnya.

"Serangan Israel ini menyebabkan 1.5 juta penduduk Gaza terpaksa meninggalkan rumah mereka. Mereka berlindung di lebih 240 lokasi di semua daerah di Strip.

"Lebih 200,000 rumah mengalami kerosakan, dengan 35,000 rumah musnah sepenuhnya. Selain itu, 82 bangunan kerajaan dan banyak kemudahan awam telah dimusnahkan, termasuk Pusat Kebudayaan Ortodoks," katanya.

Menurutnya, pertempuran darat tentera Israel dan pejuang Hamas di utara Gaza masih berlanjutan sehingga semalam, serta tiada tanda-tanda akan reda memasuki hari ke 27 serangan tentera Zionis.

'Saya terkejut... jadi saya menyorok'

Raja Noraina Raja Rahim

rnoraina@hmetro.com.my
ANTARA warga asing yang ditahan di gudang simpanan barangan di Seksyen 22 Shah Alam. FOTO Sadiq Sani
ANTARA warga asing yang ditahan di gudang simpanan barangan di Seksyen 22 Shah Alam. FOTO Sadiq Sani
Shah Alam: "Saya terkejut lihat ramai (penguat kuasa) yang datang dan kawan-kawan saya lari, jadi saya pun menyorok," kata lelaki warga Indonesia yang ditemui bersembunyi di sebalik kerusi ketika serbuan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di gudang simpanan barangan di Seksyen 22, di sini.

Lelaki berusia 26 tahun itu memberi alasan terbabit selepas ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan JIM Selangor pada 12.05 tengah malam tadi.

Selainnya, beberapa warga asing turut bersembunyi di celah barangan di dalam gudang dan di bawah tangga, dengan keseluruhan 245 warga asing berjaya ditahan.

Pengarah JIM Selangor Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, operasi dengan kekuatan 91 pegawai dan anggota dilakukan susulan aduan serta risikan sejak dua bulan lalu.

Menurutnya, seramai 244 lelaki dan seorang wanita warga asing berusia antara 20-an hingga 50-an berjaya ditahan.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh (102 orang); Nepal (61), India (58), Pakistan (20); Indonesia (3) dan Sri Lanka (1).

"Pemeriksaan awal mendapati kebanyakan mereka melakukan kesalahan menyalahgunakan pas, tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan sah," katanya kepada pemberita selepas operasi.

Khairrul berkata, kesemua warga asing ditahan itu dibawa ke Pejabat JIM Selangor untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15 Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kata beliau, sekiranya warga asing terbabit disahkan melakukan kesalahan, mereka akan ditahan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut di mahkamah.

Warga Indonesia berenang ke Singapura dari Malaysia guna beg sampah dipenjara, disebat

Bharianonline

SINGAPURA: Lelaki warga Indonesia yang dihantar pulang dan dilarang memasuki Singapura atas kesalahan imigresen sekali lagi kembali ke Singapura secara haram, kali ini berenang dari Malaysia dengan beg sampah sebagai alat pengapungan.

Mahkamah semalam menjatuhi hukuman penjara 15 bulan dan tujuh sebatan terhadap Muhammad Izal, 34, yang memasuki Singapura tanpa dikesan dan tinggal secara haram selama kira-kira 10 bulan sehingga 23 Oktober lalu.

Dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan masing-masing memasuki Singapura tanpa pas yang sah dan memasuki Singapura tanpa kebenaran apabila dihantar pulang dari Singapura pada Mei 2022.

Memetik laporan CNA, berdasarkan dokumen mahkamah, Izal pernah didakwa di Singapura sebanyak empat kali atas kesalahan imigresen.

Dia kali terakhir didakwa pada Ogos 2021 kerana memasuki Singapura tanpa pas yang sah dan pulang secara haram ke Singapura selepas dia dikeluarkan dari negara itu.

Dia disabitkan kesalahan pada September 2021 dan dijatuhi hukuman penjara setahun dan enam sebatan.

Apabila dibebaskan dari penjara pada April 2022, Izal dirujuk kepada Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk penghantaran pulang.

Sebelum Izal dihantar pulang pada 28 Mei 2022, dia diberi notis bertulis memaklumkan bahawa dia dilarang memasuki Singapura berkuat kuasa dari tarikh pengusirannya.

Notis itu menyatakan bahawa dia dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pengawal Imigresen untuk memasuki atau menetap di Singapura pada masa hadapan.

Dia juga dimaklumkan jika gagal berbuat demikian akan mengakibatkan pendakwaan dan hukuman penjara satu hingga tiga tahun jika sabit kesalahan.

Izal mengakui notis itu, meletakkan cap ibu jarinya di atasnya, dan dihantar pulang ke Indonesia pada 28 Mei 2022.

Selepas tinggal di negara asalnya hampir tujuh bulan, Izal memutuskan untuk pulang ke Singapura secara haram untuk mendapatkan pekerjaan.

Dia menaiki feri dari Batam, Indonesia ke Stulang Laut di Johor Bahru, Malaysia.

Dia menghabiskan dua malam di sana sebelum menuju ke pantai dan berenang ke Pulau Ubin Singapura.

Dia menggunakan beg sampah hitam sebagai alat pengapungan seperti dinyatakan dalam dokumen mahkamah.

Selepas sampai ke Pulau Ubin, Izal berehat setengah jam sebelum berenang menuju ke Pantai Changi.

Dia memasuki Singapura tanpa dikesan dan tinggal secara haram di Singapura selama kira-kira 10 bulan sehingga 23 Oktober tahun ini.

Dia ditahan oleh pegawai ICA di Woodlands Road apabila gagal mengemukakan sebarang bukti menunjukkan dia tinggal secara sah di Singapura.

Dia dirujuk ke cawangan penyiasatan ICA dan cap jarinya dikesan kepada seseorang yang mempunyai "rekod buruk" di bawah nama Muhammad Izal.

Dalam rayuannya, dia menyatakan kekesalan dan memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai anak dan ibu bapa yang sakit. - AGENSI

Ketua Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah: Hentikan serangan di Gaza jika tidak mahu peperangan rantau tercetus

Agensi

Hentikan serangan di Gaza jika tidak mahu peperangan rantau tercetus - Ketua Hezbollah

Sayyed Hassan Nasrallah berkata Israel melakukan kesilapan paling besar dalam sejarah sekiranya meneruskan operasi serangan terhadap Lubnan. -Gambar Agensi

KUALA LUMPUR : Ketua Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah memberi amaran keras kepada Amerika Syarikat (AS) untuk menghentikan serangan Israel di Gaza bagi mengelakkan tercetusnya peperangan di rantau itu.

Beliau ketika membuat ucapan umum pertama kali sejak tercetusnya perang Israel-Palestin pada 7 Oktober lalu tidak menolak kemungkinan bahawa situasi itu boleh berlaku dan menyifatkan ia sebagai 'kemungkinan yang realistik'.

Beliau berkata, pihaknya telah bersedia dengan segala kemungkinan termasuk berhadapan dengan kapal-kapal perang Amerika Syarikat di Mediterranean.

"Kamu rakyat Amerika, perlu hentikan keganasan di Gaza kerana itu adalah keganasan dari kamu. Sesiapa yang mahu mengelakkan peperangan di rantau ini, saya bercakap kepada anda Amerika, harus segera hentikan keganasan di Gaza," kata Nasrallah.

Beliau turut menegaskan bahawa sekiranya situasi itu tercetus, armada tentera AS tidak akan memberi apa-apa makna, malah manusia yang akan menerima akibat.

Merujuk kepada kesiapsiagaan tentera di Mediterranean, kata ketua Hezbollah itu lagi, pasukannya tidak gentar dan telah bersedia dengan segala kemungkinan termasuk ancaman AS.

Antara lain, beliau turut menyentuh kepada peningkatan serangan yang berlaku di sempadan Lubnan ketika ini juga bergantung dengan tindakan Israel ke atas Gaza.

Katanya, negara itu melakukan kesilapan paling besar dalam sejarah sekiranya meneruskan operasi serangan terhadap Lubnan.

Beliau berkata demikian dalam ucapan yang disiarkan secara penstriman video dan disaksikan segenap masyarakat selain menghimpunkan puluhan ribu penduduk di kota lama Tyre di selatan Lubnan.

Tular dakwaan pilih bulu, pengurusan Menara Petronas mohon maaf

Malaysiakini

Pengurusan Menara Berkembar Petronas memohon maaf susulan dakwaan seorang lelaki diberi layanan tidak adil oleh kakitangannya ketika mengunjungi bangunan ikonik tersebut pada Jumaat lalu.

Ini selepas lelaki itu mendakwa kakitangan menara berkembar berkenaan memberi layanan istimewa dan mendahulukan satu pasangan 'mat salih' untuk menaiki Skybridge KLCC, meskipun dia telah mendapat slot dan menunggu lebih awal.

Dalam satu kenyataan, pengurusan operasi lawatan Petronas berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

"Pihak pengurusan operasi lawatan Menara Berkembar Petronas ingin memohon maaf di atas insiden yang telah berlaku.

"Kami memandang berat perkara ini dan sedang menjalankan siasatan dengan kadar segera. Kami akan memastikan hal ini tidak berulang lagi. Segala kesulitan amat kami kesali," menurut kenyataan tersebut.

Terdahulu, tular hantaran Facebook seorang lelaki yang mendakwa amalan pilih bulu oleh kakitangan menara tersebut.

Shamsuddin Nawawi dalam hantarannya berkata dia beratur pada pukul 11.30 pagi dan dapat membeli tiket untuk slot pukul 4.00 petang bagi menaiki menara tersebut.

Kemudian katanya, dia datang semula pada jam 2 petang dan menunggu di ruang menunggu sehingga jam 3.45 petang untuk beratur bagi mengimbas tiket.

"Lebih kurang pukul 3.00 petang datanglah pegawai Melayu yang pakai tie warna Petronas itu ke kerusi bulat sebelah bertanya kepada couple Mat Salih tiket naik pukul berapa.

“Mat Salih itu jawab pukul 4.15 petang. Pegawai itu kenyit mata dan (bagi) signal suruh couple mat salih itu ke depan supaya boleh naik awal.

"Mulalah tertanya-tanya apa hal pula mat salih boleh naik dulu. Saya ini yang dah tunggu lebih awal tidak pula dilayan begitu,” ujarnya.

Apabila ditanya, Shamsuddin berkata pegawai berkenaan memberi jawapan mereka mempunyai kuasa untuk mendahulukan sesiapa yang difikirkan perlu.

"Wah...mat salih tu baru sampai, badan segar bugar bertatoo, pasangan perempuannya pun tak nampak cacat pun. Saya ini dengan rakyat yang pegang MyKid tak pula dilayan begitu,” katanya.

"Bila hati sudah panas, suara pun tinggi sikit, pegawai pakai tie Petronas itu cuba bagi alasan. Give me a minute to explain...give me a minute to explain. Saya akan panggil encik juga lepas ini.

"Lepas ini? Lepas mat salih dah dilayan penuh keistimewaan?

"Encik, saya bukan racist katanya. You admit you are racist! Kalau saya nampak mat salih itu naik dulu dari saya, you will see my posting in Facebook! Itu amaran saya," kata Shamsuddin.

Menurutnya, seorang lagi kakitangan ketika dia mengadukan perkara tersebut berkata "Up to youlah Encik. Reportlah kepada management janganlah masuk Facebook. Profesionallah sikit".

Susulan cabaran itu Shamsuddin berkata dia menulis kejadian tersebut di Facebook untuk dibaca oleh semua orang.

"Kalau management #Petronas Twin Tower nampak, nak komen boleh, nak berhujah pun boleh. Nak bukti, boleh tengok CCTV," katanya mendakwa satu pasangan dari Sarawak juga menyaksikan kejadian berkenaan.

Buruh asing boleh diusir jika kahwin warga tempatan

Muhammad Yusri Muzamir
yusri.muzamir@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Buruh asing dilarang mengahwini rakyat tempatan sepanjang tempoh mereka memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di negara ini.

Kegagalan mematuhi peraturan itu menyebabkan permit pekerjaan mereka terbatal secara automatik dan diusir dari negara ini serta-merta seperti termaktub mengikut Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155).

Keadaan itu menyebabkan rakyat tempatan, terutama wanita berisiko ditinggalkan pasangan masing-masing jika bertegas mahu berkahwin dengan pemegang PLKS kerana perbuatan itu melanggar undang-undang imigresen negara.

PLKS ialah permit kerja untuk warga asing bekerja secara sah di negara ini diberi kepada tujuh sektor bagi tempoh satu hingga 10 tahun yang ditetapkan kerajaan, selain ciri khas dipamerkan pada pasport individu terbabit.

Namun, status perkahwinan pasangan Muslim terbabit adalah sah, jika pernikahan memenuhi syarat sah nikah dan perceraian pula hanya boleh berlaku jika permohonan cerai dikemukakan ke Mahkamah Syariah.

Bagi pasangan bukan Islam pula, mereka turut berdepan risiko sama, tetapi Mahkamah Tinggi Sivil mempunyai bidang kuasa membubarkan pendaftaran perkahwinan terbabit.

Pemegang PLKS yang mahu berkahwin dengan pasangan warga asing yang menetap atau bekerja di Malaysia pula perlu merujuknya kepada kedutaan masing-masing.

Justeru, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata pihaknya mahu mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkuasa agama negeri berhubung syarat perkahwinan rakyat tempatan dan warga asing, terutama pemegang PLKS.

Katanya, terdapat dakwaan berlaku ketidakseragaman, menyebabkan syarat dan peraturan ketat ditetapkan imigresen berhubung urusan perkahwinan rakyat tempatan dan warga asing terutama pemegang PLKS dibolosi.

"Sesi libat urus ini bertujuan mewujudkan garis panduan dan prosedur operasi standard jelas bagi permohonan perkahwinan membabitkan pasangan warga asing dan rakyat tempatan.

"Secara dasarnya, urusan perkahwinan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri dan imigresen hanya boleh menyatakan bantahan bagi sesuatu permohonan perkahwinan jika ia melanggar akta ditetapkan.

"Imigresen juga tidak memiliki kuasa untuk membubarkan perkahwinan, termasuk bagi pasangan rakyat tempatan dan pemegang PLKS.

"Apa yang kita boleh lakukan jika melanggar Akta Imigresen ialah menamatkan permit diberi dengan serta-merta dan mengusir warga asing terbabit pulang ke negara asalnya," katanya kepada BH.

Perguna wanita tempatan

Baru-baru ini, BH melaporkan lelaki warga asing, terutama Pakistan sanggup 'membutakan mata', memilih wanita tempatan sebagai pasangan hidup termasuk yang sudah berusia, semata-mata mahu tinggal di negara ini dan membuka perniagaan menggunakan nama isteri.

Tahun lalu, Pengarah Imigresen Kelantan, Azhar Abdul Hamid, dipetik berkata, 15 permohonan dibuat warga asing dibatalkan kerana mereka hanya menggunakan isteri yang juga penduduk tempatan untuk membuka perniagaan.

BH pada September 2019 mendedahkan, mengahwini wanita tempatan antara taktik diguna lelaki warga Pakistan untuk menjalankan perniagaan dengan lokasi tumpuan di pinggir bandar dan penempatan setinggan yang jarang digempur pihak berkuasa.

Taktik lain, mereka menggunakan nama warga tempatan atau mengambil alih perniagaan sedia ada milik penduduk dengan membayar sewa tertentu, tanpa menukarkan penama pada lesen perniagaan.

Ada juga pasangan lelaki Pakistan dan wanita tempatan berasal dari Sabah, berkahwin di Semenanjung sebelum memohon pas lawatan sosial suami asing kepada warga negara di negeri bawah bayu itu.

Laporan eksklusif BH pada Mei 2017 pula mendedahkan, Jabatan Agama Islam Selangor dan Pahang gagal mematuhi undang-undang imigresen, menyebabkan buruh asing mudah berkahwin dengan rakyat tempatan.

Malah, wanita tempatan mengahwini buruh asing yang tidak mematuhi syarat dan prosedur perkahwinan ditetapkan imigresen, boleh dikenakan tindakan kerana melindungi pendatang tanpa izin (PATI).

Tindakan menyembunyi atau melindungi PATI menyalahi Seksyen 55E(1) Akta 155 (Pindaan 2002) dan sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun dan enam sebatan.

Ruslin berkata, warga asing yang mahu berkahwin dengan warga tempatan perlu mengisi borang khas dengan lengkap termasuk maklumat majikan dan kaedah ini antara lain dapat mengesan sama ada warga asing terbabit dibenar berbuat demikian.

Beliau berkata, pihak berkuasa agama yang menerima maklumat awal permohonan perkahwinan itu sepatutnya merujuk kepada imigresen jika mendapati wujud pertentangan akta yang tidak membenarkan perkahwinan itu berlaku.

"Sebenarnya kemasukan warga asing ke negara ini secara sah hanya bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mengikut sektor yang ditetapkan dan bukannya untuk berkahwin," katanya.

Zakir Naik hasrat derma RM1.52 juta dari Ramasamy untuk Palestin

Malaysiakini

Pendakwah Zakir Naik merancang mendermakan wang ganti rugi RM1.52 juta daripada bekas timbalan ketua menteri II Pulau Pinang P Ramasamy kepada perjuangan Palestin.

Zakir menyatakan penghargaannya kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana memberikan ganti rugi fitnah dalam saman sivilnya terhadap Ramasamy.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mahkamah Tinggi Malaysia kerana mengarahkan Ramasamy, bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, untuk membayar saya RM1.52 juta sebagai ganti rugi fitnah.

"Saya berhasrat mendermakan jumlah penuh RM 1.52 juta kepada perjuangan Palestin.

“Saya berdoa semoga Allah menerima daripada saya ikhtiar yang tidak seberapa ini (dengan niat) kerana-Nya," katanya pada satu hantaran di Facebook.

Menurut pendakwah itu lagi, rakyat Palestin menjalankan kewajipan bersama bagi pihak semua umat Islam dengan melindungi Masjid Al-Aqsa.

"Saya berdoa semoga Allah memberikan keteguhan dan kemenangan kepada perjuangan Palestin.

"Semoga Dia meringankan penderitaan saudara-saudara kita di Palestin, menguatkan mereka melawan penindas mereka, dan memasukkan para syuhada mereka ke darjat tertinggi di Syurga. Amin," katanya.

Pada Khamis, mahkamah sivil membenarkan dua saman sivil oleh warga India itu terhadap bekas ahli DAP tersebut.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz memutuskan ketiga-tiga unsur fitnah telah dibuktikan oleh Zakir bagi lima kenyataan terbuka yang dibuat oleh Ramasamy.

Mahkamah kemudian memerintahkan Ramasamy membayar sejumlah RM1.45 juta sebagai ganti rugi fitnah kepada Zakir, dan RM70,000 lagi untuk kos.

Susulan keputusan mahkamah itu, Ramasamy telah melancarkan kempen mengumpul dana untuk membantunya membayar Zakir.

Difahamkan setakat semalam, kempen itu telah mengumpul lebih RM230,000.

26 maut dalam kebakaran di klinik pemulihan dadah di Iran

Bernama

TEHRAN: Sekurang-kurangnya 26 orang maut dan 18 lagi cedera dalam kebakaran di klinik pemulihan dadah di Iran pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa memetik laporan media tempatan.

Kebakaran itu berlaku di Langarud, sebuah bandar raya di utara Iran.

Punca kebakaran belum dikenal pasti, lapor agensi berita ISNA, memetik pihak berkuasa tempatan.

Lima lagi dilaporkan hilang,

-- BERNAMA

SPRM: Rasuah dalam sektor swasta membimbangkan

Rex Tan

KUALA LUMPUR: Seramai 1,307 individu daripada sektor swasta ditahan atas dakwaan rasuah antara 2018 dan 2022, menurut pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, Hafaz Nazar berkata 357 daripadanya didakwa di mahkamah.

Dalam tempoh sama, katanya, SPRM menerima maklumat kira-kira 4,960 kes dan membuka 1,060 kertas siasatan.

Bercakap dalam forum Pembangunan Lestari Bebas Rasuah, Hafaz menyifatkan statistik itu “membimbangkan”.

Beliau berkata, rasuah dalam sektor swasta dan awam biasanya berlaku membabitkan pemerolehan awam.

“Selalunya, ada pemberi dan penerima, tetapi kami memandang serius perkara ini,” katanya sambil menambah Akta SPRM dipinda untuk ia mengambil tindakan terhadap organisasi komersial, bukan hanya memfokuskan individu korup.

Seorang lagi speaker dalam forum itu mencadangkan rasuah dalam sektor swasta mungkin berpunca daripada kekurangan peluang sama rata dalam ekonomi negara.

Pushpan Murugiah, ketua pegawai eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme berkata perusahaan kecil dan sederhana kini berdepan saingan semakin sengit daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menurutnya melencong daripada “laluan asal” mereka ke “bidang lain”.

Justeru, beliau menggesa Putrajaya memastikan GLC kekal kepada matlamat asal supaya tidak menjejaskan sektor swasta.

'Darah, peluru, keganasan Israel' - Menu restoran makanan segera digodam

Malaysiakini

Pengurus sebuah restoran makanan segera di Kuala Langat, Selangor membuat laporan polis berkenaan papan menu digital restoran digodam.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata dua suspek yang merupakan warga Malaysia ditahan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur berhubung kes tersebut.

Hussein berkata, pengurus restoran itu membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Langat pada 31 Oktober lalu.

"Papan menu digital tersebut tiba-tiba telah berubah imej kepada paparan gambar produk makanan restoran makanan segera tersebut, mengandungi imej darah, bom, peluru dan tulisan 'proud sponsors of Israeli terrorism'.

"Ekoran daripada laporan ini, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya yang tidak menamakan nama restoran itu.

Seksyen 504 Kanun keseksaan berkenaan kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 pula berkaitan perlakuan menghina, sama ada menerusi perkataan atau perlakuan, dengan niat menggangu keamanan atau membuat provokasi terhadap orang lain.

Hussein berkata lagi, polis turut merampas telefon milik suspek, yang kedua-duanya berusia 26 tahun.

"Kedua-dua suspek telah direman selama empat hari bermula 2 November lalu untuk membantu siasatan dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya lagi.

Sejak tercetus semula konflik di Gaza pada 7 Oktober lalu, ramai pihak menggesa boikot terhadap perniagaan dan barangan yang dikaitkan dengan Israel.

Antaranya adalah restoran makanan segera McDonald's, yang menjadi perhatian setelah restoran itu membekalkan makanan percuma kepada tentera Israel.

Susulan itu, McDonald's Malaysia yang merupakan milik tempatan menjelaskan tindakan McDonald's Israel tidak mencerminkan pendirian mereka.

Pada 17 Oktober lalu, McDonald's Malaysia berkata pihaknya telah menyumbang RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin yang dilancarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Hari ini, Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali memuji komitmen rakyat Malaysia untuk memboikot perniagaan dan barangan yang dikaitkan dengan Israel.

"Pemboikotan ke atas mana-mana produk dan francais yang menyokong Israel membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin," katanya.

Pahang: 2 cedera kereta api, lori berlanggar

Bernama
Keadaan kereta api dan lori selepas berlanggar di KM167.80 Jerantut-Kuala Krau dekat Kampung Pisang semalam. (Gambar PDRM)
KUANTAN: Seorang pemandu lokomotif dan pembantunya cedera selepas kereta api dikendalikan mereka melanggar sebuah lori muatan sawit di KM167.80 Jerantut-Kuala Krau dekat Kampung Pisang di Jerantut, semalam.

Ketua Polis Jerantut, Azman Mat Kamis, berkata 10 penumpang kereta api itu tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu lokomotif berumur 35 tahun luka di bahagian kaki dan pembantunya berumur 26 tahun cedera di paha kanan dalam kejadian kira-kira 5.25 petang itu.

Beliau berkata, kemalangan itu berlaku semasa kereta api berkenaan dalam perjalanan dari Jerantut menuju Gemas, Negeri Sembilan apabila sebuah lori tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan landasan yang menyebabkan kedua-duanya berlanggar.

“Akibat pelanggaran itu, cermin depan kereta api pecah, manakala lori berkenaan remuk dengan teruk,” katanya ketika dihubungi.

Pemandu lori itu dipercayai melarikan diri dan kes disiasat Keretapi Tanah Melayu Berhad mengikut Akta Keretapi 1991.

Tiga negara Asia Tenggara iktiraf Palestin secara eksklusif

HomeBerita

K PRAGALATH

Tahukah anda? Hanya tiga negara di Asia Tenggara yang memberi pengiktirafan eksklusif kepada Palestin.

Negara-negara tersebut adalah Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam.

Dua negara pula mengiktiraf Israel secara eksklusif, iaitu Singapura dan Myanmar.

Negara-negara lain di rantau Asia Tenggara yang mengiktiraf Israel dan Palestin ialah Negara Thai, Laos, Kemboja, Vietnam, Filipina dan Timpr Leste.

Kesemua negara yang tersenarai adalah negara anggota ASEAN.

Dari sudut hubungan luar, Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Negara-negara Asia Tenggara lain mempunyai hubungan diplomatik dan ada kedutaan Israel di negara masing-masing.

Negara terbaru dalam Asean – Timor Leste pula menjalinkan hubungan dengan Israel menerusi Singapura.

Lelaki Myanmar ditahan kelar leher rakan pasang muzik kuat

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang warga Myanmar ditahan kerana dipercayai mengelar leher rakannya dengan pisau di sebuah asrama pekerja di Jalan Pantai Puteri, Melaka, semalam.

Dalam kejadian 3 petang itu, pergaduhan dipercayai berpunca daripada suspek 28 tahun yang sedang mabuk, berang terhadap mangsa 35 tahun memasang muzik dengan kuat.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit berkata kejadian itu disedari penyelia asrama 49 tahun yang mendapati tiga lelaki Myanmar bergaduh dalam bilik asrama.

Katanya penyelia itu memaklumkan setibanya di lokasi kejadian, mangsa dalam keadaan berdarah dan luka di leher.

Beliau berkata penyelia itu segera merampas pisau pemotong sayur dipercayai digunakan dalam pergaduhan dari tangan suspek.

“Dia kemudian menyuruh pemandu kilang membawa mangsa ke sebuah klinik swasta di Tangga Batu untuk mendapatkan rawatan awal, sebelum mangsa dihantar ke Hospital Melaka,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata suspek ditahan di asrama itu pada 6.50 petang dan mengaku terbabit pergaduhan itu ketika disoal siasat.

“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata.”

3 polis di Sungai Petani ditahan disyaki terbabit urus niaga dadah

Wartawan NSTP
am@hmetro.com.my

Alor Setar: Tiga anggota Balai Polis Merbok, Sungai Petani ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad lalu, kerana disyaki terbabit dalam urus niaga dadah.

Sumber berkata, susulan daripada tangkapan itu, pegawai SPRM melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan Proton Waja milik Balai Polis Merbok dan menemui dadah di ruang tempat letak tayar simpanan.

Katanya, tiga suspek berpangkat Koperal berusia 32 tahun dan dua Lans Koperal berusia 35 dan 27 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"Antara barangan ditemui adalah dadah dipercayai heroin seberat 33.88 gram, dadah dipercayai syabu seberat 19.5 gram dan dadah dipercayai ganja seberat 13.99 gram.

"Nilai rampasan kesemua dadah berkenaan adalah dianggarkan RM3,290," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing ke atas tiga anggota terbabit mendapati mereka bebas pengaruh dadah.

Katanya, SPRM masih melakukan siasatan lanjut kerana kes dipercayai turut membabitkan sogokan wang tunai berjumlah RM5,000.

Sementara itu, jurucakap SPRM Kedah mengesahkan tangkapakan ke atas tiga anggota polis terbabit, namun enggan mengulas lanjut.

Bekas CEO anak syarikat TH mula hukuman penjara 5 tahun

V Anbalagan
Mahkamah Rayuan mengesahkan sabitan mahkamah rendah terhadap Nor Badli Munawir Alias Lafti atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan dua pertuduhan pengubahan wang haram. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai eksekutif TH Heavy Engineering Bhd (THHE) akan mula menjalani hukuman penjara lima tahun hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah jenayah (CBT) berjumlah RM1.57 juta dan pengubahan wang haram berjumlah RM1.1 juta, 10 tahun lalu.

Sebelum ini, Nor Badli Munawir Alias Lafti, 57, diikat jamin RM600,000 sementara menunggu keputusan rayuan terakhirnya di Mahkamah Rayuan hari ini.

THHE dahulunya merupakan syarikat bersekutu Tabung Haji.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera berkata Mahkamah Sesyen mahupun Mahkamah Tinggi tidak membuat sebarang penemuan tidak munasabah untuk mewajarkan campur tangan rayuan.

“Selain itu, hakim bicara mempunyai kelebihan audio dan video dalam membuat penemuan fakta,” kata Vazeer, yang bersidang bersama Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim dan Azmi Ariffin untuk mendengar rayuan itu.

Nor Badli pada asalnya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun serentak oleh Mahkamah Sesyen bagi setiap tiga tuduhan CBT dan dua kesalahan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Bagaimanapun, ia kemudiannya ditambah kepada lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi. Mahkamah Rayuan kemudian mengurangkannya kembali kepada lima tahun tetapi memerintahkan ia bermula hari ini.

Nor Badli, bapa kepada enam anak, telah menyeleweng tiga keping cek bernilai RM400,000, RM570,000 dan RM600,000 di pejabat THHE Fabricators Sdn Bhd di Bangsar di sini antara April dan Oktober 2013.

Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Nor Badli terlepas daripada hukuman rotan kerana berusia lebih 50 tahun.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram pula, Nor Badli disabitkan bersalah menerima RM570,000 daripada pengarah Bicara Sepakat Sdn Bhd Murhasmee Mukhtar di sebuah restoran di Ara Damansara, Petaling Jaya pada 26 Jun 2013.

Dia juga disabitkan bersalah menerima RM600,000 lagi hasil aktiviti haram daripada Murhasmee di restoran sama pada 11 Sept 2013.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan .

Peguam Kitson Foong, Hisyam Teh Poh Teik, K Kumaraendran, Chew Jee San dan Vam Shir Mooi mewakili Nor Badli.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah, Parveen Hamedah Natchiar dan Aida Khairuleen Azli.

Suami maut, isteri parah, telekung tersangkut di tayar motosikal

NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH: Seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas telekung dipakai wanita terbabit tersangkut di tayar motosikal yang dinaiki mereka yang kemudiannya mengakibatkan kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas dalam kejadian di Jalan Juasseh Terusan Seberang di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, kejadian pada pukul 7 perang itu berlaku berdekatan Masjid Kariah Juasseh Seberang itu dan pasangan suami isteri tersebut dalam perjalanan ke masjid bagi menunaikan solat maghrib.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku semasa motosikal jenis Yamaha 135 LC yang ditunggang seorang lelaki Melayu berumur 64 tahun dan pembonceng iaitu seorang wanita Melayu berumur 60 tahun dari rumah menghala ke masjid.

“Apabila sampai di lokasi kemalangan, dipercayai telekung pembonceng telah termasuk di bahagian tayar belakang lalu motosikal telah hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya.

“Akibat dari kemalangan tersebut, penunggang dan pembonceng telah di bawa ke Hospital Kuala Pilah untuk menerima rawatan lanjut.

“Pada kira-kira pukul 3.53 pagi tadi, anggota Kaunter Aduan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, telah menerima panggilan telefon dari Unit Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah memaklumkan penunggang motosikal tersebut telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di zon merah,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jelas Amran, pembonceng mengalami kecederaan di bahagian muka, bibir berjahit dan patah beberapa batang gigi. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN.

‘Kami rela mati di bumi Palestin daripada menjadi pelarian’

Shamz Johan

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata rakyat negara itu tidak akan menjadi pelarian di mana-mana negara.

Sebaliknya, tegasnya, mereka lebih rela untuk mati dan bertekad mempertahankan bumi Palestin daripada dibawa ke negara lain sebagai pelarian.
Walid Abu Ali
"Kami tidak akan sekali-kali menerima untuk menjadi pelarian di mana-mana negara pun.

“Kami meminta Malaysia membantu kami mendapatkan hak untuk kembali (ke Palestin), kami mahu tinggal di Palestin dan kami mahu mati di Palestin," katanya pada sidang media di Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur, hari ini.

Walid menjawab soalan berkaitan cadangan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Hubungan dan Perdagangan Antarabangsa, Wong Chen kepada kerajaan supaya membawa rakyat Palestin yang terkesan di sempadan Rafah untuk diberikan bantuan di Malaysia.

MP PN dakwa ada orang nak jumpa, minta tukar sokongan

Shakira Buang

Dua ahli parlimen pembangkang hari ini mendakwa telah dihubungi pihak tertentu - yang tidak dapat disahkan kesahihan identitinya oleh Malaysiakini - meminta mereka berpaling tadah untuk menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Kubang Pasu, Ku Abd Rahman Ku Ismail dan Ahli Parlimen Besut, Che Mohamad Zulkifly Jusoh membuat dakwaan tersebut pada sidang media yang disertai pemimpin PN hari ini.

Ini susulan dakwaan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan semalam bahawa ahli parlimen PN diberi tawaran menarik sebagai habuan berpaling tadah termasuklah pelawaan mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ku Abd Rahman berkata dirinya telah dihubungi seseorang menerusi pesanan aplikasi WhatsApp yang menawarkan untuk membuat projek pembinaan hotel di kawasannya.

“Saya dapat mesej daripada seseorang, rupanya dia sudah teliti latar belakang kita dan kaji kawasan saya.

“Dia cadang nak buka hotel butik di kawasan saya di belakang Darulaman Golf Club.

Email dari ‘Datuk Rizal Adham’

"Saya terus blok dia,” katanya tanpa menjelaskan mengenai habuan yang didakwa ditawarkan untuk menukar sokongan.

Ahli Parlimen Besut, Che Mohamad Zulkifly Jusoh (gambar, atas) pula mendakwa dia turut dihubungi seseorang yang dinamakan Datuk Rizal Adham.

Che Mohamad berkata dia mendapat satu e-mail bahawa individu berkenaan bercadang untuk membina hotel 40 bilik di Parlimen Besut.

“Saya baru terima satu e-mail daripada Datuk Rizal Adham, cadangan pembangunan hotel 40 bilik dilengkapi kolam renang dan pasar raya runcit di Parlimen Besut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan (gambar, bawah) pada sidang akhbar sama turut menegaskan pihaknya tidak akan meneruskan rundingan dengan wakil kerajaan mengenai peruntukan sama rata wakil rakyat pembangkang.

Menurut Takiyuddin, ini selepas rundingan diketuai Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof meminta pembangkang menulis surat kepada kerajaan dengan menyatakan jaminan tertentu.

Bagaimanapun, ahli parlimen Kota Bharu itu tidak menjelaskan jaminan atau aku janji diminta oleh pemerintah.

“Dulu masa Ismail Sabri Yaakob (PM9), kerajaan yang tawar kepada pembangkang untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU)…

"Kali ini kenapa kita pula kena hantar surat dan memberi aku janji tertentu?

“Sebab itulah terhentinya, kita tak akan tulis apa-apa untuk dapatkan peruntukan ahli parlimen,” katanya pada sidang media yang sama.

Tiga sekolah PBB lindungi 20,000 penduduk Gaza dibom Israel

Malaysiakini
story-image
Sekolah milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNRWA) yang melindungi kira-kira 20,000 pelarian di utara Gaza dibom tentera Israel pada Khamis, membunuh sekurang-kurangnya 20 orang, kata agensi berkenaan.

“Ini adalah sekolah rasmi UNRWA di mana kami memberi perlindungan kepada sejumlah orang yang hilang tempat tinggal di Utara Gaza.

“Tempat perlindungan ini telah dimaklumkan dengan jelas, lokasinya diketahui, dan kami mempunyai ribuan orang ketika itu yang mencari perlindungan.

"Laporan pertama yang datang dari Jabalia (kem pelarian, yang menempatkan sebuah sekolah PBB) menunjukkan lebih 20 orang telah terbunuh," kata ketua UNRWA Philippe Lazzarini kepada CNN.

Dia menambah kemusnahan dan jumlah orang yang terkorban di Gaza begitu dahsyat sehingga ia "tidak boleh dianggap sebagai kerosakan sampingan lagi."

Dakwaan fosforus putih digunakan

Penyiar berita Palestin, Al Aqsa melaporkan fosforus putih dijatuhkan ke kawasan sekolah-sekolah ini, sepadan dengan video yang dimuat naik di media sosial yang dikatakan dirakam dari tempat kejadian.

Kakitangan kesihatan yang bertugas di Gaza memberitahu Sky News bahawa fosforus putih digunakan berdasarkan penilaian mereka terhadap individu yang cedera dalam serangan Israel.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, fosforus putih, yang sering digunakan oleh tentera untuk menerangi medan perang dan mencipta pelindung asap, "boleh menyebabkan luka bakar yang dalam dan teruk, meresap hingga ke tulang, dan diketahui boleh menyala semula selepas rawatan awal".
Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata ia boleh menyebabkan menyebabkan kebakaran pada manusia, bangunan, dan kawasan sekitarnya. Senjata pembakar dihadkan di bawah perjanjian PBB.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) Peter Lerner bagaimanapun berkata dia tidak tahu bahan itu digunakan dalam senjata IDF di Gaza.

"IDF beroperasi dalam lingkungan peraturan konflik bersenjata. Alat yang kami gunakan adalah dalam undang-undang kemanusiaan.

"Undang-undang konflik bersenjata tidak melarang penggunaan fosforus digunakan.

"Saya tidak tahu dalam mana-mana keadaan di mana ia telah digunakan tetapi ia boleh digunakan," katanya kepada Sky News.

Pemerhati Hak Asasi Manusia dan Amnesty International berkata analisis mereka terhadap pertempuran mengesahkan bahawa IDF menggunakan fosforus putih di Gaza dan Lubnan, tetapi dinafikan IDF.

Jumlah kematian di Palestin meningkat lebih 9,000

Kementerian Kesihatan Gaza berkata lebih 9,000 rakyat Palestin telah terbunuh manakala Israel berkata lebih 1,400 rakyatnya telah terkorban sejak keganasan meletus pada 7 Okt.

Mereka kebanyakannya ialah orang awam dan termasuk kanak-kanak. Lebih 200 warga Israel telah dijadikan tebusan oleh Hamas pada 7 Okt lalu.

Sementara itu, IDF memberitahu CNN bahawa keluarga yang terbunuh dalam pengeboman Israel di kem pelarian Jabalia sepatutnya tidak berada di situ dan sepatutnya dipindahkan.

Mengulas klip video Reuters yang menunjukkan seorang lelaki menyenaraikan nama 15 ahli keluarganya yang terbunuh dalam serangan itu, jurucakap IDF Jonathan Conricus berkata: "Apa yang boleh saya katakan kepada lelaki itu, tanpa sedikit sinis pun, kamu sepatutnya berpindah, kamu dan keluarga kamu, kamu tidak sepatutnya berada di sana."

Dia juga berkata pelarian di kem Jabalia sedar mengenai dakwaan operasi Hamas di situ dan sepatutnya tahu akan berlaku pertempuran hebat di kawasan itu.

Ketika ditanya oleh CNN sama ada wajar meminta ribuan pelarian dan orang miskin keluar dalam tempoh singkat, Cornicus berkata Jabalia bukan kem pelarian sementara tetapi kediaman tetap rakyat Palestin.

"Mereka bukan pelarian sama seperti nenek moyang saya bukan pelarian yang datang dari Poland dan Maghribi pada tahun 1948," katanya.

Kem pelarian Jabalia adalah kem pelarian terbesar di Gaza, dan merupakan tempat tinggal bagi orang Palestin yang telah berdepan dalam pelbagai peperangan dengan Israel sejak tahun 1948.

IDF berkata ia menyasarkan pemimpin Hamas, Ibrahim Biari, yang bersembunyi di situ dan telah terbunuh dalam serangan itu. Hamas menafikan perkara ini.

Keadaan makin tidak terkawal

Sempadan Gaza dikawal ketat oleh Mesir dan Israel sejak tahun 2005 apabila Hamas mengambil alih, dengan mengenakan sekatan perdagangan dan bekalan kepada penduduk awam.

Lazzarinni dari UNRWA berkata sebelum 7 Okt, komuniti antarabangsa yang diketuai UNRWA menyediakan separuh daripada keperluan makanan untuk 1.2 juta orang yang tinggal di Gaza.

Ia disediakan melalui kira-kira 500 trak bantuan yang memasuki Gaza setiap hari melalui persimpangan Rafah ke Mesir, tetapi kurang daripada 300 trak yang membawa bantuan dibenarkan masuk ke Gaza sejak 7 Okt, katanya.

Dia berkata keadaan terdesak dan keadaan yang makin tidak terkawal menyebabkan kakitangan UNRWA sukar mengangkut roti dari kedai roti ke tempat perlindungan mereka, memandangkan terdapat ratusan orang yang kelaparan di hadapan kedai roti itu mencari makanan.

Dia menambah perkhidmatan tersebut juga perlu ditutup dalam masa beberapa hari jika bahan api terus disekat daripada memasuki Gaza.

Menurutnya UNRWA berjaya mendapatkan bahan api daripada entiti komersial di Gaza selepas bekalan mereka kehabisan, tetapi ia juga semakin berkurang dengan cepat.

"Dalam beberapa hari mendatang, kami tidak akan dapat membekalkan kedai roti, hospital dan stesen air dan pada hari-hari mendatang kami mungkin tidak dapat mengalihkan trak kami ke Genting Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada 700,000 orang yang berlindung di tempat kami dan penduduk yang lain," katanya.

Dia menambah mereka yang mematuhi amaran Israel dan berpindah ke selatan Gaza dengan membawa sedikit barangan juga menderita akibat kekurangan sumber.

Hamas beri amaran tentera Israel akan dibawa pulang dalam 'beg mayat'

Malaysiakini

Sayap tentera Hamas, Briged Izzuddin Al-Qassam, memberi amaran bahawa tentera Israel akan dibawa pulang ke rumah mereka dalam “beg mayat hitam”.

“Gaza akan menjadi sumpahan sejarah buat Israel,” kata jurucakapnya Abu Obeida, menurut South China Morning Post.

Ini selepas tentera Israel mendakwa telah mengepung bandar Gaza yang padat dengan penduduk berikutan perluasan operasi darat.

Al Jazeera melaporkan penasihat kanan krisis Amnesty International, Donatella Rovera sebagai mendakwa bahawa Israel telah menggunakan fosforus putih sebagai senjata di kawasan awam berdasarkan siasatan terhadap empat insiden pada 10, 11, 16 dan 17 Okt.

“Insiden yang berlaku menimbulkan kebimbangan kerana fosforus putih telah digunakan oleh tentera Israel pada masa lalu yang membawa kesan buruk kepada penduduk awam.

“Ini adalah sesuatu yang tidak boleh digunakan di kawasan yang terdapat orang awam. Ia bukan senjata terlarang – ia boleh digunakan di medan perang dan tentera menggunakannya secara sah – tetapi ia tidak sepatutnya digunakan di tempat yang ada orang awam,” katanya kepada Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen, ketua kakitangan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) Herzi Halevi berkata bandar Gaza dikepung dari tiga sisi dan tentera bertempur dalam jarak dekat.

“[Pasukan Israel] berada di tengah-tengah Gaza utara, beroperasi di Bandar Gaza, di sekelilingnya,” katanya dipetik The Guardian.

Perkembangan terkini itu berlaku ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Anthony Blinken menuju ke Israel dan Jordan untuk mengadakan rundingan mengenai genjatan senjata.

Blinken berkata dia bercadang membincangkan langkah konkrit untuk mengurangkan kemudaratan kepada orang awam di Gaza.

Terdahulu, Presiden AS, Joe Biden berkata konflik yang sedang berlaku yang telah menyebabkan ribuan nyawa terkorban sejak 7 Oktober lalu, perlu dihentikan untuk sementara waktu.

Menurut BBC, dia membuat kenyataan itu selepas seorang mengganggunya ketika berucap dalam satu kempen di Minneapolis bagi menggesa supaya gencatan senjata diadakan.

"Saya rasa kita perlu henti seketika," jawabnya, sambil menambah langkah itu akan membolehkan tebusan dibebaskan.

Dalam meneliti misi Blinken, BBC menyatakan bahawa diplomat AS mempunyai tugas mencabar - meyakinkan Israel tentang sokongan berterusan AS sambil meningkatkan tekanan untuk mengurangkan kemudaratan kepada penduduk awam di Gaza. Kemusanahan di wilayah Palestin itu meningkatkan ketegangan dengan jiran-jiran Arab Israel dan berisiko untuk meluaskan konflik.

“Blinken berkata dia mahu bercakap dengan pemimpin di seluruh rantau ini pada hari-hari mendatang mengenai cara memastikan keamanan berkekalan antara Israel dan Palestin.

“Merencanakan masa depan jangka panjang mungkin sukar, bagaimanapun, jika setiausaha tidak dapat memberikan jaminan baharu – dan bukti – kekangan Israel kepada pemimpin Arab apabila setiausaha bertemu dengan mereka pada hujung minggu,” tambahnya.

Sementara itu, dalam temu bual dengan BBC, warga Israel Yoni Asher, 37, yang isteri dan dua anak perempuannya masih menjadi tebusan, berkata kanak-kanak harus dihindari daripada konflik itu.

Menjawab soalan mengenai perasaannya terhadap laporan bahawa ribuan kanak-kanak telah terbunuh dan cedera di Gaza, dia menjawab: "Kanak-kanak adalah kanak-kanak, tidak kira dari negara mana mereka berasal."

"Kanak-kanak perlu dihormati. Saya tidak boleh membenci walaupun anak-anak musuh saya. Bagaimana anda boleh membenci kanak-kanak?" tambahnya.

PDRM tubuh pasukan khas siasat kematian pelajar perempuan

Bernama

Sebuah pasukan siasatan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat secara terperinci, kes kematian pelajar wanita berusia 22 tahun yang ditemukan berhampiran sebuah pusat hiburan di bandar raya ini pada 16 Okt lepas, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Beliau berkata menerusi penubuhan pasukan khas itu juga, pihaknya memberi jaminan akan mempercepatkan siasatan kes terbabit.

“Pasukan Petugas ini untuk menyemak kembali siasatan, meneruskan siasatan dan percepatkan siasatan itu, seterusnya kita akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan seterusnya.

“Saya menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi sepanjang siasatan ini dan kita berjanji untuk cepatkan siasatan, kerana ia telah pun diberi komen dan mendapat keprihatinan Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Chong pada 25 Okt lepas di Dewan Rakyat, yang memohon pasukan penyiasat PDRM dihantar ke Kuching bagi mencari kebenaran di sebalik kematian wanita itu, yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Menurut Chong, keluarga mangsa memaklumkan ujian air kencing ke atas mangsa mengesan tiga jenis dadah.

Pada 18 Okt lepas, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah dalam satu kenyataan berkata mangsa yang merupakan penuntut di sebuah pusat pengajian swasta di ibu kota, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan berhampiran sebuah pusat hiburan dan disahkan meninggal dunia.

- Bernama

Kekejaman tak terbatas Israel dan kemunafikan dunia

HarapanDaily.com

Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad

Semakin terhubungnya dunia dengan peperangan dan bencana seluruh dunia melalui media, semakin tidak prihatin serta acuh tak acuh sikap kita terhadap isu isu ini..

Dengan paparan media yang lebih terhad pada tahun 1960-an, kekejaman perang Vietnam membawa kemarahan dan protes awam yang cukup memberi impak.

Mungkin panca indera kita telah lali dibius sehingga kebas dengan jumlah pembunuhan yang mengerikan yang kita lihat setiap jam di media, sehingga kita menjadi tidak peka terhadap penderitaan orang lain. Kita terus menikmati makan malam kita sambil menyaksikan kelaparan dan pembunuhan beramai-ramai yang kejam di Gaza di televisyen.

Masyarakat dunia menyaksikan sementara kerajaan setiap negara memejamkan mata dari kekejaman dan pembunuhan yang dilakukan oleh Israel dan penaja utama mereka – Amerika Syarikat.

Apabila kem pemusnahan konsentrasi Nazi dan bilik gas beracun untuk orang Yahudi ditemui semasa Perang Dunia Kedua, dunia berkata – “ini tidak akan dibiarkan berlaku lagi”.

Apabila pengeboman pembunuhan beramai ramai dan pembersihan etnik yang kejam di Bosnia oleh orang Serbia berlaku di tengah-tengah Eropah yang kaya bertamadun, dunia sekali lagi berkata “ini tidak akan dibiarkan berlaku lagi”. Ia hanya berhenti selepas beberapa bulan pengeboman intensif dan pembunuhan yang mengerikan ribuan orang Islam.

Dunia kini sekali lagi membenarkan pembunuhan yang kejam dan jahat berlaku di depan mata CNN, BBC, dan Al Jazeera di tengah-tengah negara-negara Arab yang kaya minyak, tempat di mana peradaban tamadun yang kaya telah berabad-abad wujud.

Seperti di Bosnia di mana pembersihan etnik orang Muslim dibiarkan berlanjutan selama berbulan-bulan, pengeboman terhadap penduduk Gaza yang tidak berdaya dan penafian air, makanan, dan bantuan perubatan dibiarkan tanpa bantahan dari negara kuasa besar sementara kapal perang AS dan Britain hanya memerhati pembantaian di pantai Gaza.

Amerika Syarikat terus berkata “ini bukan masa yang sesuai untuk gencatan senjata” dan terus menggunakan hak veto untuk menghentikan peperangan. Tepat dengan kata-katanya, Amerika Syarikat memberikan Israel “sokongan penuh tanpa syarat”, dengan itu memberikan lesen besar terbuka kepada Israel untuk terus membunuh kanak-kanak, wanita, dan orang tua dengan bebas menggunakan pesawat, roket, dan bom buatan AS.

Hospital, masjid, bangunan UN, sekolah, dan rumah-rumah peribadi semuanya menjadi sasaran. Tiada yang tertinggal, namun dunia dan PBB hanya menyaksikannya tanpa daya sementara Israel dan Amerika Syarikat dengan sekutu-sekutu barat lainnya terus membekalkan bom dan apa-apa yang diperlukan Israel untuk meneruskan pembunuhan.

Saorang pegawai kanan PBB , Craig Mokhiber, telah meletakkan jawatan semalam kerana kekejaman Israel dan keingkaran berkali-kali Israel mematuhi resolusi PBB.

Adakah dunia menunggu Israel mencapai quota sasaran KPI pembunuhan penduduk awam sebelum bertindak dengan bermakna dan tegas?

Dunia pasti mempunyai darah anak-anak, wanita, dan orang tua di tangan mereka kerana membenarkan jenayah yang sama dilakukan ke atas orang Yahudi semasa Perang Dunia Kedua dilakukan pula kepada orang Palestin.

Auschwitz adalah kem pemusnahan konsentrasi terbuka yang besar pada masa lampau. Gaza adalah kem pemusnahan terbuka terbesar di dunia bagi 2.3 juta orang Palestin yang terus dikurung.

Tahanan Yahudi dalam kem pemusnahan Nazi ketika Perang Dunia Kedua dimana pembunuhan melalui racun gas dilakukan.

Orang Palestin juga dikenakan dan dibunuh oleh gas beracun daripada bom belerang fosforus putih yang jatuh ke Gaza.

Orang Yahudi dalam kem pemusnahan Nazi tidak diberikan makanan, air, dan bekalan perubatan yang Israel sekarang juga menafikannya yang sama kepada lebih dari 2 juta orang Palestin.

Kekejaman Israel adalah lebih teruk dengan membenarkan lebih banyak bayi dan kanak-kanak mati kerana kira-kira 40 peratus penduduk Gaza adalah kanak-kanak.

Kebanyakan agama boleh menerima konsep balas dendam mata ganti mata, tetapi pembunuhan balas dendam Israel yang sangat tidak seimbang selama bertahun-tahun terus menggoncangkan dunia.

Tiada negara lain di dunia yang menentang dan mengabaikan berbilang-bilang resolusi PBB seperti Israel.

Tiada negara lain yang melaksanakan dasar apartheid lama yang dibenci dunia dan semua agama seperti Israel sedang lakukan.

Seluruh dunia mempunyai tangan bersubahat yang bergelumang basah dengan darah Palestin dari Gaza. Soalan sebenarnya ialah berapa banyak lagi darah yang mencukupi bagi Israel sebelum dunia bersedia mengatakan cukup sudah?

Israel adalah sebuah negara yang telah menjadi raksasa yang tidak terkawal yang dicipta oleh dunia.

Daripada menjadi negara rakyat Yahudi yang pernah ditindas, Israel kini telah menjadi penindas terbesar rakyat Palestin yang tidak berdaya yang dihalau keluar dari tanah air Palestin mereka di Gaza dan mereka yang kekal di penjara terbuka terbesar di dunia pula sambil dibom dan mati kelaparan.

Dan dunia tidak membantu.

Pada tahun-tahun akan datang dunia sekali lagi akan mengungkap kata kata kosong- “tidak lagi peristiwa sebegitu di benarkan berlaku.”

Tetapi realiti hakikat yang pahit sebenar ialah sejarah terus berulang dan kita belajar sangat sedikit daripada masa lalu kecuali mengakui negara kaya dan berkuasa sentiasa akan menginjak-injak dan melenyapkan orang miskin dan yang tidak berdaya seperti mereka di Gaza dan Palestin.

Wanita ditahan susulan kematian 3 individu disyaki makan cendawan beracun

Bernama

SYDNEY: Polis Australia pada pagi Khamis menahan seorang wanita berhubung kematian tiga warga emas Ogos lalu yang mengalami keracunan makanan selepas disyaki memakan cendawan beracun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Polis berkata wanita berusia 49 tahun itu ditahan di rumahnya di Leongatha, dekat Melbourne dan akan disiasat berhubung kes berkenaan.

"Siasatan masih diteruskan," menurut Polis Victoria dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian pada 30 Julai, seramai empat orang dikejarkan ke hospital apabila mereka jatuh sakit selepas makan di sebuah rumah berhampiran Melbourne, di negeri Victoria.

Dua wanita daripada empat mangsa masing-masing berumur 66 dan 70 tahun kemudian meninggal dunia di hospital pada 4 Ogos, manakala seorang lelaki berumur 70 tahun meninggal dunia pada 5 Ogos.

Seorang lagi lelaki yang dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal hanya dibenarkan keluar pada 23 September.
Jabatan Kesihatan Victoria pada April lepas mengeluarkan amaran kepada orang ramai agar mengelak daripada memakan cendawan selepas cendawan beracun, termasuk dari jenis Death Cap, sedang tumbuh di negeri itu.
-- BERNAMA

Dokumen rancangan usir 2.2 juta penduduk Gaza ke Mesir terbongkar

Agensi
letupan-681x454
Gaza dimusnahkan secara total bagi memudahkan Israel membina semula bandar baru untuk pendatang Yahudi?
TEL AVIV – Dokumen rasmi rancangan untuk mengusir 2.2 juta rakyat Palestin yang tinggal di Gaza ke Mesir terbongkar.

Beberapa portal berita Israel melaporkan dokumen 10 muka surat bertarikh 13 Oktober iaitu tujuh hari selepas serangan Hamas pada 7 Oktober disediakan oleh Kementerian Perisikan Zionis.

Dokumen itu menilai tiga pilihan mengenai masa depan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dalam rangka perang semasa, dan mengesyorkan pemindahan penuh penduduk sebagai tindakan pilihan.

Ia turut mengusulkan agar rancangan itu mendapat sokongan penuh masyarakat antarabangsa.

“Dokumen itu mengesyorkan supaya Israel bertindak “mengusir penduduk awam ke Sinai” semasa perang; menubuhkan bandar khemah dan kemudiannya lebih banyak bandar kekal di utara Sinai yang akan menyerap penduduk yang diusir.

“Dan kemudian mewujudkan “zon steril beberapa kilometer dalam Mesir, dan menghalang kembalinya penduduk ke aktiviti/kediaman berhampiran sempadan dengan Israel.

“Pada masa yang sama, kerajaan di seluruh dunia, yang dipimpin oleh Amerika Syarikat, mesti digerakkan untuk melaksanakan langkah itu,” kata portal Local Call/+972.

Sumber di Kementerian Perisikan Israel mengesahkan kepada portal tersebut bahawa dokumen itu adalah sahih dan ia telah diedarkan kepada pertubuhan pertahanan oleh bahagian dasar kementerian dan “tidak sepatutnya sampai ke media.”

Kewujudan rancangan itu pertama kali dilaporkan minggu lalu dalam akhbar perniagaan Israel Calcalist.

Pelan pemindahan dibahagikan kepada beberapa peringkat dengan peringkat pertama, tindakan mesti diambil supaya penduduk Gaza “bergerak ke selatan” manakala serangan udara tertumpu di utara Semenanjung Gaza.

Pada peringkat kedua, pencerobohan darat ke Gaza akan bermula, membawa kepada pendudukan seluruh semenanjung dari utara ke selatan, dan “pembersihan kubu bawah tanah pejuang Hamas.”

Serentak dengan pendudukan semula Gaza, orang awam Palestin akan dipindahkan ke wilayah Mesir dan tidak dibenarkan pulang.

“Adalah penting untuk membiarkan laluan perjalanan ke selatan terbuka untuk membolehkan pemindahan penduduk awam ke Rafah,” kata dokumen itu.

Dokumen itu mencadangkan untuk mempromosikan kempen yang menyasarkan orang awam Palestin di Gaza yang akan “memotivasikan mereka untuk menerima rancangan ini” dan menyebabkan mereka menyerahkan tanah mereka.

“Mesej yang disampaikan harus berkisar tentang kehilangan tanah, menjelaskan bahawa tidak ada harapan untuk kembali ke wilayah yang akan diduduki Israel.

“Imej itu perlu, ‘Allah pastikan anda kehilangan tanah ini kerana kepimpinan Hamas – tiada pilihan selain berpindah ke tempat lain dengan bantuan saudara Islam anda,” kata dokumen tersebut.-Agensi
-MalaysiaGazette

Rompak pegawai Olimpik Mongolia di Paris, 3 lelaki ditahan

AFP

PARIS: Tiga lelaki ditahan kerana merompak ketua perwakilan Olimpik Mongolia dengan melarikan beg mengandungi barang kemas bernilai €600,000.

Ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa itu tiba di Paris awal bulan ini untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa keselamatan menjelang Olimpik Musim panas yang bakal diadakan di Perancis pada 2024.

Tiga lelaki berusia antara 22 hingga 25 tahun itu ditahan minggu lalu di Seine-Saint-Denis, utara Paris yang bakal menjadi lokasi beberapa acara penting sukan Olimpik kelak selain tempat perkampungan atlet, menurut sumber penguat kuasa yang enggan dinamakan kepada AFP.

Pada 11 Oktober, pegawai dari Mongolia itu yang tidak dinamakan, dirompak ketika beliau dan isteri dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle ke ibu kota.

Rompakan dilakukan dalam Terowong Landy sepanjang 1.3km yang sering menjadi sasaran perompak.

Dalam kejadian itu, dua lelaki menaiki sebuah skuter menghampiri kereta dinaiki mangsa. Seorang daripada mereka memecahkan tingkap kenderaan itu dan meragut beg mengandungi barang kemas yang diletakkan di kerusi belakang, kata sumber polis.

Pasangan Mongolia itu menganggarkan jumlah kerugian sebanyak €570,000, kata pendakwa.

Menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, mangsa mengendalikan beberapa syarikat di Mongolia.

Sementara itu, penyiasat percaya pasukan sama merompak dua warga Saudi pada 2 Oktober dengan melarikan barang kemas serta barangan berharga lain bernilai €500,000.

Dalam siasatan mereka, polis tidak menemui barangan berharga berkenaan, tetapi pelbagai gambar barang kemas ditemui dalam telefon bimbit suspek.

Suspek mengakui mengaut untung €6,000 selepas menjual semula jam tangan curi, tetapi tidak memberi maklumat mengenai barang kemas milik pasangan Mongolia itu.