FMT Reporters
PETALING JAYA: Tiga individu termasuk seorang wanita direman kerana disyaki melarikan seorang pelajar perempuan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong, Jumaat lalu.
Ketua Polis Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa berusia 42 tahun pada 10.36 pagi.
“Siasatan dijalankan mendapati wanita itu dimaklumkan oleh guru berhubung kejadian tersebut.
“Pelajar Tingkatan 5 itu dilarikan oleh seorang lelaki dan perempuan warga tempatan menggunakan sebuah kereta,” katanya dalam kenyataan menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota dan motosikal Yamaha Y15ZR.
“Semua suspek direman empat hari bermula Sabtu hingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat jenayah, Yap Ching Chua di talian 019 9969649, bilik gerakan IPD Gombak 03 61262222,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan